Written by Bella | August 27th, 2015

Pengacara Marion Caunter dan suami SM Nasarudin telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka yang juga merupakan anak lelaki pertama didalam keluarga mereka semalam.

Berita tersebut di sampaikan sendiri oleh Marion dan suami dalam satu kemaskini tebaru di Instagram mereka. Dalam foto terbaru itu, Marion dan suami meluahkan rasa syukur mereka atas kelahiran orang baharu dan sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan tahniah atas kelahiran tersebut.

Alhamdulillah. Words can’t describe how happy and blessed we feel right now. We welcomed a little baby boy into the world yesterday. Thank you for all your well wishes and prayers. Leia and Lana now have a little brother to bully.

Pasangan Marion Caunter dan SM Nasarudin mendirikan rumah tangga sekitar Disember 2010. Sebelum ini mereka sudah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Leia Rose dan Lana Rose.

Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua, Alhamdullillah kali ini impian mereka untuk mendapatkan anak lelaki sudah dimakbulkan Tuhan. Semoga kebahagiaan mereka bertambah.

Written by AbangNara | May 5th, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Marion Caunter dan suami atas kehamilan anak ketiga mereka. Insya Allah kalau murah rezeki, kali ini dapat anak lelaki pula. Marion Caunter kini berada di Seoul untuk menghadiri majlis pelancaran Chanel Jewellery. Bukan calang-calang orang boleh mendapat jemputan ke upacara terkemuka ini. Walaupun sedang hamil, Marion Caunter tetap kelihatan jelita dan memukau pandangan.

marion caunter hamil anak ketiga

Selain Marion Caunter, antara selebriti tempatan yang berada di Seoul untuk majlis pelancaran ekslusif ini ialah Zizie Ezette dan Zahida Rafik. Agak comel apabila Zizie Ezette berkongsi gambar dirinya dengan Marion Caunter dan melahirkan rasa ‘cemburu’ dengan kelangsingan Marion walaupun sedang hamil. Hehehe.

marion caunter hamil anak ketiga

Semoga kehamilan kali ini berjalan lancar sehingga hari kelahiran buat Marion Caunter. Tahniah sekali lagi atas berita gembira ini. Lagi beberapa gambar si jelita ini dengan membaca artikel sepenuhnya.