Written by Bella | April 5th, 2017

Wak Doyok bukanlah seorang yang asing lagi sebagai personaliti fesyen tanah air, malah beliau juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Baru-baru ini Wak Doyok ada memberikan kenyataan bahawa tidak salah untuk seseorang itu bergaya asalkan apa yang dipakai bukanlah barangan tiruan.

Ada sesetengah netizen yang tidak puas hati dengan kenyataan Wak Doyok dan bertindak untuk mengkritik ikon fesyen itu dengan perkataan yang agak melampau dan biadap.

Berikut antara komen seorang pengguna Twitter :-

Membalas komen tersebut, Wak memberitahu fesyen beliau telah pun mendapat pengiktirafan daripada luar negara dan anugerah yang diterima olehnya pernah disampaikan oleh penyanyi terkenal Korea Selatan, Jay Park.

Biasalah “keyboard warrior” mungkin mereka cemburu dengan apa yang Wak Doyok ada sekarang. Bersabarlah, anggap sahaja pengguna Twitter tersebut cuma ingin mendapat perhatian.

Written by Bella | April 15th, 2015

Dilabelkan sebagai lelaki gila seks dan gay, Wak Doyok menerima pelbagai tomahan daripada masyarakat apatah lagi ada pula individu yang mengaku pernah menjalinkan hubungan songsang bersamanya satu ketika dahulu.

Merasa tertekan dan enggan lagi difitnah, Wak Doyok merencana untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya dan tidak mahu perkara ini berpanjangan serta melibatkan ahli keluarganya.

Saya sendiri tidak tahu siapa orang berkenaan yang telah menulis benda-benda macam itu mengenai saya di Twitter. Ia adalah fitnah dan saya akan buat laporan polis.

Saya ada keluarga. Malah saya menjaga ibu dan bapa saya. Cerita-cerita macam ini bukan sahaja boleh meninggalkan kesan tidak elok kepada saya, bahkan buat keluarga saya juga.

Pada pendapat Wak Doyok, individu yang menyebarkan cerita tidak benar itu sengaja mencari perhatian dan publisiti murahan tanpa memikirkan kesan terhadap mereka yang difitnah olehnya.

Bagi saya, budak ini hendakkan perhatian. Mungkin dia hendakkan populariti untuk dirinya. Tetapi cara ini boleh meninggalkan kesan tidak elok kepada orang lain. Saya harap, jika seseorang itu hendak buat sesuatu, fikir dulu kesannya kepada orang lain.

Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kedudukan beliau sebagai duta mahupun model iklan yang  sekerasnya melarang beliau untuk terlibat atau dikaitkan dengan mana-mana perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.

Jangan gentar Wak Doyok, jika anda tidak bersalah pasti satu hari nanti kebenaran akan terbongkar jua. Kami yakin perkara seperti ini mampu membuatkan anda lebih tabah dan kuat dalam industri.

Sumber Berita: Mangga Online

 

Written by Bella | April 14th, 2015

Kebelakangan ini, Wak Doyok menjadi tumpuan media dan peminat selepas beliau dilabel lelaki gila seks apabila didakwa memberikan komen lucah di Instagram Kilafairy. Belum lagi reda dengan isu tersebut, Wak Doyok baru-baru ini telah dituduh sebagai gay dan seakan menyiram minyak pada api, seorang lelaki telah tampil membuat kenyataan bahawa beliau pernah menjalinkan hubungan songsang bersama ikon fesyen tersebut.

Pernah dimasukkan ke hospital kerana menerima tekanan yang kuat daripada masyarakat, Wak Doyok  hari ini telah meluahkan isi hati beliau terhadap kontroversi yang melanda dirinya dan sedikit sebanyak bercerita mengenai kepayahan beliau untuk berjaya.

Kita harus akui, sebagai manusia biasa kita tidak akan lari daripada kesilapan. Bukan hak kita juga untuk menghakimi seseorang itu hanya berdasarkan khabar angin. You never really know someone until you walk a mile in their shoes. Jadi kepada anda yang suka mengkritik seseorang itu hanya di alam maya sedarlah seorang manusia punya hati dan perasaan. Bagaimana jika ia terjadi kepada anda?

