Written by serenity | July 24th, 2012

oleh: Noorariza Mohd Azahari

Festival Ramadhan yang masuk minggu kedua penganjurannya pada 28 dan 29 Julai 2012 yang akan datang telah berjaya menambat minat para penduduk sekitar Kuala Lumpur dan pelancong yang berminat untuk merasai pengalaman berbuka berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad sambil merakamkan suasana senja di tengah-tengah kotaraya ini. Ini adalah sebagai sebahagian usaha untuk menyemarakkan Ramadhan yang mulia seperti di kebanyakan Negara-negara Arab.

Di Mekah Al-Mukarramah misalnya, berlatar belakangkan Kaabah, anda dapat menikmati kurma pilihan seperti sukkari, ajwa, routab, anbar dan lain-lain lagi yang disesuaikan dengan minuman arab iaitu Qahwah (kopi pahit) dan teh bersama daun pudina. Mengambil kira keindahan menyambut Ramadhan di Negara Timur Tengah, Kuala Lumpur juga berpeluang menyemarakkan sambutan tersebut secara sederhana tetapi meriah dengan juadah berbuka merangkumi bubur lambuk Kampung Baru sebagai menu utama selain kurma dan manisan yang bersesuaian.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli gembira kerana usaha yang dilaksanakan secara julung kalinya hasil kerjasama erat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malahan media penyiar (radio) Klasik Nasional dan Ikim.fm, Muzium Kesenian Islam, Sungei Wang Plaza dengan kerjasama RTM dan kariah-kariah masjid sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut sama berganding bahu menjayakan festival yang pertama seumpamanya di Malaysia ini.

Sebagai sebahagian daripada kehangatan Festival Kuala Lumpur yang giat dilaksanakan sepanjang Julai dan terus disemarakkan dengan sambutan Ramadhan. Menurut Norliza lagi; festival ini bersesuaian dengan tradisi masyarakat Islam di Malaysia yang menyambut Ramadhan dengan aktiviti tadarus Al-Quran, berzanji, marhaban dan sebagainya bersesuaian dengan Ramadhan yang mulia dan sepatutnya disemarakkan dengan pelbagai ibadah dan bukanlah sekadar pengisian untuk sambutan Aidilfitri semata-mata.

Program-program baru ini menjurus kepada suasana baru dalam seni budaya dan bukan sekadar penjenamaan semata-mata. Misalnya aktiviti seperti berzanji, marhaban, nasyid bahkan program mengimarahkan masjid (meramaikan) sempena bulan Ramadhan sudah lama menjadi tradisi dan budaya masyarakat beragama Islam di Negara kita namun tidak pernah menjadi sebagai sebahagian acara mega Negara.

Mengambil pendekatan ini, JKKN berhasrat untuk melaksanakan Festival Ramadhan yang akan mendekati pembudayaan dan tradisi Islam dalam menyambut Ramadhan dengan menyemarakkan Ramadhan dengan aktiviti ibadah seperti bersedekah, berzikir, bertadarus, dan pelbagai kaedah untuk menyemarakkan ruh Ramdhan. Usaha ini tidaka kan Berjaya tanpa kerjasama media massa, korporat, komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi menjayakan aktiviti ini. Festival ini juga diharapkan dapat membantu memandu masyarakat menghormati dan memuliakan bulan yang mulia ini khususnya di kalangan generasi muda Malaysia sesuai dengan pembangunan ruhani dan modal insan.

Berteraskan tema ‘Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima!’ ; Festival ini bertujuan untuk; meningkatkan aspirasi rakyat Malaysia terhadap bulan Ramadhan selain bertujuan untuk mengimarahkan (menyemarakkan) kegiatan keruhanian di kalangan generasi muda semasa bulan Ramadhan seperti aktiviti yang meningkatkan ruh ramadhan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah serta disuruh oleh Rasulullah SAW di dalam bulan Ramadhan seperti tadarus Al-Quran, iktikaf, zakat fitrah, solat tarawih, qiyamullail, sahur, ifthor-memberi makan kepada yang berpuasa dan sebagainya adalah menjurus kepada melahirkan insan muttaqin.

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Al Baqarah : 183

Festival ini turut menjadi keistimewaan baru kepada Festival Kuala Lumpur yang disemarakkan dan disesuaikan dengan sambutan Ramadhan yang sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Artikel selebihnya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 16th, 2009

#Sila baca artikel ini sambil mendengar lagu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir

hari raya

Pejam celik pejam celik dah tak sampai seminggu dah kita nak berhari raya. Sungguh pantas masa berlalu. Nasib baik raya kali nie jatuh hari Ahad, dapatlah beraya dengan hati yang gembira. Tapi bila kenang-kenang dan fikir-fikirkan balik, rasanya Hari Raya di Malaysia nie makin lama makin kurang meriahnya. Dah tak happening macam masa kecik-kecik dulu. Tak tau lah sebab apa. Mungkin sebab umur dah makin tua kot, jadi dah makin tak feel dah.

Jadi kami nak mengajak anda mengenang kembali kenangan Hari Raya masa zaman kanak-kanak dulu. Serius masa kecik-kecik dulu raya memang sangat best. Meriah tak terkata. Antara benda-benda best time raya dulu yang kami buat ialah:-

1. Main mercun roket tepi jalan raya. Sepupu sorang pergi tunggu tepi jalan tengok ada kereta datang ke tak. Kalau ada kitorang bajet-bajet dengan sumbu mercun tue then bakar. Berdentum mercun roket tue kat tepi kereta. Siap ada satu kereta tue berhenti terus kat tengah-tengah jalan tue. Maybe ingat tayar kereta dia pecah kot.

2. Pakai baju raya dari pagi raya 1st sampai tengah malam. Memang tak bertukar dah. Tak kira la bau dah hangit ke apa ke. Memang maintain satu hari pakai baju tue jer. Tue yang kekadang bila malam main bunga raya baju raya compem berlubang. Mak ayah marah suruh tukar baju pun wat derk jer.

3. Main karbait. Ala menatang benda yang diorang letak dalam meriam buluh tue. Tapi kami tak letak dalam meriam buluh. Kitorang buat lubang. Letak air sikit dalam tue. Pastue letak karbait. Pastu letak tin atas lubang tue then cucuh ngan lidi. Kadabom ~~~ Makin tinggi tin tue terbang makin syok dibuatnya.

4. Pusing satu kampung carik duit raya. Kumpul jiran jiran satu umur then buat road tour satu kampung. Makcik jiran tengok muka kitorang pun dah tau muka nak duit raya jer. Datang sekadar minum air sirap jer. Pastu wat muka seposen nak duit raya. Dapat duit raya terus chalo mencari mangsa seterusnya.

5. Malam raya kumpul ramai-ramai depan TV tengok sarkis sambil berlari-lari atas rumah nenek. Memang best tue sarkis time tue. Time tue mana ada Astro apa semua nie. Sarkis pun dah kira takjub dah. Lepas tue nenek marah sebab katanya rumah nak runtuh kitorang lari. Hehehe.

Apa pulak kenangan korang? Meh share-share ngan kitorang. Kasik terasa sikit feel raya tahun nie.

P.S: Tak puas hati betul lah dengan stesen radio swasta nie. Dah nak seminggu raya pun lagu Indon banyak tak hengat. Kami nak lagu raya please.