Written by AbangNara | October 23rd, 2009

banglo linda onn

Kepada lelaki-lelaki bujang di luar sana, silalah pergi mengorat Linda Onn secepat mungkin dan kebarangkalian besar anda dapat tinggal di dalam banglo Linda Onn yang berharga RM2.4 juta. Perghhhhhhhhh ~~~ RM2.4 juta tue beb. Sebut betul-betul. J.U.T.A. JUTA. Seriously kami sangat kagum dengan kehebatan Linda Onn.

Tahniah kami ucapkan kepada Linda Onn sebab dia guna duit dia sendiri untuk bina banglo nie. Ala, dia kan ada kedai nasi ayam ngan asam pedas. Itulah sumber dia kumpul duit dengan penat lelah untuk membina banglo nie. Memang kagum sekagum kagumnya kami dibuat. Jangan pandai-pandai cakap yang ada Dato’ Dato ke, VVIP ke yang taja Linda Onn nie. Nie semua duit dia sendiri tau.

Buat Linda Onn, anda nak tunggu apa lagi? Duit dah banyak. Rumah dah banglo. Bila lagi nak kawin? Dah kawin nanti barulah tak sunyi sangat banglo besar awak tue. Kalau duduk sorang-sorang takut sesat dan sunyi plak dalam banglo tue. Hehehe.