Written by AbangNara | November 17th, 2014

Nasib malang yang menimpa Hanez Suraya turut sama menarik perhatian Nora Danish. Untuk makluman, Hanez sebelum ini hanya sempat menjalani penggambaran telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar selama sehari sebelum tempatnya digantikan oleh orang lain. Nora Danish turut sama berlakon di dalam telefilem tersebut. Menariknya, Nora Danish sebenarnya terasa teruja kerana mendapat peluang untuk bekerjasama dengan Hanez dan terkejut apabila pelakon jelita itu disingkirkan.
hanez suraya dan nora danish

Menarik juga membaca kata-kata Nora Danish mengenai apa yang telah terjadi terhadap Hanez Suraya. Kata Nora:-

Sewaktu penggambaran pada hari pertama, saya rasa begitu teruja apabila melihat Hanez Suraya. Lagipun saya suka bertanyakan mengenai rahsia kecantikannya kerana dia seorang yang sangat cantik.

Saya ada memuat naik gambar bersama Hanez di Instagram dan saya diberitahu oleh kawan pada malam itu bahawa gambar tersebut terlalu banyak komen berunsurkan negatif. Saya pun delete dan block semua komen-komen tersebut.

Hari keesokan untuk penggambaran telefilem tersebut, saya terkejut apabila diberitahu saya dikehendaki berlakon semula babak bersama Hanez yang telah digantikan dengan pelakon lain.

Sejujurnya saya rasa Hanez patut diberi peluang. Saya tak nak sentuh tentang masalah peribadinya tetapi kita perlu bantu dia. Kita ni manusia biasa adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah

hanez suraya dan nora danishAbang Nara sependapat dengan Nora Danish yang Hanez Suraya wajar diberi peluang untuk kembali berlakon semula. Sebelum ini ramai lagi artis yang melakukan perkara yang lebih kontroversi telah mendapat ruang untuk muncul di kaca televisyen. Malah artis seberang yang pernah ada video lucah dan anak luar nikah juga ditatang bagai anak emas di Malaysia. Kenapa dengan Hanez yang merupakan artis tempatan diperlakukan sebegini rupa? Rasanya Hanez pun dah banyak belajar daripada kesilapannya. Kesian pula bakatnya dipersia-siakan begitu sahaja. Apa pula pendapat anda?
hanez suraya dan nora danish

P.S: Baju sekolah, beg sekolah dan macam-macam lagi peralatan untuk anda dengan harga diskaun yang amat awesome sekali. Penghantaran pun PERCUMA. Tunggu apa lagi? Layari www.familynara.com sekarang juga atau WhatsApp terus ke 011-3338-7668 untuk sebarang pertanyaan.

Written by AbangNara | October 8th, 2014

Kesian sungguh Abang Nara dengan nasib yang menimpa Hanez Suraya. Akibat kontroversinya dengan Romie sebelum ini, stesen televisyen telah mengambil keputusan untuk memboikot pelakon jelita ini. Akibatnya, apabila para penerbit mencadangkan nama Hanez untuk drama terbitan mereka, ia ditolak mentah-mentah oleh stesen televisyen. Sedih kan? Sudahlah dipandang serong oleh masyarakat kerana skandalnya, kini tak ada ‘job’ pula. Pedih!!!

hanez suraya

Membaca luahan hati Hanez Suraya di BiPop hujung minggu lalu membuatkan Abang Nara agak simpati dengan nasib yang menimpanya. Tulis Hanez:-

Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapa tetapi mengapa saya tidak diberi kesampatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon.

Penerbit tidak pernah lupa malah masih menghulurkan tawaran, tetapi pada saat akhir nama saya digugurkan kerana bimbang kemunculan memberi kesan kepada rating sesebuah drama. Saya bermula dari bawah, merangkak untuk membina nama, namun kerana kesilapan lantaran terlalu mengikut kata hati, itu semua musnah.

Saya tidak menafikan perasaan rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran semakin tebal. Pernah juga saya merisik khabar daripada penerbt yang rapat, mereka yang masih memberikan sokongan, tetapi apa daya mereka jika nama saya tidak diluluskan oleh stesen televisyen. Sesetengah pihak dengar saja nama Hanez Suraya, terus ditolak. Berikan saya ruang untuk membersihkan nama dan menebus semua kesilapan lalu.

hanez suraya

Betullah kata orang, sekali kita buat salah, semua pihak akan ingat ia sampai bila-bila. Tak kiralah sebanyak mana kebaikan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Buat Hanez, bersabarlah. Rasanya kena tunggu lama sikit lagi untuk biar masyarakat benar-benar lupa apa yang telah anda lakukan. Setahun dua lagi pasti stesen televisyen akan menerima anda kembali. Buat masa ini, tumpukan perhatian pada perniagaan. Mana tahu ada rezeki anda di situ. Tak gitu?

 
Written by AbangNara | April 9th, 2014

Cubaan menyelesaikan kes saman malu secara baik antara Hanez Suraya dan pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi. Hanez Suraya sebelum ini menyaman bekas pembantunya itu berhubung kenyataan memfitnah menerusi laman sosial. Kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian sekaligus menyebabkan kes ini akan dibicarakan.

hanez suraya

Untuk makluman, Hanez Suraya mendakwa bekas pembantu peribadinya itu telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas. Perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa dirinya merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang.

hanez suraya

Hanez Suraya menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Sumber asal Mstar Online.

Written by AbangNara | March 6th, 2014

Karma. Abang Nara tak percaya pada karma. Dalam Islam pun rasanya tak ada karma. Namun dalam bab Hanez Suraya ini, karma ini boleh ditafsirkan sebagai “kau rampas suami orang hari ini, nanti satu hari orang rampas suami kau pulak“.  Apabila diajukan soalan mengenai “karma” atau pembalasan ini, Hanez Suraya menyatakan yang dia tidak takut dengan perkara tersebut.

hanez tak percaya karma

Yang menariknya, ketidaktakutan Hanez adalah kerana percaya dirinya berada di pihak yang benar. Kata Hanez menerusi Mstar Online:-

Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar. Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu

hanez tak percaya karma

Kekadang Abang Nara sendiri rasa “stress” dan “tension” membaca kata-kata Hanez Suraya ini. Namun Abang Nara respek sebab Hanez mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Tak terjejas langsung dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya menerusi laman sosial. Cuma Abang Nara tertanya-tanya, ada ke orang lain selain Hanez dan Romie yang percaya pelakon ini berada di pihak yang benar? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
kznabihahP.S: Cantik-cantik kesemua rekaan dan fesyen yang ada di KzNabihah ini. Paling best, kesemua jenis saiz ada dijual di www.kznabihah.com ini. Daripada XS sehingalah 8XL. Ramai yang sudah membeli dan kesemuanya sangat berpuas hati? Tak percaya? Baca testimonial awesome yang ditinggal di Facebook KzNabihah dan Instagram KzNabihah.