Written by AbangNara | August 31st, 2010

Hari Ahad dan Isnin kira-kira sebulan lepas, dengan ehsan Malaysia Airport, saya telah menghabiskan masa di KLIA dan LCCT bersempena dengan program Indulge Till You Fly.

indulge till you fly

Banyak benda-benda yang selama ini saya tak tahu wujud di KLIA dan LCCT telah dapat saya ketahui sepanjang pengembaraan saya selama 2 hari di sana. Dan kebanyakkan ceritanya telah saya tulis di entri:-

1. LCCT Pun Tak Kurang Hebatnya Berbanding KLIA
2. Bershopping Dengan Harga Lebih Murah Di KLIA
3. Macam-Maca Ada Di KLIA, Kagum Abang Nara Dibuatnya

Nasihat saya, sekiranya anda ada penerbangan ke mana-mana selepas ini, pastikan anda hadir lebih awal sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam untuk bershopping di kawasan Duty Free di KLIA dan LCCT. Harga barangan memang LEBIH MURAH daripada shopping kompleks disebabkan pengecualian cukai.

indulge till you fly

Untuk penggemar barang-barang berjenama, jangan risau sebab hampir kesemua jenama-jenama barangan sepert Burberry, Coach, Habib, Lancome, Victoria’s Secret ada kedai mereka yang khas di KLIA. Kesemuanya menunggu anda untuk membeli mereka. Mungkin gambar kasut di bawah nie boleh membuatkan anda teruja.

indulge till you fly

Untuk ulat buku dan penggemar gadjet, anda tak perlu risau sebab berlambak kedai-kedai buku di KLIA dan LCCT. Di KLIA ada satu kedai yang diberi nama Electrical & Electronic. Namakan je apa benda gadjet yang korang nak. Confirm ada kat dalam tue. Oh ye buat yang beragama Islam, anda tak perlu risau sebab surau memang ada di dalam dan di luar terminal untuk kemudahan anda menunaikan solat. Shopping tue shopping jugak, semayang jangan lupa.

indulge till you fly

Tapi jika anda tanya saya apakah yang terbaik di KLIA dan LCCT, sudah pasti jawapan saya ialah “kedai makan dan minum dia banyak gile”. Coffee Bean, Starbucks, OldTown White Coffee, Food Garden, Burger King, KFC, Satay Club dan macam-macam lagilah. Semua jenis masakan pun ada. Semuanya sedap-sedap belaka. Roti canai pun ada tue beb. Yang penting kedai coklat memang bersepah.

indulge till you fly

Ini pulak gambar saya kekenyangan selepas meratah GCB Mcdonald. GCB tersebut telah selamat di dalam perut dan tiada dalam gambar.

indulge till you fly

Kalau nak ceritakan keseronokan dan ke”best”an KLIA dan LCCT sepanjang 2 hari saya menggembara di sana, rasanya tak cukup dengan 1 entri nie. Itu sebabnya saya mahukan anda semua cuba try sendiri. Try to Indulge Till You Fly. Banyak sangat benda baru untuk diterokai. Sebab itu korang kena datang awal sebelum flight untuk merasai kesemua benda yang ada di KLIA dan LCCT.

indulge till you fly

Khas buat Nor Azita, Famous Amos ada kat KLIA tau . Untuk makluman anda semua, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong kalau anda bershopping, makan ataupun pergi spa di KLIA, LCCT, KIA(Kuching), KKIA(Kota Kinabalu), PIA(Penang), LIA (Langkawi). Bersempena dengan program Indulge Till You Fly ini, ada 10 pasang tiket untuk dimenangi.

1. 2 keping first class tiket ke Cape Town, London ataupun Sydney.
2. Penginapan 3 malam di salah sebuah hotel 5 bintang di bawah:-
(i)    The Table Bay Hotel di Cape Town
(ii)   The Landmark Hotel di London
(iii)  The Blue Hotel di Sydney

Selain daripada tiket kapal terbang dan penginapan, pemenang bertuah jugak akan dibawa mengalami pengalaman yang mantap. Antaranya:-

1. 1 hari Safari di Fairy Glen, Cape Town
2. Minum teh petang di Langham, London
3. Tour tengok binatang laut kat New South Wales Coastline

indulge till you fly

Bab makan jangan risau sebab kalau korang menang diorang akan sediakan makanan dan jugak spa untuk korang bersantai. Cara nak join contest ini tersangatlah senang. Korang cuma berbelanja minimum RM250 (maksimum dalam 3 resit) di mana-mana airport kat atas tue. Tak kiralah shopping ke, makan ke, pergi spa ke, yang penting minimum dia RM250.

