Written by Bella | March 21st, 2017

Kes isteri Aqasha iaitu Baizura yang mendedahkan seorang artis wanita popular membuatkan rumah tangganya bergolak mendapat perhatian termasuk aktres Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta.

Menerusi ruangan komen di Instagram Baizura, Che Ta ada menggunakan istilah “betina” merujuk kepada wanita yang didakwa sebagai punca masalah rumah tangga Baizura dan Aqasha. Dek kerana komen itu, Che Ta dikecam netizen. Menerusi beberapa spekulasi, nama Rita Rudaini didakwa sebagai wanita yang dimaksudkan sebagai orang ketiga antara Baizura dan Aqasha.

Oleh itu, ramai yang tertanya adakah Che Ta sebenarnya sengaja menujukan komen tersebut kepada Rita. Adakah mereka berdua juga sebenarnya berbalah?

Sejujurnya, saya tidak tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan. Saya tak tahu langsung hujung pangkal cerita. Saya juga tidak mengenali siapa Baizura. Sebagai wanita, saya rasa tersentuh membaca luahan hati Baizura serta memahami perasaannya sebagai isteri dan ibu. Saya memahami perasaan wanita lain yang suaminya digoda.

Ingin saya jelaskan yang saya tak tahu secara terperinci apa yang sedang berlaku. Siapa yang terlibat dalam hal ini pun saya tak tahu pada mulanya kerana saya memberikan komen secara general menerusi sudut pandang seorang wanita. Saya sendiri tiada isu dengan Rita. Saya tak pernah jumpa dengan Rita dan tak pernah berlakon dengan Rita. Saya tiada sebab mahu mengata atau mahu menujukan komen itu kepada Rita kerana saya sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan.

Che Ta akui beliau sudah serik untuk meninggalkan sebarang komen sebelum membaca serta meneliti cerita yang sebenar.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | March 5th, 2017

Kes Baizura yang mengamuk kerana suaminya Aqasha yang didakwa mempunyai  hubungan dengan seorang pelakon wanita berstatus janda anak dua bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial tetapi selebriti terkenal Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta.

Menerusi ruangan komen di Instagram Baizura, Che Ta ada meluahkan kata-kata mengenai isu hangat ini. Namun, luahan Che Ta yang menggunakan istilah “betina” yang ditujukan untuk wanita yang menjadi perosak rumah tangga Baizura menimbulkan sedikit rasa kurang senang dikalangan netizen. Menurut mereka, apa yang dikatakan oleh Che Ta itu agak keterlaluan.

Sehingga kini, pelbagai spekulasi timbul mengenai  siapakah gerangan artis wanita popular berkenaan sehingga ada yang sudah “memetik” satu nama yang pasti semua orang kenal. Apa agaknya penghujung kontroversi ini? Kita tunggu juga komen Aqasha nanti.