Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(KUIZ)Siapa Yang Liyana Jasmay Taking Care Sangat?

Thursday, January 21st, 2010

twitter liyana jasmay

Lama betul rasanya kami tak buat kuiz. Cuba korang baca apa yang ditulis oleh Liyana Jasmay di Twitternya kat atas tue. Nampak sangat-sangat taking care, penyayang dan seperti dalam in love. Tapi untuk siapakah pesanan di atas itu ditujukan? Rasa-rasanya korang tau tak?

Kami bagi satu klue yang mampu membuatkan anda terus dapat meneka. Orang yang dimaksudkan oleh Liyana Jasmay di atas tue baru menang satu pertandingan baru-baru nie. Haaaaaaaa, apa lagi. Sila teka. Jangan malu-malu.

P.S: Pening kepala pagi-pagi bangun tidur adik kami nyanyi lagu Liyana Jasmay. Aku tak percaya cinta, aku tak percaya cinta. Sumpah tak best lagu tue di telinga kami.

PAPADOM – Terlawak, Tersedih Dan Terpenuh Pengajaran

Monday, October 19th, 2009

review filem papadom

Sejujurnya kami mengakui usus kami hampir terburai akibat gelak secara melampau semasa menonton filem PAPADOM nie. Memang gelak non stop, dari awal sampailah ke akhir. Tapi paling kuat gelak masa part last tue la. Sumpah lawak gile muka Que Haidar masa kena main kat “puting” ngan Liyana Jasmay. Kalau nak tau kenalah gi tengok ye ~~

Kami berani jamin yang korang takkan rugi langsung kalau pergi tengok cerita Papadom nie. Memang layak menang Filem Terbaik. Memang layak Liyana Jasmay dapat Pelakon Wanita Terbaik. Memang semuanya bestlah filem nie. Pelakon, jalan cerita, lawak dia, part sedih dia, pengajaran dia. Memang bagi kami filem terbaik Malaysia yang pernah kami tengok setakat nie.

Tapi yang kami peliknya napa Papadom dapat hall kecik kat wayang Cineleisure. Padahal ramai lagi beratur nak beli tiket citer dia nie. Memang double standard betul la. Kalau filem tak best macam sorang Prof tue selalu buat kami boleh la terima bagik dewan kecik. Nie filem best, ramai orang beratur nak tengok tapi akhirnya kecewa sebab tiket habis. Panas betul hati kami nie.

Yang penting sapa yang belum tengok tue sila pastikan anda curik masa pergi tengok. Tak kira la anda nak ponteng kerja ke, tuang kuliah ke tapi yang pastinya tolong tonton filem nie sebelum abis kat wayang. Kami jamin anda akan rasa nak tengok lagi selepas tue.

Buat Mr. Kodok @ Afdlin Shauki, lu punya cerita memang best beb~~ Kami respek sama anda. Tahniah!!!

(GAMBAR)Liyana Jasmay Dan Kakaknya

Monday, May 4th, 2009

liyana jasmay

Memang sebijik betul bila tengok gambar Liyana Jasmay dan kakaknya di atas. Cuma mungkin Liyana Jasmay lebih comel sikit berbanding akaknya. Tapi itu mungkin sebab Liyana Jasmay seorang artis dan dah pandai bermake-up.

Kalau diberi pilihan, siapakah pilihan hati anda? Liyana Jasmay atau kakaknya? Atau anda tamak nak kedua-duanya sekali?

Kalau kami, semestinya kami tetap setia dengan Scha Al-Yahya. Hehe.

(MODEL MAYBELLINE)Kenapa Pilih Liyana Jasmay, Kami Mahu Scha Al-Yahya

Sunday, March 1st, 2009

liyana jasmay model maybeline

Kenapa mesti Maybelline pilih Liyana Jasmay sebagai model terbaru diorang? Rasanya Scha Al-Yahya lagi best, sempoi dan sesuai untuk Maybelline compare to Liyana Jasmay.

Apa pun tahniah buat Liyana Jasmay. Dengar ceritanya sekarang tengah nak jadi penyanyi pulak si minah kecik nie.

Tadi dah keluar kat Melodi cuma tak jelas sangat best ke tak suara Liyana Jasmay nie. Lagu pertama Liyana Jasmay yang bertajuk Aku Tak Percaya Cinta sudahpun dirakam dengar khabarnya.

Siapa anda rasa lebih sesuai jadi model @ jurucakap untuk Maybelline? Jom undi ramai-ramai kat bawah nie.

[poll id='14']

Senarai Penuh Nama Finalis ABPBH 2008

Thursday, February 26th, 2009

anugerah bintang popular berita harian

Walaupun agak terlewat berbanding tahun-tahun sebelum ini, Berita Harian tetap menganjurkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008(ABPBH2008).

Senarai penuh nama finalis ABPBH2008 yang menyenaraikan pelakon, penyanyi dan selebriti Malaysia memang sengit terutamanya di kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Bagi kategori Artis Lelaki Baru Popular, Nabil Raja Lawak nampaknya tak ada masalah untuk menang mudah kategori tersebut. Apa-apa pun undian anda(kalau anda pembaca Berita Harian) yang menentukan segalanya.

Nak tahu senarai penuh finalis ABPH2008? Jom baca artikel ini selengkapnya.

(more…)