Written by serenity | October 25th, 2011

Berita terbaru tentang Lindsay Lohan ialah dia akan bergambar untuk majalah Playboy. Khabarnya dia akan dibayar hampir USD 1 juta untuk sesi foto tersebut oleh Hugh Hefner. Tapi fokus kami lebih kepada perubahan wajah Lindsay yang baru berusia 25 tahun. Dia yang dulunya bintang kanak-kanak kelihatan semakin tragik saban hari kerana ketagihannya pada ‘methamphetamine’ atau ‘meth’. Meth ialah sejenis dadah yang diketahui merupakan yang paling power dalam merangsang pengeluaran dopamine, mengecutkan pembuluh darah dan merencatkan sistem baikpulih sel. Dalam satu jangka masa boleh mengurangkan ketegangan kulit, mereputkan gigi dan membuatkan penagih kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar. Melihat gambar-gambar Lindsay tahun demi tahun adalah seperti melihat dua buah keretapi yang akan bertembung. Kamu tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku, tetapi kamu tak dapat alihkan pandangan kamu. Sumber asal Mamapop.

1998

Ini ialah koleksi gambar-gambar Lindsay Lohan dari tahun 1998 sehingga 2011. Ianya menunjukkan perubahan pada wajah Lindsay dari kecil sehinggalah dewasa ini. Sekali lagi diingatkan pada sesiapa saja yang membaca, jauhi dadah! Lagi 13 gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

***

Malam Gala Inspitari 2011 akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 29 Oktober (Sabtu) di MaTiC, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu garapan daya cipta dan kreativiti  ditampilkan dalam simbolik persembahan tarian ciptaan baru berasaskan imej dan identiti negeri serta masyarakat Malaysia yang diperagakan oleh Kumpulan Kesenian JKKN. Datang beramai-ramai!

Dengarkan pesanan Encik Rosnan Rahman tentang Malam Gala Inspitari 2011.