Written by AbangNara | November 5th, 2012

Abang Nara daripada dulu lagi tertanya-tanya apakah rahsia awet muda si cantik manis Nora Danish ini. Dari dulu sampai sekarang, muka maintain sama je. Tak dimamah dek usia. Masih comel seperti budak sekolah. Agak-agaknya apakah amalan rahsia yang diamalkan oleh Nora Danish ye?

lisa nora danish

Nora Danish tampak ranggi dan remaja dengan gaya ceria untuk muka depan majalah Lisa. Abang Nara suka sangat-sangat. Almaklumlah sebelum ini Nora selalu bergaya dengan gaya wanita matang. Sekali sekala tampil dengan gaya muda apa salahnya kan?

lisa nora danish

Jangan lupa dapatkan majalah Lisa keluaran terbaru di kedai buku berhampiran anda. Pastinya banyak cerita menarik yang telah Nora Danish kongsikan di dalamnya. Sila bersegera sebelum kehabisan stok.

tudung

P.S: Gyeah ~~~ Comel sangat tudung untuk si kecil ini. Pasti anak perempuan anda pun akan bertambah cute dengan gaya tudung sebegini. Dapatkannya sekarang jugak di Gudang.MY.

Written by AbangNara | September 20th, 2012

Salah satu cita-cita Abang Nara ialah ingin menghiasi muka depan mana-mana majalah. Bukan apa, jeles jugak melihat wajah-wajah selebriti tempatan dihias dengan konsep tertentu dan kelihatan sangat menawan. Yang terbaru, majalah Lisa menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai cover untuk keluaran terbarunya.

siti lisa

Dato’ Siti yang sememangnya sudah cantik bertambah cantik dibuatnya. Abang Nara suka dengan teknik make up yang digunakan. Menyerlahkan lagi keremajaan wajah Dato’ Siti. Kalau anda nak tahu apa yang dikongsikan oleh Dato’ Siti kali ini, kenalah beli majalah Lisa di kedai buku berhampiran anda.
edz

P.S: Memakai maxi dress merupakan salah satu cara menampakkan seseorang wanita lebih tinggi dan cantik. Shopping maxi dress di EDZ hari ini, pelbagai design dan potongan yang sesuai untuk hijabista. Penghantaran poslaju percuma ke seluruh Malaysia. More info sila ke laman web EDZ.

Written by AbangNara | July 26th, 2012

Tahun ini sungguh ramai selebriti tempatan yang berhari raya dengan status baru. Salah seorang daripada mereka ialah Lisa Surihani. Pasti Lisa teruja untuk bangun pagi menyediakan sahur buat suami tercinta, Yusry. Abang Nara yakin mereka berdua tak sabar untuk berhari raya sebagai pasangan suami isteri untuk pertama kalinya.

lisa yusry

Sehingga hari ini, masih belum ada berita gembira tentang cahaya mata yang Abang Nara dengar daripada pasangan ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi rezeki yang murah kepada mereka untuk bergelar ayah dan ibu. Abang Nara pasti mereka berdua pun dah tak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | March 20th, 2012

Buat anda yang terlepas menonton Propaganza pada hari Ahad yang lepas, Abang Nara bawakan kepada anda video bulan madu Yusry dan Lisa Surihani yang sangat romantik. Terasa nak ajak wife Abang Nara gi honeymoon kat Europe plak lepas tengok video nie. So sweet.

Serius best kan?