Written by serenity | November 11th, 2017

Khabarnya, bapa kekasih Zul Ariffin, Zainol Macwilson telah memuat naik kenyataan sinis berkenaan hubungan anaknya Zahirah dengan pelakon popular itu di Instagram. Sehubungan itu, ada peminat yang membuat telahan hubungan antara Zul dan Zahirah tidak begitu baik.

Rentetan peristiwa itu, Zul meminta agar Zainol berterus-terang jika tidak merestui hubungan Zahirah dengannya, bukannya menggunakan media sosial untuk bersikap sinis. Zul memberitahu BH Online:

Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.

Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.

Zul memberitahu dia memahami Zainol hanya mahukan yang terbaik untuk Zahirah:

Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya.

Zul juga memberitahu dia sememangnya jarang memuat naik gambarnya dengan Zahirah ke media sosial mahupun hadir ke majlis hiburan bersama teman wanitanya itu kerana dia ingin menjaga nama baik Zahirah.

Saya mahu orang luar memandang usaha keras Zahirah memperkenalkan bakat dan bukan menjaja kisah cinta. Saya bukan baru, sudah hampir 10 tahun dalam bidang ini. Jadi, saya sudah faham dengan permainan industri hiburan.

Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini.

Penulis pun perasan Zul amat jarang dilihat bersama Zahirah. Gambar bersama yang ada di Internet  pun hanya dari masa mereka awal menjalinkan hubungan dua tahun lepas.

Sememangnya alasan Zul tidak memuat naik gambar dengan Zahirah itu kukuh. Untuk apa menjaja kisah percintaan yang belum pasti kesudahannya, bukan? Tambahan pula, awal perhubungan mereka agak kontroversi juga.

Mungkin kita semua perlu menghormati keputusan Zul mengenai perkara ini. Doakan yang terbaik buat pasangan sama cantik sama padan ini. – beautifulnara.com

/center>

Written by serenity | August 7th, 2017

Umum mengetahui bahawa Datuk Hans Isaac telah mengikat tali pertunangan dengan ratu cantik dan pengacara bernama Gabriella Robinson.

Bagaimanapun pertunangan itu terpalit kontroversi apabila bekas kekasih Gabriella mendakwa dicurangi oleh wanita itu untuk bersama Hans. Gabriella menafikan dakwaan tersebut, mendakwa perhubungannya dengan bekas kekasih telah putus sebelum bertunang dengan Hans.

Seseorang yang prihatin memberitahu penulis, Gabriella dalam perkembangan terbaru telah memadam gambar-gambar Hans dari akaun Instagramnya. Menurut individu itu yang enggan dinamakan, ia baru saja dipadam oleh Gabriella. Kata sumber itu:

Dulu lepas Hans umumkan tunda kahwin, ada lagi gambar makan malam dengan keluarga. Lepas itu Hans dah pun padam gambar itu.. Tinggal gambar lama saja.

Kali akhir periksa Instagram Gabriella ada lagi gambar Hans, sekarang dah tak ada batang hidung Hans dekat Instagram dia lagi.

Dan sebenarnya ini sesuatu yang agak pelik, mengapa padam gambar yang telah dimuat naik? Mungkin Gabriella ada alasan tersendiri.

Iyalah, perhubungan mana yang tidak sekali-sekala dilanda badai? Kita doakan pasangan ini akan bersatu akhirnya nanti.-beautifulnara.com

 

Written by Bella | April 27th, 2016

Laman sosial masa kini memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka yang bergelar artis. Melalui medium seperti Instagram dan Facebook, mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan peminat. Namun, pada masa yang sama ia mengundang pelbagai kritikan dan spekulasi daripada orang ramai.

Pelakon yang sudah cukup lama berada dalam industri lakonan Malaysia iaitu Esma Daniel berpendapat artis harus bijak mengendalikan laman sosial mereka agar tidak dihimpit perkara negatif.

Mereka harus hati-hati dengan netizen dan perlu berfikir sebelum memuat naik sesuatu  di media sosial.

Zaman saya bukan seperti sekarang. Jika sesuatu kejadian berlaku hari ini, ia mengambil masa agak lama untuk disebarkan pada umum. Situasi agak berbeza dengan sekarang, yang saya sifatkan sebagai zaman netizen.

Bagi saya, artis perlu berhati-hati dengan netizen. Maksudnya, mereka perlu berfikir dulu kesan baik dan buruk terhadap diri dan umum setiap kali memuatnaik gambar atau status di media sosial masing-masing.

Teknologi ini ada kesan baik dan buruk dalam jangka masa panjang. Jika kita tidak pandai menggunakannya secara baik, ia boleh memberi impak buruk pada kita.

Esma juga memberitahu, sekiranya tercetusnya kontroversi yang membabitkan perbalahan atau salah faham di antara netizen, artis itu juga  perlu bijak mengendalikan isu berkenaan agar ia tidak berpanjangan.

Setiap perkara akan ada baik buruknya, begitu juga dengan penggunaan media sosial. Sebolehnya seseorang artis itu harus menjaga nilai eksklusif mereka dan tidak memuat naik segala hal di media sosial.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Written by Bella | April 19th, 2016

Menerusi akaun Twitternya semalam, Wawa Zainal telah meluahkan rasa kecewa beliau apabila akaun Instagram miliknya telah digodam.

Lebih teruk lagi, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menukar username di Instagram dan menawar sesiapa sahaja untuk membeli akaun Instgram tersebut yang telah mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut.

Berita itu turut dikongsikan oleh Aeril Zafrel dan meminta agar orang ramai untuk melaporkan akaun tersebut.

Malah, Wawa juga memberitahu beliau belum lagi membuat akaun Instagram baru dan meminta agar peminatnya tidak terpedaya dengan mana-mana akaun lain yang menggunakan namanya.

Sabarlah Wawa Zainal, sekarang ini banyak orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap artis, lebih-lebih lagi jika akaun Instagram mereka mempunyai jumlah pengikut yang ramai. InshaAllah, mungkin ada cara untuk Wawa dapatkan semula akaun Instagram beliau.