Written by serenity | September 13th, 2017

Sudah menjadi lumrah zaman telefon pintar masa kini, hampir semua orang punya akaun media sosial sendiri. Baik di Facebook, Twitter dan Instagram, selebiriti menggubakan sepenuhnya platform ini untuk menghebahkan aktiviti seharian dan berinteraksi secara terus dengan peminat-peminat mereka.
amyramarjr
Namun begitu, kini seolah-olah satu trend bagi selebriti untuk mencipta akaun media sosial anak mereka. Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya misalnya telah mencipta akaun media sosial untuk Lara Alana dan ia menyebabkan Lara menjadi begitu popular di kalangan Netizen.

Pada usia masih kanak-kanak, Lara sudah ada pendapatan sendiri dan membayar cukai seperti rakyat Malaysia yang lain. Hebat, kan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 1st, 2014

Tahniah diucapkan buat pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atas kelahiran anak pertama mereka, seorang bayi perempuan. Kelahiran anak ini telah dilaporkan oleh HLive sebentar tadi.

@therealzainsaidin memanjatkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata perempuannya pukul 2.18 petang tadi. Bayi dan ibunya, @rozitachewan1 berada dalam keadaan sihat. Tonton @officialhlive pukul 8.30 malam ini untuk berita lanjut.

A video posted by officialhlive (@officialhlive) on

Wajah anak pasangan ini khabarnya akan didedahkan di rancangan HLive! malam nanti.

Written by serenity | April 12th, 2013

Nampaknya hari ini akan menjadi hari bersejarah untuk pasangan pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo kerana bayi pertama mereka akan lahir.

Mew Choo dijadualkan untuk melahirkan anak lelaki secara pembedahan hari ini, dan bayi pertama mereka itu bakal diberi nama Kingston.

Perkahwinan pasangan popular ini telah diraikan dalam majlis gilang-gemilang November tahun lepas. Chong Wei dilaporkan sebagai berkata yang dia berharap kelahiran bayinya akan memberi semangat baru dalam mengejar kejuaraan dunia, terutamanya selepas kekalahan beliau di Kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.

Sukar untuk saya tinggalkan Mew Choo sendirian, terutamanya pada tahap kandungannya sekarang. Dia sangat memahami dan meminta saya fokus kepada pertandingan, tapi saya asyik fikirkan dia dan anak kami.

Ramai fikir saya tidak sepetutnya bertanding untuk Kejuaraan Terbuka Australia.

Sebagai seorang pemain, saya dah merancang banyak perkara untuk setahun. Saya buat keputusan untuk sertai Terbuka Australia, jadi saya perlu menerima kekalahan. Tapi jangan risau, saya dah buat keputusan untuk fokus pada satu misi saja, iaitu menjuarai Kejohanan Dunia di Guangzhou (pada bulan Ogos).

Bukan mudah untuk mengekalkan status saya sebagai pemain badminton nombor satu dunia sepanjang empat tahun lepas. Saya terpaksa berhadapan dengan semua jenis pemain – tua atau muda – yang semuanya nekad untuk mengalahkan saya.

Ia sukar dan mencabar. Saya perlu terus berlatih dengan keras untuk mengekalkan stamina dan terus memotivasikan diri. Ini ialah kerjaya saya dan saya gembira kerana Mew Choo memahaminya.

Apa pun kita doakan bayi Chong Wei dan Mew Choo akan dilahirkan dengan selamat. Sumber berita asal The Star.