Written by AbangNara | May 3rd, 2013

Ini satu perubahan yang sangat bagus buat Johan As’ari dan juga industri hiburan tanah air Malaysia. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun Abang Nara memuji tindakan yang diambil oleh Johan As’ari selepas dia pulang daripada menunaikan umrah.
johanBerkata kepada Berita Harian hari ini, Johan As’ari mengakui yang dirinya juga manusia yang tidak lepas daripada kesilapan. Kata Johan:-

Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.

Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.

Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi.

johanBagi Abang Nara, yang penting niat untuk berubah itu sudah ada di dalam diri Johan. Perlahan-lahan cuba merealisasikan apa yang mahu dibuat. Semoga akan lebih ramai artis lelaki terutamanya yang mengambil tindakan serupa seperti Johan.
ronasutraP.S: KLIK SINI untuk mengetahui rahsia kejelitaan Vanida Imran.

Written by AbangNara | October 9th, 2012

Minggu ini ialah minggu Nabila Huda. Masih tidak reda dengan kontroversi gaun seksi di majlis Anugerah Blockbuster, portal Murai melaporkan yang hubungan cinta Nabila Huda dengan Johan As’ari sudah pun berkubur. Mereka berdua sudah putus cinta sejak bulan lalu.

nabila huda johan

Johan dan Nabila dikatakan mempunyai masalah daripada segi persefahaman dan soal kerjaya sehingga menamatkan hubungan percintaan mereka berdua. Tak apalah, mungkin ada jodoh yang lebih baik buat Johan dan Nabila. Dua-dua pun sekarang tengah popular. Mungkin dengan putusnya cinta ini akan ada lebih masa untuk membina kerjaya. Tak gitu?

P.S: Basikal daripada kerusi? Tak logik kan?

Written by AbangNara | August 16th, 2012

Abang Nara bangga dengan keprihatinan 3 anak muda ini yang tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Zizan, Kaka dan Johan As’ari walaupun sudah popular, masih sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Titian Kasih. Abang Nara salute kepada mereka bertiga.

zizan raja lawak

Pastinya anak-anak yatim ini terhibur dengan keletah lucu daripada Zizan. Abang Nara tengok gambar pun nak tergelak dibuatnya. Teruskan usaha murni sebegini. Walaupun setinggi mana kita berada, jangan lupa kepada mereka yang hidupnya susah. Tak gitu?

zizan raja lawak

Lagi 13 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Syahiran Sukardi Photography.

 
Written by AbangNara | July 25th, 2012

Wow. Memang ayat tengah mabuk bercinta sungguh. Johan As’ari akhirnya mengesahkan ayat-ayat romantis yang diluahkan di dalam Twitter sememangnya ditujukan kepada Nabila Huda. Namun Johan masih menganggap status mereka sebagai kawan baik dan bukannya pasangan kekasih. Bagi Johan, perasaan cinta itu hanya akan wujud selepas akad nikah kelak.

johan dan nabila

Kata Johan kepada Mstar Online:-

Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak. Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah. Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung.

Abang Nara tak sangka yang Johan seromantis ini orangnya. Walaupun muka nampak garang, namun dalam hati memang ada taman. Abang Nara doakan agar Johan akan menjadi manusia yang paling beruntung dengan berjaya memperisterikan Nabila suatu hari nanti. Kata orang, kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Berusahalah Johan!!!

P.S: Kek zombie yang super cool!!!