Written by AbangNara | August 17th, 2012

Kartun The Smurfs sememangnya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Bapak-bapak budak dan mak-mak budak (termasuk Abang Nara dan wife) pun suka dengan kartus The Smurfs ini. Khas sempena Aidilfitri, Astro HBO akan menayangkan filem ini untuk tatapan anda semua.

the smurfs bahasa melayu

Yang menariknya, barisan selebriti terkemuka seperti Lisa Surihani, Yusry, Aznil dan ramai lagi turut menyumbang suara untuk versi The Smurfs Bahasa Melayu. Abang Nara pun ada terlibat jugak walaupun sekadar 4,5 baris sahaja. Pasti ramai yang lebih teruja menonton kartun ini dalam bahasa ibunda kita.

the smurfs bahasa melayu

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem The Smurfs ini di Hari Raya pada 19 Ogos ini (hari raya pertama). Tayangan akan bermula pada jam 8 malam di saluran HBO. Untuk info lanjut, boleh layari laman web Astro.

P.S: Abang Nara tahu pasti ramai yang berbelanja sakan untuk Hari Raya ini. Belanja belanja jugak. Jangan sampai berhutang yang kita tak boleh bayar. Sebab itulah untuk raya kali ini Abang Nara gunakan Citibank Ready Credit untuk shopping barangan raya. Boleh guna cek, bayar secara online, swipe dan macam-macam lagi. Selain dapat point dan peluang menang Philips Home Theatre DVD, Abang Nara boleh buat bayaran balik secara fleksibel serendah 4%. More info boleh layari laman web Citibank.

Written by AbangNara | July 26th, 2012

Tahun ini sungguh ramai selebriti tempatan yang berhari raya dengan status baru. Salah seorang daripada mereka ialah Lisa Surihani. Pasti Lisa teruja untuk bangun pagi menyediakan sahur buat suami tercinta, Yusry. Abang Nara yakin mereka berdua tak sabar untuk berhari raya sebagai pasangan suami isteri untuk pertama kalinya.

lisa yusry

Sehingga hari ini, masih belum ada berita gembira tentang cahaya mata yang Abang Nara dengar daripada pasangan ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi rezeki yang murah kepada mereka untuk bergelar ayah dan ibu. Abang Nara pasti mereka berdua pun dah tak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | July 16th, 2012

Anak buah Abang Nara suka bebenor tengok program Oh My English nie. Kelakar katanya. Abang Nara kadang-kadang sempat jugaklah tengok sebab wife dah tolong rakamkan. Tapi hari Ahad nie jam 10 pagi (22 Julai), Abang Nara takkan miss tengok sebab ada special appearance by Lisa Surihani.

lisa oh my english

Kalaulah Abang Nara nie masih seorang pelajar dan tup tup Lisa Surihani datang ke sekolah Abang Nara, confirm memang super excited punya. Silap-silap terkedu seribu bahasa. Mungkinkah itu yang dialami oleh pelajar-pelajar 3M? Tengok video preview pun dah nampak bebudak ini sangat excited.

So pastikan korang tak ketinggalan menyaksikan Oh My English Ahad ini jam 10 pagi di Astro TVIQ saluran 610. Kalau anda tak pernah tengok Oh My English, jangan risau sebab bermula hari Jumaat jam 10 pagi sampai 10 malam, Astro TVIQ akan siarkan balik episod 1 sampai episod 10. Untuk info lanjut sila layari www.ohmyenglish.com.my.

P.S: Lima kes jenayah yang menggemparkan Malaysia part II

Written by AbangNara | July 8th, 2012

Abang Nara ada satu persoalan untuk anda semua. Kalau anda bijak, sila nyatakan apakah persamaan Erra Fazira, Lisa Surihani dan Umie Aida?

mana hilangnya juwita

Tak tahu? Ok Abang Nara bagilah jawapannya kepada anda. Kesian pulak tengok muka sedih anda semua. Ada 4 jawapan kesemuanya iaitu:-

1. Ketiga-tiganya sudah berkahwin
2. Ketiga-tiganya cun melecun
3. Ketiga-tiganya sangat power berlakon

Dan jawapan keempat yang Abang Nara cari ialah………….(jeng jeng jeng)

mana hilangnya juwita

Ketiga-tiga pelakon ini akan muncul di dalam drama Mana Hilangnya Juwita yang turut menampilkan Zahiril Adzim, Azhan Rani dan ramai lagi. Kalau selama ini kita dihidangkan dengan cerita jiwang karat dan leleh, drama Mana Hilangnya Juwita ini menjanjikan sesuatu yang berbeza. Abang Nara sangat teruja dengan sinopsis drama yang bakal ditayangkan menerusi Astro Ria bermula 9 Julai ini tepat jam 10 malam.

mana hilangnya juwitaAbang Nara pasti semenjak dua menjak ini korang selalu dengar tentang kisah penculikan yang berlaku di negara kita nie kan? Kadang-kadang diculiknya supaya jadi pelacur, jadi peminta sedekah dan macam-macam lagilah. Dan di dalam drama Mana Hilangnya Juwita ini, Lisa Surihani yang berlakon sebagai Anggun datang dari kampung untuk mencari adiknya, Juwita yang telah gagal dihubungi beberapa hari. Sepanjang pencarian tersebut, Anggun bertemu dengan penuh pancaroba yang mampu membawanya ke kancah pelacuran dan dadah sekiranya tersilap langkah. Menarik kan?

Abang Nara dah lama berharap agar drama-drama Malaysia lari daripada tipikal kisah percintaan, kisah orang kaya bercinta dengan orang miskin dan kisah sembang business juta-juta. Akhirnya harapan Abang Nara tercapai jua dengan kemunculan drama Mana Hilangnya Juwita Ini. Tak sabar rasanya nak menunggu 9 Julai ini untuk tayangan episod pertama di Astro Ria jam 10 malam. Confirm meletup dan awesome punyalah!!!