Written by AbangNara | February 11th, 2014

Selain menanti lawak-lawak peserta Maharaja Lawak Mega 2013, kemunculan 2 juri jelita iaitu Luna Maya dan Nora Danish turut dinantikan oleh pengikut setia rancangan ini. Daripada apa yang Abang Nara baca di media sosial, banyak suami-suami orang dan jejaka-jejaka di luar sana yang setiap minggu melahirkan rasa “jatuh cinta” mereka kepada Luna Maya. Tak kurang juga isteri-isteri dan awek-awek yang mengkagumi kecantikan pelakon dari Indonesia ini.

luna maya mlm2013

Namun tidak dinafikan penampilan Luna Maya di “final” Maharaja Lawak Mega 2013 ┬ákurang sesuai lebih-lebih lagi rancangan ini ditonton oleh seisi keluarga termasuklah si anak kecil. Sementara itu, Nora Danish tampil lain dengan rambut kerintingnya yang menonjolkan sisi nakal diri si comel ini. Mungkin nak menyesuaikan dengan nama gelaran Siti Nur Enjoi yang diberikan padanya.

luna maya mlm2013

Apa pun Abang Nara pasti ramai yang akan merindui kelibat Luna Maya dan Nora Danish dengan tamatnya Maharaja Lawak Mega 2013. Untuk mengubati rindu anda, layankan beberapa lagi keping gambar 2 jelitawan ini di final MLM2013 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 6th, 2014

Sebelum apa-apa, Abang Nara juga ingin memohon maaf kepada Nabil kerana terlepas pandang permohonan maafnya kepada Luna Maya yang telah dilakukan di rancangan MeleTOP baru-baru ini. Makin bertambah ke”respek”an Abang Nara terhadap Nabil. Mengakui kesilapan dan memohon maaf bukanlah satu perkara mudah. Hanya mereka yang benar-benar “gentleman” boleh melakukannya.

nabil minta maaf luna maya

Semoga dengan permohonan maaf ini, tiada lagi kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Nabil. Semoga Nabil juga dapat fokus untuk memberikan persembahan terbaik dalam “final” Maharaja Lawak Mega 2013 esok. Saksikan video permohonan maaf Nabil di bawah:-

Kepada Nabil dan kesemua peserta akhir Maharaja Lawak Mega 2013, good luck and all the best Abang Nara ucapkan. Pastikan buat lawak yang terbaik untuk para peminat anda. Kepada para peminat, teruskan mengundi peserta kegemaran anda. Kepada Nabil sekali lagi, “lu memang macho bro”.

Written by AbangNara | February 6th, 2014

Ya lawak Nabil Ahmad terhadap Luna Maya di dalam Maharaja Lawak Mega 2013 minggu lalu memang penuh dengan kontroversi. Banyak pihak menganggap lawak sebegitu tidak wajar dibuat kerana menjatuhkan air muka Luna Maya. Malah ada yang mendesak agar Nabil meminta maaf kepada Luna Maya kerana lawak tersebut dilihat menyinggung perasaan si cantik itu.

nabil luna maya

Namun menerusi portal Astro Gempak, Nabil memberitahu yang dia tidak berhasrat untuk meminta maaf dan kecewa dengan pemikiran sempit para penonton. Kata Nabil:-

Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi dengan Luna Maya. Saya tidak sangka pula lawak saya itu dlihat sebagai satu unsur penghinaan atau cuba mengaibkan Luna Maya.

Saya rasa kesal dengan segelintir peminat atau penonton yang berfikiran sempit sehingga cuba mahu perbesarkan hal-hal seperti ini. Sedangkan ianya sebuah lawak semata-mata dan tidak langsung cuba mahu menjatuhkan maruah individu yang terbabit

nabil

Mungkin juga sebenarnya Luna Maya tidak terasa hati kerana setakat hari ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pelakon Indonesia ini. Atau mungkin Luna Maya tidak memahami lawak yang disampaikan oleh Nabil minggu lalu? Apa pun, esok adalah “final” Maharaja Lawak Mega 2013. Sama-samalah kita nantikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang RM500,000.

Written by AbangNara | February 3rd, 2014

Memang mengecewakan sungguh dengan keputusan yang diambil oleh pihak Astro untuk Maharaja Lawak Mega 2013. Jumaat lalu, telah berlangsung separuh akhir rancangan ini dan sepatutnya salah seorang daripada 5 peserta bertanding disingkirkan. Ini kerana kebiasaannya “final” Maharaja Lawak Mega hanya akan menampilkan 4 peserta sahaja. Namun tiada penyingkiran telah dilakukan, sekaligus membuatkan ramai pengikut program ini mengamuk di Internet.

maharaja lawak mega 2013

Kalau Abang Nara yang tak keluarkan duit mengundi pun bengang, pastinya yang berhabisan ratusan ringgit mengundi peserta kegembaran mereka turut “stress” dengan keputusan berat sebelah Astro ini. Secara jujur, kalau dilihat persembahan minggu lalu, Nabil ialah calon yang paling sesuai untuk disingkirkan. Bukannya Abang Nara tak suka Nabil, cuma lawak yang diketengahkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini memang jatuh merudum mutunya.

nabil mlm2013

Malah lawak Nabil Jumaat lalu membuatkan peminat-peminat di Twitter terutamanya bengang. Mana tidaknya, sejarah hitam Luna Maya ditimbulkan kembali oleh Nabil sekaligus sedikit sebanyak menjatuhkan air muka si cantik manis dari Indonesia ini. Secara ikhlas, lawak Nabil terhadap Luna Maya memang agak kasar dan tidak sesuai. Bukan Abang Nara seorang yang berpendapat sebegini, ramai lagi di luar sana yang mempunyai pendapat yang serupa.

nabil mlm2013

Apa pun Abang Nara serius kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh pihak Astro kali ini. Kalau bab-bab penyingkiran boleh diubah sesuka hati, mana keseronokan dan ketelusan di dalam pengadilan? Jangan-jangan nanti keputusan “final” pun boleh dimanipulasi oleh pihak Astro. Jangan sampai orang ramai hilang kepercayaan kepada Astro. Apa pula kata anda?