Written by AbangNara | November 20th, 2013

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang memang kita tak boleh nak jaga. Kasihan juga Abang Nara kepada bakal pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Bukan apa, ada sesetengah manusia berpendapat yang Che Ta dan Zain menunjuk-nunjuk dan membazir terutamanya apabila mengambil gambar pra perkahwinan di Eropah dan Bali baru-baru ini.

che tan dan zain

Bagi Abang Nara, tak salah untuk Zain dan Che Ta berhabis duit demi majlis mereka. Bukannya mereka menggunakan duit orang lain. Simpan duit banyak-banyak pun bukan boleh bawa ke kubur. Lebih baik digunakan untuk persiapan majlis perkahwinan. Yang penting, diri sendiri puas hati. Kata Che Ta kepada Harian Metro:-

Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.

Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?

Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu.

che ta
Yang penting, Che Ta tidak berniat untuk menghebahkan apa yang dilakukan untuk perkahwinannya dengan Zain. Namun oleh kerana dirinya selebriti, pihak media (termasuk Abang Nara) sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk berkongsi segala persiapan yang dilakukan oleh mereka berdua. Tambah Che Ta lagi:-

Kita bukan nak hebahkan apa yang kami buat sebab saya tahu pasti ada yang mungkin tak berpuas hati tapi ia dipaparkan pihak media.

Sekarang pun saya sibuk buat beberapa kertas kerja (perkahwinan). Semalam baru buat ujian darah. Itu saja setakat ini. Yang lain pengurus saya Afeeq uruskan

che ta dan zain

Kali ini, Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Che Ta. Duit Che Ta, suka hatilah Che Ta nak buat besar mana pun perkahwinannya. Kalau ada duit nak buat photoshoot kat bulan pun tak apa. Asalkan diri sendiri puas hati dan tak menganggu orang lain. Tak gitu? Apa kata anda?

P.S: Hadkan jangka hayat kereta tidak akan bebankan pengguna

Written by AbangNara | July 26th, 2013

Ini adalah satu teknik pemasaran terbaru yang pernah Abang Nara. Unik sangat-sangat. Bijak juga Zain Saidin ini. Untuk melariskan penjualan biskutnya, Zain menawarkan tempat duduk ke majlis perkahwinannya dengan Rozita Che Wan yang bakal berlangsung Disember ini. Menarik bukan?

zain che ta

Untuk makluman, di bulan Ramadhan ini, Zain Saidin menjual 22 jenis biskut raya. 5 pembeli biskutnya yang paling banyak akan diberi peluang untuk hadir ke rumah terbuka Aidilfitrinya. Sementara 3 daripada 5 pembeli terbanyak, akan dapat menghadiri majlis perkahwinannya kelak.

Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti

zain

Kalau anda peminat Zain atau Rozita Che Wan, inilah peluang anda untuk bertentang mata dengan kedua-dua pelakon popular ini di hari bahagia mereka kelak. Namun kenalah keluarkan modal sikit. Peluang ini turut terbuka kepada mereka yang berada di luar bandar kerana penghantaran secara pos turut dilakukan.

P.S: Honda EX-5 110 Dream dilancarkan