Written by AbangNara | June 21st, 2012

Akhirnya menerusi suratkhabar Kosmo hari ini, Shah Jaszle atau mahu dikenali dengan Shahrizal mengakui akan masuk merisik kekasih hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai kelak. Untuk makluman, sebelum ini Abang Nara ada menulis entri berkaitan hal ini selepas Shah Jaszle mengupload gambar di bawah menerusi Instagramnya.

shah jaszle

Shah Jaszle dan Redzwani Puteri pada mulanya hanya berkawan biasa sahaja. Namun kata orang kalau dah jodoh takkan ke mana. Daripada kawan biasa, hubungan mereka berdua bertukar menjadi kawan rapat dan seterusnya menjadi pasangan kekasih pada awal tahun ini. Apabila ditanya adakah dengan berlangsungnya majlis merisik ini akan menutup segala gosip percintaannya dengan Neelofa dan Miera Liyana, Shah Jaszle menjawab:-

Saya sudah mengenali Redzwani untuk tempoh yang agak lama dan sepanjang tempoh itu, hanya dia berada dalam hati saya. Jadi, apa yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah gosip semata-mata.

shah jaszle

Romantik juga Shah Jaszle ini rupanya. Abang Nara doakan agar majlis merisik kelak akan berjalan dengan lancar. Semoga perancangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri ke arah mendirikan rumah tangga akan dipermudahkan. Pasti ramai yang tak sabar untuk melihat pelakon kacak ini bersanding di atas pelamin kelak.

Written by AbangNara | December 3rd, 2010

shah jaszle

Confirm ramai perempuan-perempuan di luar sana yang kecewa apabila Shah Jaszle bagitau yang dia tak minat nak bercinta dengan awek Melayu. Tambah kecewa kalau anda tahu yang awek Shah Jaszle sekarang ialah awek Ukraine. Confirm cun gila beb. Model kat United Kingdom tue. Pergh… Confirm meletup tak hengat.

Kenapa Shah Jaszle tak suka awek Melayu? Ini jawapannya:-

[note]Saya pernah ada teman wanita Melayu tapi saya kena control sampai susah untuk saya libatkan diri dengan industri kerana cemburu yang melampau. Saya baru 21 tahun tapi dia asyik paksa untuk berkahwin. [/note]

Kalau kami jadi awek Shah Jaszle pun confirm ajak kawin cepat-cepat. Pakwe hensem tue beb. Sebelum kena caras ngan awek lain, baik nikah cepat-cepat. Baru orang lain takleh kacau. Tak gitu? Hehehe.

Dan berita baik untuk anda semua, rupa-rupanya Shah Jaszle dah clash ngan awek Ukraine dia tue. Si awek sudah balik ke Ukraine dan sebelum balik dah pesan kat Shah Jaszle supaya cari awek lain. Apa lagi? Kepada awek-awek Melayu di luar sana, marilah beramai-ramai try mengorat Shah Jaszle. Buktikan kehebatan awek Melayu padanya.

All the best kepada mereka yang nak ngorat Shah Jaszle. Kami doakan kejayaan andas