Written by Bella | March 21st, 2017

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong memberitahu beliau dan Kamal Adli belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dan Kamal mahu Emma memberikan tumpuan terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

Namun, menerusi kenyataan terbaru Kamal di Harian Metro, beliau mengakui sudah bersedia untuk memperisterikan Emma.

Walaubagaimanapun, beliau masih belum mempunyai tarikh yang tepat untuk bernikah dengan Emma dan sekaligus menafikan dakwaan kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Jika ikutkan hati, saya sudah lama bersedia untuk berkahwin. Namun saya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa. Saya bersyukur keluarga juga tidak pernah memberikan sebarang tekanan berhubung soal itu.

Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya. Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai. Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti dibenci orang.

Mungkin Emma masih malu-malu untuk berbicara soal perkahwinan dengan Kamal. Namun, kalau pihak lelaki sudah bersedia, ia benar-benar memberikan gambaran Kamal serius untuk memperisterikan Emma. Harapnya, niat Kamal itu akan termakbul satu hari nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 20th, 2017

Lama juga kan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli berpacaran. Tidak dinafikan, ramai yang suka melihat pasangan ini bersama, kalau boleh biarlah hubungan mereka ini dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Namun, Emma sendiri memberitahu buat masa ini mereka berdua tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Kamal juga mahu Emma memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan. Dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu. Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.

Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin. Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.

Berbicara mengenai status terkini hubungan beliau bersama Kamal, Emma hanya menjawab Kamal adalah seorang kawan lelaki paling rapat dengannya.

Dia bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa. Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya.

Peminat hanya ingin yang terbaik buat Emma dan Kamal kerana kedua-duanya pernah melalui episod duka dalam percintaan sebelum ini. Apa-apa pun, segala keputusan terletak di tangan mereka. Kalau ada jodoh ada lah. Tak gitu?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | September 19th, 2016

Umum mengetahui pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sehingga kini masih lagi cuba untuk memperbaiki hubungan mereka.

Pelbagai spekulasi dan kenyataan yang keluar, tetapi sehingga kini Kamal dan Emma tetap berdiam diri mengenai setiap gosip tentang percintaan mereka.

Terbaru, menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, Kamal nampaknya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memikat kembali hati Emma dan kini lebih banyak meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.

Untuk berada di sisi Emma, Kamal dikatakan sanggup untuk mengambil cuti daripada penggambaran hanya untuk menemani Emma ke acara hiburan.

Malah, Kamal juga cuba memujuk Emma dengan membelikan pelbagai hadiah  untuknya.

Kadang-kadang seseorang wanita itu boleh “cair” dengan usaha teman lelaki mereka untuk membaiki hubungan yang sudah dingin.  Harapnya usaha Kamal Adli untuk cuba memenangi hati Emma Maembong akan berhasil. Terus terang mereka berdua agak sepadan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | September 9th, 2016

Kemunculan Emma Maembong dan Kamal Adli bersama di FFM28 baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas gosip yang bertebaran mengatakan hubungan mereka percintaan mereka sedang bergolak.

Tentu sekali pada acara berkenaan, wartawan tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang status hubungan mereka yang terkini.

Menerusi sebuah video pendek di mStar Online, Emma menjelaskan beliau dan Kamal hanyalah sekadar teman rapat.

Saya dengan Kamal masih kawan macam dahulu, kitorang tidak ada apa-apapun. So dia adalah saya punya partner untuk malam ini, saya ok je la.  Bila masa saya cakap boyfriend?

Kamal yang turut berada disebelah Emma hanya tersenyum dan  enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan yang dibuat oleh Emma itu.

Sekejap ya sekejap tidak, mana satu yang betul sebenarnya Emma dan Kamal? Hmmmph..tidak mengapalah, apa-apapun kalau memang mereka ada jodoh bersama, tunggu sahajalah perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka.

Buat masa ini, biarlah mereka terus berdolak dalih dan bermain teka teki dengan peminat. Mungkin juga mereka tengah mencuba untuk memperbaiki masalah didalam perhubungan mereka. Wallahualam.

Sumber Berita : mStar Online