Sumber Berita: Instagram Wak Doyok

Written by AbangNara | April 1st, 2015

Sesiapa di luar sana yang bercita-cita ingin mengorat Wak Doyok, silalah lupakan hasrat suci murni anda itu. Lelaki kacak berjambang ini kini dalam proses mengenali seseorang. Identiti wanita bertuah itu tidak didedahkan oleh Wak Doyok, namun mereka telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu. Tak sabar rasanya nak melihat wajah si gadis yang berjaya mencuri hati Wak Doyok. Mesti sama bergaya macam Wak Doyok.
wak doyok Apa pun Wak Doyok turut menafikan dirinya seorang playboy. Tohmahan itu dilemparkan selepas ikon fesyen tempatan ini dilihat sering bergambar terlebih mesra dengan seorang model wanita ‘mat salleh’ di laman sosialnya. Kata Wak Doyok:-

Saya bukan ‘playboy’ dan tidak pernah menggunakan populariti yang dikecapi sebagai jalan mudah mendekati mana-mana wanita. Setakat ini tak adalah orang gelar saya playboy mahupun saya guna kesempatan untuk jadi playboy. Mungkin faktor usia saya pun memang dah tak sesuai digelar playboy.

Tapi masa zaman remaja dulu adalah ramai kawan-kawan perempuan sehingga sampai satu tahap saya dilabel ‘player’ oleh rakan lelaki lain, tapi perkara itu sampai setakat itu saja. Sekarang ini sedang dalam proses mengenali hati budinya (teman istimewa)… wanita ini saya kenalinya sejak setahun lalu, apa-apa pun saya belum bersedia mendedahkan siapa wanita berkenaan.

Abang Nara tertarik mendengar cerita Wak Doyok tentang dirinya yang berkecimpung dalam dunia fesyen sejak tahun 2010 lagi. Fuh!!! Banyak juga pancaroba yang harus ditempuhinya. Cemuhan, kutukan dan kritikan itu perkara biasa. Malah ada satu ketika poster mukanya ditampal di beberapa lokasi di ibu kota dan beberapa negeri oleh individu tertentu dengan tulisan nama ‘Wak Dogol’. Sedih kan? Kata Wak Doyok:-

Memang sedih apabila dihina sebegitu rupa, tapi saya tabahkan hati dan anggap masyarakat kita pada masa itu tidak boleh terima benda baharu.

Sebab kemunculan saya bukan bermula dari mana-mana platform hiburan, hanya menerusi fesyen. Jadi, bila muncul dalam dunia hiburan ia menjadi satu kejutan kepada orang lain yang mungkin tidak boleh terima orang biasa seperti saya, sampai ada yang persoalkan apa kerja saya, siapa saya dan kenapa saya boleh popular?

Walhal saya sudah lama menggerakkan dunia fesyen gaya ‘gentleman’ ini, dan atas dorongan rakan juga yang meminta saya untuk sebar luaskan fesyen ini. Apabila masyarakat mula melihat kebangkitan fesyen ‘gentleman’, mulalah timbul dengki.

Bagaimanapun, cemuhan itu tidak pernah saya simpan dalam hati kerana saya tahu siapa diri saya sebenarnya.

wak doyok

Biasalah Wak Doyok benda-benda macam ini. Sekarang ini anda dah popular dah pun. Pergi ke mana-mana menjadi tumpuan orang. Sponsor pun banyak. Yang penting jangan lupa diri dan jangan lupa kawan. Teruskan dengan misi serta visi anda. Pedulikan kata-kata orang lain. Lagi satu lepas ini janganlah merecik tak kena tempat. Hehehe. Sumber Berita Harian.

wak doyok

P.S: Yeah~~~ Abang Nara dah tempah dah baju Melayu dan baju kurung untuk Aariz dan Arissa di MyBabyButton. Tak sabar nak try pakai nanti. Korang yang belum tue tempah tue silalah cepat. Tarikh tutup order 17 April nie.  Informasi lanjut LIKE Facebook MyBabyButton dan follow Instagram @mybabybutton. Nak lagi senang mesej je terus 011-1311 7632.