Written by AbangNara | May 13th, 2013

Ketika memandu di waktu petang, Abang Nara memang akan  dengar radio Suria FM. Salah satu sebabnya sebab ada Linda Onn. Linda Onn memang kelakar dan mesra pendengar. Memang terhibur mendengar celoteh daripadanya.

seratus ribu suria

Selain mendengar celoteh Linda Onn, Abang Nara juga sebenarnya menunggu peluang untuk memenangi sebahagian daripada RM100,000 yang sedang ditawarkan oleh Suria FM di dalam peraduan “Seratus Ribu Suria”. Baru-baru ini ada seorang daripada 2.5 juta pendengar Suria FM dah menang RM12,000 dan juga RM12,500, serta RM13,000 telah pun dimengangi Rabu lalu! . Fuh ~~~ Memang jeles dibuatnya.

seratus ribu suria

Cara untuk memenangi sebahagian daripada RM100,000 ini adalah cukup mudah. Hanya perlu teka lima ketawa selebriti yang dimainkan oleh Suria FM mengikut turutan. Jangan risau kerana klu akan diberikan untuk memudahkan para pendengar. Syaratnya, anda hanya perlu menjadi pemanggil pertama apabila mendengar isyarat memanggil ke udara untuk mengambil bahagian. Sekiranya anda mendaftar sebagai VIP Suria FM, anda berpeluang untuk memenangi lebih banyak wang tunai jika jawapan anda betul mengikut turutan. Mudah kan?

seratus ribu suriaSesuai dengan tagline “Menceriakan Duniamu”, Abang Nara pasti para pemenang pertandingan Seratus Ribu Suria ini akan bertambah ceria apabila berjaya meneka ketawa 5 selebriti tersebut. Abang Nara selalu melawat laman web Suria FM untuk membaca kembali klu-klu yang telah diberikan. Tak adalah buat tekaan secara serkap jarang je. At least ada info yang boleh digunakan.

seratus ribu suria

Peraduan Seratus Ribu Suria ini akan tamat pada 24 Mei ini. Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk peluang anda mendapatkan wang tunai. Pastikan anda melayari laman web Suria FM, LIKE Facebook Suria FM, follow Twitter Suria FM dan Instagram Suria FM untuk info lanjut mengenai peraduan yang sangat awesome ini.

Written by AbangNara | April 29th, 2013

Selepas Adi Putra, Linda Onn pula telah mengesahkan penarikan diri daripada bertanding di dalam ABPBH. Ini satu langkah yang agak mengejutkan. Namun Linda Onn mempunyai sebabnya yang tersendiri mengenai tindakannya ini.
linda onnAbang Nara memang suka dengan segmen Linda Onn di Suria FM. Linda memang mesra peminat dan agak kelakar orangnya. Namun begitu, penarikan ini dilakukan demi menjaga hati peminatnya. Kata Linda Onn kepada Mstar Online:-

Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya. Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian

linda onn
Malah Linda Onn turut mengakui yang reputasi sedikit terjejas kerana sering gagal memenangi kategori yang dirinya tercalon di ABPBH. Kata Linda Onn lagi:-

Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding. Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti.

Setiap keputusan yang diambil ada baik dan buruknya. Mungkin ini adalah langkah terbaik buat Linda Onn. Bolehlah Linda fokus kepada kerja dan mana tahu, percintaan selepas ini. Hehehe ~~

Written by AbangNara | May 18th, 2011

heliza dan linda onn

Nampaknya semenjak dua ini krew Rilekscrew semakin mengganas di dunia Facebook dengan menjadikan laman Facebook artis sebagai mangsa godaman mereka. Mangsa terbaru mereka Facebook Linda Onn dan Facebook Heliza Helmi. Namun begitu Rilekscrew tak adalah nak update status yang bukan-bukan. Kemungkinan besar tujuan mereka meng”hack” FB artis-artis ini adalah untuk memberi peringatan kepada para artis semua.

heliza dan linda onn

Perkembangan terbaru yang Abang Nara ketahui ialah FB milik Heliza dan Linda Onn sedang dalam proses pengembalian semula kepada tuan punya. Terima kasih kepada pihak Rilekscrew yang nampak gaya seperti menceroboh untuk suka-suka sahaja. Semoga selepas ini sama-samalah kita semua meningkatkan lagi sekuriti laman Facebook kita.

Dan kepada Rilekscrew, jangan hack laman Facebook Abang Nara sudahlah ye. Takut ~~ Kredit berita kepada Amanz.

Written by AbangNara | October 15th, 2010

linda onn dan hafiz hamidun

Kami rasa kami nak jadi blog pencari jodoh untuk para artis kita yang belum berkahwin lagi. Untuk kali pertama ini, kami nak “kenenkan” Linda Onn dan juga Hafiz Hamidun dari kumpulan UNIC ini. Gambar diatas kalau tak silap kami diambil oleh Linda Onn sendiri masa open house rumah Azwan Ali baru-baru ini.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, sejak putus tunang dulu, Hafiz Hamidun khabarnya mencari seorang isteri yang berumur lebih daripada dia. Bekas tunangnya dulu berumur 21 tahun. Kemungkinan besar belum matang sangat pemikiran. Itu yang Hafiz Hamidun nak mencari seorang yang lebih dewasa dan lebih matang.

Kami rasa Linda Onn memang sangat sesuai dimasukkan dalam kategori agak berumur dan matang. Kalau kami jadi Hafiz Hamidun, kami takkan tunggu lama-lama. Takut Linda Onn dikebas orang lagi. Almaklumlah Linda Onn nie kan femes. Kaya pulak tue. Confirm ramai yang sedang menunggu untuk masuk line.

Pandangan kami, anda berdua pun tengah single mingle lagi. Apa kata cuba mengenali satu sama lain terlebih dahulu. Kalau serasi nak tunggu apa lagi kan? Kawin cepat-cepat. Rasanya ramai peminat Linda Onn dan Hafiz Hamidun akan menyokong kalau mereka berdua betul-betul serius nak bercinta. Tak gitu? Ok tak pendapat kami untuk “kenenkan” diorang berdua nie?

Kalau anda peminat Hafiz Hamidun, boleh jadi fans Facebook Hafiz Hamidun atau follow Twitternya. Lagi gambar sekitar open house Azwan Ali di entri makcik merah ini.

P.S: Cun gak gambar perkahwinan anak perempuan owner Concorde dan Hard Rock Kuala Lumpur nie.