Written by Bella | November 19th, 2017

Perlakuan aneh Iqram Dinzly terutama sekali semasa beliau selfie di pusara arwah bapanya mengundang kritikan dan ramai yang mengatakan aktor tersebut sudah tidak waras dan mengambil barang terlarang.

Eksklusif menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, Iqram buat pertama kalinya membicarakan segala persoalan mengenai dirinya di media. Iqram memberitahu, beliau masih lagi waras dan tidak pernah berniat mahu meraih perhatian seperti yang didakwa sesetengah pihak, beliau cuma sengaja membiarkan orang ramai berteka-teki dan melihat penerimaan mereka.

Saya masih lagi waras. Saya tahu ramai yang melemparkan fitnah tetapi tidak mengapa. Mereka mungkin tidak mengenali saya luar dan dalam. Saya minta maaf jika membuat orang tertanya-tanya. Saya bukan mahu meraih perhatian umum, sebaliknya cuma ingin melihat, sejauh mana penerimaan orang ramai. Apakah mereka akan menerima saya seadanya atau sebaliknya? Saya hidup berlandaskan kejujuran, tidak perlu berpura-pura.

Mengenai gambar di pusara arwah bapanya, Iqram memberitahu tiada siapa memahami kesedihan di dalam hatinya dan kerinduaan terhadap arwah bapanya.

Saya menangis tiada siapa yang tahu. Saya dikatakan gila dan tiada adab apabila bergambar sambil berbaring di pusara arwah abah. Saya terlalu merinduinya. Kehilangannya begitu dirasai kerana selama hampir tiga setengah bulan saya menjaganya. Saya tidak pernah meninggalkannya sejak arwah terkena serangan angin ahmar pada Ramadhan lalu.

Bila manusia berkelakuan pelik janganlah kita mengatakan mereka tidak waras dan sebagainya. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan kesedihan di dalam jiwa mereka. Kata-kata negatif boleh menambah penderitaan jiwa.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Written by Bella | November 14th, 2017

Selepas dikecam kerana selfie di pusara arwah bapanya,  Iqram Dinzly sekali lagi dikritik netizen beberapa hari lalu apabila memuat naik foto beliau dan arwah bapanya yang sedang sakit dengan lolippop didalam mulut. Malah, Iqram juga kini sudah tidak seperti dahulu, banyak menyendiri dan tidak aktif berlakon.

Timbul pula spekulasi kononnya Iqram kini sedang menuntut ilmu yang salah dan ada mengatakan beliau sudah tidak waras. Sebagai seorang manusia biasa, Iqram nampaknya merasa sedih dan meluahkan rasa kecewa dengan persepsi negatif orang ramai terhadap dirinya.

Walaubagaimanapun, masih ada lagi yang memberikan sokongan moral buat Iqram dan berharap beliau bersabar dengan setiap dugaan.

Bukan semua orang faham apa yang berlaku terhadap diri kita dan lebih mudah menilai daripada luaran sahaja. Apa-apa pun, kami harap Iqram tidak putus asa dalam hidupnya dan pedulikan sahaja komen –komen negatif.