Written by Bella | May 27th, 2015

Baru-baru ini peminat industri lakonan tempatan dikejutkan dengan berita tentang sikap seorang artis yang semakin popular, Keith Foo apabila beliau telah didenda RM100 kerana memaki seorang anggota polis trafik dengan ayat yang agak kasar.

Jelas sekali berita tersebut sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Keith yang sebelum ini jarang sekali dihimpit dengan kontroversi. Ramai pihak memberikan respon yang agak negatif kepada beliau akibat kes itu.

Namun, Keith telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan kejadian itu cuma satu salah faham dan tidaklah  begitu teruk seperti yang dilaporkan sebelum ini. Malah, beliau tidak lagi mempunyai sebarang masalah dalaman bersama anggota polis tersebut dan sudah memohon maaf pada beliau pada waktu kejadian.

Saya minta maaf dengan apa yang terjadi. Saya juga manusia biasa yang tidak lari kesilapan. Saya menyesal dan memang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan dan tolonglah patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, pada jam 4.30 pagi, 15 Mac lalu. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100. Keith Foo telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan diarahkan membayar denda RM100 atau akan dipenjarakan 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Kalau kita menghormati orang lain dalam apa jua situasi pasti tiada masalah yang akan timbul. Harapnya ia menjadi pengajaran juga buat merek di luar sana yang kadang-kadang agak berlagak untuk memberikan kerjasama dengan polis hanya kerana mereka memandu kereta mewah. Jangan pandang hina kepada anggota polis.

Sumber Berita: Malaysian Digest

Written by Bella | May 25th, 2015

Agak menyedihkan untuk perkara sebegini berlaku terhadap Keith Foo yang jarang dihimpit kontroversi selama ini. Sedang hangat namanya disebut-sebut kerana lakonan hebat di dalam drama Dia Isteri Luar Biasa, nama baik Keith Foo tercalar apabila didenda RM100 akibat memaki pihak polis. Kata-kata yang dikeluarkan oleh Keith Foo iaitu ‘kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh‘ terhadap seorang anggota polis trafik memang tidak patut dilakukan sama sekali.

keith foo maki polis

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, dekat sini pada 4.30 pagi, 15 Mac lalu. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100. Keith Foo telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan diarahkan membayar denda RM100 atau akan dipenjarakan 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

keith foo maki polis

Diharap Keith Foo dan seluruh rakyat Malaysia tidaklah memandang rendah akan kerjaya seorang polis trafik. Mereka hanya menjaga keselamatan jalan raya tanah air kita. Lebih-lebih dengan jumlah kemalangan yang semakin meningkat, seharusnya kita memberi kerjasama yang sepatutnya sekiranya ditahan oleh polis trafik. Bukanlah mencaci atau memaki mereka. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

keith foo maki polisP.S: Wahhh!!! Nana Mahazan pun gunakan Ridzskin Expert Whitening Foundation nie. Mudah sangat cara penggunaannya. Hanya guna jari sahaja. Kesannya? Kulit bertambah putih, mekap tahan lebih lama, wajah nampak glowing dan segala jerawat boleh hilang. Banyak lagi kelebihan Ridzskin ini. Yang dah try semua bagi thumbs up. Tak caya? Cuba baca testimonial di Facebook Ridzskin Official atau follow mereka di Instagram Ridzskin.

 

Written by AbangNara | May 19th, 2015

Jangankan Shukri Yahya, Abang Nara pun confirm gigil kalau kena lakonkan adegan pegang tangan Nur Fathia. Satu memang sebab Nur Fathia cantik dan cun melecun. Keduanya tengah syok berlakon pegang tangan, tiba-tiba kekasih Fathia iaitu Aiman Hakim Ridza muncul. Tak ke cuak? Mesti kena ushar semacam je. Namun ini semua ‘terpaksa’ dilakukan atas dasar profesional demi kejayaan drama Dia Isteri Luar Biasa.

dia isteri luar biasa

Bercerita tentang pengalamannya itu, Shukri Yahya memaklumkan yang Nur Fathia telah menenangkan dirinya ketika penggigilan tersebut berlaku. Seperti yang kita ketahui, Nur Fathia telah berlakon lebih lama berbanding Shukri. Jadi ada pengalaman lebih sikit. Kata Shukri:-

Ini pertama kali saya bergandingan bersama Fathia. Sebelum masuk ke set, saya ada menonton lakonan Fathia menerusi drama Bencinta.Sepanjang penggambaran drama ini. saya banyak dapat tunjuk ajar daripada pengarah juga Fathia sendiri sekaligus dapat membina keserasian antara kami.

Cuma saya ni seorang yang pemalu. Tambahan, awal-awal lagi saya sudah letak jurang di mana saya junior manakala Fathia pula adalah senior saya dalam bidang lakonan. Dia cantik dan lakonannya hebat. Mungkin itu yang membuatkan saya berasa segan dengannya.

Ada satu babak kahwin di mana saya perlu pegang tangan Fathia. Mulanya sewaktu saya hendak pegang tangan dia, saya mengigil. Dia nampak tangan saya mengigil dan dia terus tenangkan saya. Bila dia memberi reaksi sebegitu, rasa gementar saya berkurang

dia

Mungkin selepas ini Shukri Yahya boleh cuba minta pengarah drama/filem lakonannya untuk membuang babak berpegangan tangan sebegini. Takut pasnie gigil datang lagi. Ada banyak lagi cara untuk menunjukkan ikatan kasih sayang. Tak semestinya kena berpegangan tangan. Apa pun lakonan anda di dalam episod pertama Dia Isteri Luar Biasa boleh tahan hebatnya. Teruskan usaha!!! Sumber MalaysianDigest.

Written by AbangNara | May 19th, 2015

Fuh!!! Baru episod pertama tetapi drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) nampaknya telah mencipta fenomena yang tersendiri. Kalau selalunya episod akhir baru ada viewing party, untuk drama DILB ini ia dilakukan untuk episod pertama. Puluhan peminat drama dan novel ini telah hadir. Tambah menarik, pelakon utama seperti Shukri Yahya, Fathia Latif, Ziela Jalil dan Elizad turut sama hadir. Seronok pulak Abang Nara tengok para peminat diberi berkesempatan bermesra dengan pelakon-pelakon DILB.

dia isteri luar biasa

Nombor rasmi jumlah penonton episod pertama DILB tidak lagi dikeluarkan. Namun berdasarkan media sosial, ia telah ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Trending nombor 1 di Twitter lagi!!! Watak paling menarik sudah tentu Keith Foo yang menjadi lelaki lembut. Muka macho, kacak dan gagah, sekali sotong. Hehehe.

dia isteri luar biasa

Berdasarkan episod pertama, ada harapan untuk drama Dia Isteri Luar Biasa mencipta rekod yang tersendiri. Lakonan pun semua mantap-mantap. Sama-samalah kita nantikan perkembangan drama ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar TheDialogue.

dia isteri luar biasa

 

P.S: Event selalu boring tak ada aktiviti? Inilah masanya untuk gunakan Funthography Photobooth yang menjanjikan FUN/keseronokan untuk majlis anda. Klik sekarang di sini untuk mendapatkan diskaun sehingga 40%. Anda dan para tetamu pasti bergembira.