Written by AbangNara | July 4th, 2012

Akhirnya penantian untuk mengetahui siapakah juara Kilauan Emas 2 telah pun berakhir sebentar tadi. Uncle Fuad yang berasal dari Selangor telah pun menggondol gelaran juara sekaligus membawa pulang RM50,000. Confirm wife Uncle Fuad tersenyum lebar saat kemenangan suaminya diumumkan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

fuad juara kilauan emas 2

Naib johan pula telah menjadi milik Uncle Azri yang membawa pulang RM25 ribu. Selain itu, Uncle Azri turut memenangi anugerah khas Polident yang menyaksikan wang tunai RM5 ribu menjadi miliknya. Kiranya Uncle Azri pasti tersenyum lebar dapat RM30 ribu malam ini. Di tempat ketiga pula dengan hadiah kemenangan RM15 ribu menjadi milik Uncle Jumat. Nampaknya semua pemenang Kilauan Emas 2 ialah peserta lelaki.

fuad juara kilauan emas 2

Jutaan tahniah sekali lagi kepada semua pemenang. Diharap tahun depan jika ada Kilauan Emas 3, hadiah yang ditawarkan akan lebih menarik. Abang Nara pasti ramai uncle-uncle dan auntie-auntie yang mempunyai bakat terpendam di luar sana. Tak gitu?

Written by AbangNara | July 4th, 2012

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pentas akhir Kilauan Emas 2 akan berlangsung malam ini tepat jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134. Siapakah di antara 6 finalis di bawah yang akan berjaya menjadi juara?

juara kilauan emas 2

Hanya seorang sahaja peserta wanita yang berjaya ke final. Adakah Salina akan berjaya membuat kejutan sekaligus menewaskan 5 peserta lelaki lain? Daripada lagu yang dipilih, memang ada kemungkinan kejutan tersebut berlaku.

1. AZRI – Teratai
2. FADZIL – Di Alam Fana Cinta
3. FUAD – My Baby You
4. JULAINI – Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan
5. JUMAT – To Love Somebody
6. SALINA – Bing

kilauan emas 2

Tak sabar rasanya nak mengadap TV malam ini. Kalau anda tak pernah tengok Kilauan Emas 2, inilah masa terbaik untuk melihat kehebatan pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini menyanyi di atas pentas. Ikhlas cakap, ada sesetengah mereka yang lebih hebat daripada penyanyi muda kita. So jangan lupa saksikan final Kilauan Emas 2 malam ini tepat jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134.

Written by AbangNara | June 27th, 2012

Fuh. Akhirnya yang dinanti-nanti telah tiba. Kilauan Emas 2 hampir sampai ke kemuncaknya apabila 2 lagi peserta daripada Zon Tengah telah terpilih untuk melengkapi senarai 12 orang peserta separuh akhir. Kesemuanya memang hebat-hebat belaka. Malam ini, di Astro Prima 105, bermula jam 9 malam mereka akan berentap sesama sendiri untuk menentukan siapakah yang akan layak ke final Kilauan Emas 2.

kilauan emas

Minggu lepas menyaksikan kehebatan peserta-peserta daripada Zon Tengah sehingga Abang Nara sendiri sukar untuk membuat pilihan siapakah yang sepatutnya layak. Kesemuanya ada kelebihan masing-masing. Namun rezeki berpihak kepada Mohd Zulkarnaen Bin Yunus dan Nor Azri Bin Zainuddin untuk layak ke peringkat separuh akhir malam ini. Kedua-duanya memang memiliki suara yang amat padu.

kilauan emas

Abang Nara seperti biasa malam ini tidak akan ke mana-mana dan bakal melekat di hadapan TV untuk menyaksikan separuh akhir Kilauan Emas 2 ini. Untuk makluman, undian SMS sudah pun dibuka agar anda boleh menghantar undian tanda sokongan. Jadi kalau ada peserta yang betul-betul layak untuk ke peringkat akhir, undilah mereka. Cara undian nanti boleh ditengok semasa persembahan live yang akan bermula jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134.

kilauan emas 2

Untuk makluman lanjut, layari www.astro.com.my/kilauanemas atau Facebook Kilauan Emas.