Written by serenity | August 10th, 2017

Sekitar awal tahun ini, pelakon Izreen Azminda, pernah diberitakan sedang mengenali seseorang dan mempunyai kesediaan untuk kembali bergelar isteri.

20066876_469874583380763_3108140589414088704_n

Menyatakan hatinya sudah dimiliki, Izreen bagaimanapun tidak mendedahkan identiti lelaki itu.

 
Written by serenity | April 5th, 2015

Masa berlalu agak pantas tanpa kita sedari. Begitu juga dengan pasangan suami dan isteri-isteri iaitu Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Hari ini mereka menyambut ulangtahun kelahiran pertama anak mereka iaitu Sarah Ashraf.


 photo 11137996_1434378103526959_1584347733_n.jpg
Majlis ini tampak meriah dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai, malah kedua-dua isteri Ashraf mengenakan tudung dengan warna sedondon. Semoga keluarga ini berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya.

Lagi 93 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Photolicious.

Kasi gegar! Mari saksikan Bangsawan ‘Raja Ku Puteh’ pada 10-12 April 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 1 April 2015

 
Written by serenity | October 3rd, 2013

Belum reda kisah perkahwinan kedua selebriti Ashraf Muslim dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah, wanita itu diberitakan sudah mengandung. Walaupun pada mulanya ia dinafikan oleh Ashraf, akhirnya beliau mengakui isteri keduanya itu telah berbadan dua setelah Wan Sakinah sendiri memuat naik gambar ubatan untuk bakal ibu di Instagram. Ashraf sangat gembira dengan sehingga khabarnya tidak sabar untuk pulang ke Kuala lumpur semasa sedang berbulan madu dengan isteri pertama di Sabah.

Hari ini portal Murai melaporkan, sudah terdengar berita yang pasangan ini sedang merancang sebuah majlis persandingan atau resepsi di Ipoh November ini. Mungkin sebelum ini mereka berdua hanya berkahwin di Thailand dan tidak melaksanakan majlis perkahwinan secara lengkap dengan persandingan, oleh itu mengambil keputusan untuk melaksanakan majlis resepsi pula?

Kalau betul berita ini, diharapkan semuanya berjalan lancar. Pasti ramai yang tak sabar hendak melihat apakah tema warna majlis resepsi Ashraf dan Wan Sakinah yang mengenakan busana warna coklat di hari pernikahan,tak gitu?


Written by serenity | September 11th, 2013

Baru-baru ini, pasangan Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi dilihat keluar bersama dan Ashraf didakwa telah mengusap perut Wan Sakinah.di khalayak ramai. Ini menimbulkan spekulasi bahawa Wan Sakinah telah mengandung.

Perkara ini telah dinafikan oleh Ashraf Muslim yang mendakwa mereka masih belum ada rezeki lagi.

Namun begitu, baru-baru ini, melalui Instagram peribadinya Wan Sakinah telah memuat naik gambar ubatan asid folik dan satu lagi ubat yang dimakan oleh bakal ibu di awal kehamilan. Gambar tersebut di beri kapsyen:

Doakan saya sihat dan kuat!

Seterusnya timbul spekulasi di forum-forum bahawa Wan Sakinah telah mengandung. Kalau benar, tahniah diucapkan. Baru saja Ashraf menafikannya, nampaknya spekulasi Wan Sakinah telah mengandung menjadi kuat semula.

Buat pengetahuan anda, ubat-ubat seperti yang dimuat naik oleh Wan Sakinah juga digunakan oleh wanita yang ingin mengandung, jadi mungkin juga dia masih belum hamil seperti yang didakwa, sebaliknya sedang berusaha untuk mengandung.

Apa pun, selamat maju jaya diucapkan.