Written by serenity | September 13th, 2017

Sudah menjadi lumrah zaman telefon pintar masa kini, hampir semua orang punya akaun media sosial sendiri. Baik di Facebook, Twitter dan Instagram, selebiriti menggubakan sepenuhnya platform ini untuk menghebahkan aktiviti seharian dan berinteraksi secara terus dengan peminat-peminat mereka.
amyramarjr
Namun begitu, kini seolah-olah satu trend bagi selebriti untuk mencipta akaun media sosial anak mereka. Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya misalnya telah mencipta akaun media sosial untuk Lara Alana dan ia menyebabkan Lara menjadi begitu popular di kalangan Netizen.

Pada usia masih kanak-kanak, Lara sudah ada pendapatan sendiri dan membayar cukai seperti rakyat Malaysia yang lain. Hebat, kan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | January 9th, 2017

Kehadiran adik beradik Senrose seperti Nelydia, Uqasha dan Raysha sering mencuri tumpuan ramai dari segi kerjaya, penampilan dan kisah cinta mereka. Mereka boleh dikatakan antara keluarga selebriti popular.

Apabila sudah popular, tentu sekali ada juga sesetengah pihak yang sering mencari kesalahan dan sering menngkritik mereka.

Berbicara mengenai isu tersebut, Nelydia akui kehidupan ini tidaklah selalu indah dengan pujian semata-mata.

Orang akan sentiasa bercakap walaupun kami tak buat apa-apa. Apatah lagi kalau ada isu yang timbul.  Macam nilah, saya rasa baik saya, Uqasha mahupun Raysha, tiada antara kami yang mampu menutup mulut orang. Apa yang kami boleh buat ialah berikan yang terbaik pada kerja dan industri. Masing-masing mainkan peranan. Yang mana mahu berlakon, teruskan. Yang mana mahu bisnes atau belajar, juga teruskan.

Namun, ia tidak bermaksud mereka tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang ramai tetapi mereka tahu bahawa orang tetap akan cuba mencari sesuatu perkara yang boleh dibicarakan berkaitan dengan mereka.

Ia bukan bermaksud kami dah tak peduli apa orang nak kata, cuma iyalah, kita semua tahu orang diluar sana akan sentiasa punya benda untuk diperkatakan. Dari sudut positif, ya, mungkin mereka sebenarnya prihatin dengan kami bertiga. Kalau dalam bab itu, syukur juga.

Susah untuk puaskan hati semua pihak tetapi kalau kita layan setiap kritikan orang, memang boleh berikan tekanan juga. Bak kata Nelydia, mulut orang kita tidak boleh tutup dan terima sahajalah jika mereka ingin berkata-kata.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by serenity | November 4th, 2013

Tidak dapat dipastikan berapa ramai sebenarnya dari pembaca BN yang mengikuti program Akademi Fantasia (AF) musim terbaru. Sebelum ini timbul kontroversi apabila Rafidah Ibrahim dikeluarkan dari senarai peserta akhir kerana giat memberi komen tentang program itu yang dilihat seolah-olah perbuatan ‘melobi’ undi.
 photo roslan.png

Yang terbaru, salah seorang juri pertandingan itu, Roslan Aziz dikecam kerana merujuk kepada dua orang penari latar sebagai ‘beruk’ dalam ulasannya tentang persembahan program tersebut. Melalui Utusan Online, Roslan telah memohon maaf atas keterlanjurannya.

Sejujurnya saya amat kecewa, ia tidak seharusnya berlaku. Saya akui ia memang suatu kesilapan daripada pihak saya dan saya memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

Namun saya harap perkara ini tidak diperbesarkan kerana apa yang berlaku adalah disebabkan saya terlalu beremosi sewaktu menyaksikan persembahan tersebut

Mungkin ada juga benarnya apa yang dikatakan oleh Roslan, walaupun ada yang mengatakan apa yang dilakukan Roslan adalah sekadar gimik untuk menaikkan rating program AF yang didakwa tidak sepopular era awal penganjurannya.

Apa pun jika benar dia beremosi diharap Roslan tidak mengulanginya lagi kerana ia contoh tidak baik terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja yang turut menonton pertandingan tersebut.