Written by Bella | May 30th, 2017

Tidak tahan dan merasa rimas kerana sering diganggu oleh invidu tidak dikenali termasuk murid sekolah, pelawak Nabil Ahmad terpaksa menukar nombor telefon bimbitnya.  Semuanya berpunca daripada nombor telefonnya yang dimasukkan dalam WhatsApp “Group UPSR”.

Saya mula syak ada yang menyebarkan nombor telefon apabila kerap mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Kebanyakan mereka pula adalah murid sekolah. Sudah lama saya memakai nombor itu, malah semua orang yang berurusan dengan saya tahu akan nombor itu. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga tukar kerana mereka suka telefon tidak kira masa termasuklah tengah malam.

Saya tidak tahu siapa yang menyebarkan nombor telefon saya. Apa yang mereka lakukan sangat menyusahkan saya. Selepas menukar nombor telefon, saya terpaksa menghubungi semua rakan perniagaan dan kerja untuk memaklumkan mengenai nombor baru saya.

Malah, bukan Nabil seorang yang berdepan dengan masalah tersebut. Menurutnya, pelakon Lisa Surihani turut menerima nasib yang sama apabila nombor telefonnya turut dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 25th, 2016

Walaupun sudah masuk tahun baharu, masih ada segelintir pihak yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadap gaya lawak Nabil Ahmad yang seakan terlampau apabila menyentuh hal peribadi orang lain.

Namun, menurut Nabil beliau terpaksa berbuat demikian dan jika ada pihak yang tidak boleh menerima lawaknya ia bermakna mereka terlalu sensitif.

Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ.

Buat Nabil, zaman sudah semakin maju dan beliau juga harus memperbaharui cara beliau melawak agar ia masih relevan dengan keadaan semasa. Tujuan Nabil hanya satu, apa sahaja yang berlaku di atas pentas adalah kerana beliau ingin menghiburkan penonton.

Semua yang dilakukan adalah sebahagian daripada persembahan, sekadar hiburan. Kalau saya mengacara mendatar dan ikut skrip, orang kata saya ada masalah pula. Tak boleh juga terima.

Jadi apa yang mereka nak sebenarnya? Sebab itu saya katakan, (kepada) yang sensitif, kalau nampak saya kendalikan program, janganlah datang. Ini adalah zaman milenium dan semua orang akan buat apa sahaja untuk dikenali, untuk berada di tahap tertentu.

Bukan tidak boleh ditegur, tetapi Nabil lebih selesa untuk menjadi diri beliau sendiri dan enggan ambil pusing dengan mereka yang tidak suka akan caranya dalam berlawak.

Saya adalah manusia yang senang menerima kritikan bahkan selama ini pun saya terima. Tetapi secara peribadi, saya buat adalah untuk diri saya, untuk peminat saya dan untuk orang yang nak tengok saya mengacara. Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya.

Pembaharuan itu bagus, hendak hiburkan hati penonton juga bagus. Namun, mungkin bukan setiap masa kita harus berlawak secara melampau,  buatlah sesuatu perkara mengikut kesesuaiannya.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by AbangNara | November 25th, 2014

Susah juga sebenarnya menjadi pelawak. Buat lawak yang sensitif sikit pun dah teruk kena hentam. Bukan senang nak buat lawak yang memuaskan hati semua orang. Kalau nak difikirkan hati semua pihak, memang confirmlah lawak tak menjadi. Itulah yang terjadi kepada Nabil Ahmad apabila lawaknya mengenai tuala wanita di minggu kedua MLM2014 mendapat kritikan sesetengah pihak.

nabil ahmad

Secara jujur, rakyat Malaysia ini memang ‘oversensitive’ sedikit. Kadangkala benda mengarut pun boleh dijadikan isu yang besar. Nasib baik Nabil jenis buat tak peduli dengan apa yang diperkatakan. Kata Nabil menerusi Harian Metro:-

Lantaklah apa mereka nak cakap. Setakat yang pertikaikan pun dua atau tiga kerat saja. Orang lain okey saja. Kalau nak ambil semua orang cakap memang tak boleh hiduplah saya jadinya. Cuba fikir secara logik kalau produk tuala wanita itu benda yang betul-betul sensitif kenapa iklan mengenainya tidak dihentikan?

Saya hanya buat lawak daripada apa yang sedia ada dan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tak ada apa sensitif atau pelik pun rasanya dengan jenaka itu. Jadi tak payahlah pihak tertentu nak besar-besarkan hal sebab majoriti yang lain okey dengan lawak itu.

nabil

Apabila pelawak luar negara buat lawak lagi sensitif, bersifat perkauman dan lucah tak ada pulak nak kecoh-kecoh. Bila si Nabil buat lawak yang kononnya sensitif habis terus kena hentam. Kesian Nabil. Tak apalah. Inilah dugaan menjadi pelawak di zaman sekarang. Apa pun, semoga Nabil akan terus menunjukkan prestasi mantap di MLM2014. Teruskan perjuanganmu.

P.S: DBKL tukar 8 nama jalan di Kuala Lumpur