Written by Bella | May 19th, 2017

Beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon Anis Al Idrus akhirnya mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Mohd Rafzan pada Julai depan walaupun baru sahaja mengenali lelaki tersebut sekitar bulan Januari lepas. Anis juga memberitahu mereka sudah mengikat tali pertunangan pada bulan Mac dalam sebuah majlis yang sederhana sahaja.

Untuk makluman anda, Anis sebelum ini pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq.

Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan. Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu. Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Sikap matang Mohd Rafzan membuatkan pintu hati Anis terbuka untuk berkahwin. Buat Anis, ini adalah jodoh yang sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah.

Anis akan mengulas lanjut tentang perancangan majlis perkahwinannya dalam sebuah majlis sidang media yang bakal diadakan pada 23 Mei ini.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 11th, 2017

Ketika beliau putus cinta bersama Raja Afiq, pelakon Anis Al Idrus menyatakan pintu hatinya sudah tertutup untuk bercinta lagi. Walaubagaimanapun, sekitar awal tahun ini, beliau nampaknya mempunyai kekasih baru dikenali sebagai Aiman Rafzan.

Mula ada pihak mempersoalkan tentang pendirian Anis dan ada juga melabelkan beliau sebagai seorang artis wanita bertudung yang hanya dikenali dengan kisah cintanya sahaja.  Namun, buat Anis, beliau tidak mampu unutk melawan ketentuan takdir berkaitan jodohnya.

Memang selepas episod cinta lalu, saya pernah cakap hati sudah pun tertutup. Bagaimanapun, pertemuan dengannya membuatkan hati saya terbuka semula untuk mengenali dirinya. Saya juga tak ambil kisah andai ada yang berkata, artis bertudung bernama Anis Al Idrus tak habis-habis dengan kisah cinta, berbanding kerjaya seni. Terpulanglah apa orang nak cakap. Kehidupan perlu diteruskan.

Bak kata pepatah, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir yang menentukan segalanya. Kadang-kadang memang ada yang serik untuk bercinta lagi selepas gagal dalam percintaan, namun akan ada satu saat seseorang akan hadir di dalam hidup kita dan membuka pintu hati kita untuk menjalinkan percintaan semula.

Sumber Berita : BH ONLINE