Written by AbangNara | November 28th, 2012

Setiap orang ada ketakutan mereka yang tersendiri. Ada yang takut lipas. Ada yang tak boleh tengok kucing. Lelaki kacak seperti Abang Nara pun ada kelemahannya. Abang Nara takut dengan ketinggian.

fear factor

Nampak tak muka cuak Abang Nara di atas? Gambar ini diambil ketika Abang Nara cuba menaiki permainan “anti gravity” kat Sunway Lagoon. Menatang alah ini akan ditolak tinggi ke atas udara dalam masa beberapa saat sahaja. Memang seram gila!!!
fear factor
Lutut Abang Nara terketar-ketar masa ini. Akibatnya, dengan muka tak malu, Abang Nara suruh wife je gantikan. Abang Nara memang takut sangat-sangat dengan ketinggian. Pernah masa kat Korea pergi theme park Everland, Abang Nara menangis bagai nak rak bila naik roller coaster dan pirate ship.
fear factor
Jadi apabila Abang Nara tahu yang 30 orang selebriti Malaysia memasuki pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia, Abang Nara rasa teruja sangat. Selama ini diorang nampak macam hebat dan kool je kan? Menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia ini, confirm segala rahsia ketakutan mereka akan diketahui. Yeah ~~
fear factor
Dihoskan oleh pelakon kacak (tapi Abang Nara lebih kacak) Aaron Aziz, Fear Factor Selebriti Malaysia telah pun menjalani penggambaran di Cape Town baru-baru ini. Lasak tak lasaklah penggambaran yang dilakukan sampai Aaron Aziz yang tough nie pun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Nasib baik dah sembuh dah.
fear factor
Selebriti pilihan Abang Nara untuk Fear Factor Selebriti Malaysia tak lain tak bukan ialah Jehan Miskin. Badan tough, muka kacak, nampak aktif bersukan dan tak takutkan apa-apa. Rasa-rasa macam Jehan boleh menang je. Kalau tak menang pun, confirm masuk final punya.
fear factor
Antara selebriti lain yang turut join Fear Factor Selebriti Malaysia ini ialah Elfira Loy, Dafi, Johan As’ari, Didie Alias, Kaka dan ramai lagilah. 30 orang ini dibahagikan kepada 13 kumpulan dan akan berentap sesama sendiri. Hanya mereka yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal tertinggi akan layak bergelar juara Fear Factor Selebriti Malaysia.
fear factor
Siapakah yang akan layak ke pusingan seterusnya? Siapakah yang akan tersingkir? Abang Nara harap Elfira Loy bertahan lama sikit. Boleh tengok aksi comel dia lama-lama. Hehehe. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Fear Factor Malaysia dan website Fear Factor Malaysia.