Written by AbangNara | March 26th, 2011

lady gaga

Gagap punya Lady Gaga. Sungguh kurang ajar dan tak makan saman punya Lady Gaga ini. Tahulah diri anda itu memang kontroversi dengan lagu-lagu yang penuh dengan lirik mengarut. Kini Lady Gaga maju selangkah lagi dengan meminta rakyat Malaysia memprotes penapisan lirik lagu Born This Way. Untuk pengetahuan, lirik lagu ini memartabatkan kehidupan homoseksual.

Anda (peminat) harus melakukan apa yang dirasakan wajar untuk menegakkan hak kebebasan sebagai anggota masyarakat. Anda perlu bersuara dan tidak boleh mengalah begitu sahaja. Anda harus melakukan protes secara aman dan baik

Adakah Lady Gaga ingat rakyat Malaysia ini jenis “saya gay saya ok?”. Abang Nara rasa Lady Gaga tak tahu pun kedudukan geografi dan agama rasmi Malaysia. Main bantai je suruh rakyat Malaysia buat protes. Harap-harap tak adalah rakyat Malaysia yang fanatik Lady Gaga termakan dengan kata-kata si gagap ini.

Antara lirik lagu Lady Gaga yang kontroversi di dalam lagu ini ialah:-

No matter gay, straight or bi lesbian, transgendered life
I’m on the right track, baby
I was born to survive
No matter black, white or beige
chola or orient made
I’m on the right track, baby
I was born to be brave

Abang Nara berbangga dengan stesyen radio yang menapis lirik lagu Lady Gaga ini kerana ianya menjaga sensitivi masyarakat Malaysia. Good job dan sila jangan termakan dengan pujuk rayu si gagap ini. Kita ada cara kita dan tak perlu ikut cara orang Barat. Tak gitu?

Written by AbangNara | October 19th, 2010

gambar alyah lady gaga

Hebat sangat ke Lady Gaga tue sampai nak kena tiru gaya dia? Kesian pulak kami tengok si Alyah yang berfesyen macam Lady Gaga nie. Memang tak kena langsung. Nampak macam makcik Gayah sebelah rumah kami pulak. Tak perlu la tiru-tiru artis Barat nie. Kat negara diorang mungkin la sesuai pakai macam tue, tapi kat Malaysia nie memang buruk bebenar kalau bergaya macam Lady Gaga.

Lagipun buat apa nak tiru gaya artis-artis lain. Nanti orang kata tak ada identiti sendiri. Bagi kami, identiti artis-artis barat nie bukannya elok sangat untuk ditiru.  Banyak yang tak kena dengan budaya kita.  Lagi-lagi dari segi pemakaian. Cuba buat satu identiti yang 1Malaysia sikit. Dulu Allahyarham Sudirman boleh buat kenapa artis kita zaman sekarang tak boleh buat?

Mungkin Alyah desperate sangat nak meraih populariti murahan. Kalau dah tiru gaya Lady Gaga, confirm media-media kat Malaysia akan cop Alyah sebagai Lady Gaga Malaysia. Senang-senang dapat publisiti percuma. Tak payah nak keluar lagu atau album baru. Tiru gaya Lady Gaga pun dah dapat keluar suratkhabar atau blog-blog hiburan.

Lagi gambar Alyah tiru Lady Gaga tapi di mata kami nampak macam makcik Gayah sebelah rumah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Superman wujud rupanya.

 
Written by AbangNara | August 10th, 2010

Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrovasi tentang video ni .

Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web .Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni. http://mistisfiles.blogspot.com and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal . Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga .Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video laguAlejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .

lady gaga

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut. Terima kasih kepada Izah yang sudi berkongsi info ini.

P.S: Anda wajib tengok video berkaitan pembuangan bayi ini.