Pada hari yang sama, terus pergi isi borang Indulge Till You Fly. Kaunter dia banyak kat setiap airport so tak perlu risau kalau tak carik jumpa. Kalau anda pengguna MasterCard, anda akan dapat 2 penyertaan untuk setiap borang yang dihantar. Inilah peluang anda semua untuk pergi melancong secara PERCUMA ke Cape Town, London ataupun Sydney.

indulge till you fly

Ada lagi promosi hebat Indulge & Win bersempena dengan Karnival Mega Sale Malaysia lebih-lebih lagi kalau anda pemegang kad kredit MasterCard. Meh ushar meh ~~

Syarat Pemegang MasterCard Bukan Pemegang MasterCard
Belanja Minimum RM250 2 entri  Indulge & Win dan percuma  RM10 voucher Indulge masa tue jugak 1 entri  Indulge & Win RM10 voucher Indulge masa tue jugak
Belanja Minimum RM350 2 entri  Indulge & Win, percuma  RM10 voucher Indulge masa tue jugak dan dapat Recycle & Indulge Green bag 1 entri  Indulge & Win percuma RM10 voucher Indulge masa tue jugak

Dengan setiap entri yang korang hantar, korang berpeluang untuk menang 2 voucher membeli belah berharga RM500 setiap minggu. Untuk setiap 3 minggu, pemenang bagi pakej Ultimate Indulgence Holiday akan diumumkan.

indulge till you fly

Dan sekiranya anda pengguna MasterCard dan mendapat Recycle & Indulge Green bag sebab membeli minimum RM350, anda bakal mendapat diskaun 20% (kalau bayar guna MasterCard) di mana-mana kedai Body Shop di airport. Kalau tak bayar guna MasterCard pun still dapat 15% diskaun. Menarik kan?

Kesimpulannya, terlalu banyak keistimewaan, diskaun, promosi dan macam-macam lagilah sempena dengan program Indulge Till You Fly ini. Korang kena pergi airport dan explore sendiri. Marilah ubah persepsi kita tentang airport. Airport bukan hanya untuk naik kapal terbang sahaja. Kita boleh shopping, makan-makan dan rileks di airport.

Untuk makluman lanjut sila layari website Malaysia Airport.

Written by AbangNara | August 10th, 2010

indulge till you fly

Selalunya bila kita ada flight kat KLIA, kita hanya akan datang 2 jam awal untuk check in dan terus naik kapal terbang. Tapi hari ini Abang Nara telah lepak satu hari di KLIA bersempena dengan Indulge Till You Fly daripada pagi sampai la sekarang nie(4 petang).

Penat pusing satu hari dan Abang Nara dapat jumpa beberapa benda yang tak pernah diketahui atau jarang diketahui sebelum nie di KLIA. Antaranya:-

1. Hutan di tengah-tengah Bangunan Satellite KLIA

indulge till you fly
Siapa cakap kat tengah-tengah airport tak boleh ada hutan? Memang nampak tak masuk akal tapi itulah kenyataanya. Esok pagi bangun Abang Nara nak try jalan-jalan kat dalam hutan nie. Nampak macam menarik. Petang tadi perasan ada 2 3 orang Mat Saleh yang muka kepuasan masa keluar kat pintu nie. Maybe best sangat kot.

2. Wrapping service untuk bagasi anda
indulge till you fly

Siapa yang rasa beg dia ada banyak barang berharga anda memang perlu tahu kewujudan servis nie. Murah je pun caj dia. RM10 je. Beg korang pasti akan lebih selamat. Tak perlu nak risau kot-kot pecah brooch kat dalam tue.

3. Air Transit Hotel
indulge till you fly

Bagi Abang Nara ini memang terbaik untuk mereka-mereka yang ada flight transit lebih dari 6 jam. Harga sewa bilik dia boleh ikut jam so memang berbaloi. Dapat mandi, tidur atas katil dan ada spa lagi. Yang penting memang selesa. Malam nie Abang Nara akan tidur kat sini.

4. Spa dan Refleksologi
indulge till you fly
Perkhidmatan nie memang Abang Nara tak tahu ada. Katakan korang nak terbang gi jumpa awek Korea kat Seoul, Abang Nara memang nasihatkan pergi spa dan buat facial dulu. Kasik awek tue terus tangkap cinta dengan korang. Dan kalau korang memang jenis traveller, refleksologi kaki memang terbaik untuk kasih hilang lenguh tue.

5. Ruang rehat dengan LED TV yang besar bagak
indulge till you fly

Anda seorang lelaki macho yang tak suka bershopping? Atau anda malas nak ikut bini/awek anda membeli barang-barang murah di kedai Duty Free? Inilah tempat terbaik untuk anda lepak dan melayan TV sambil tunggu kapal terbang anda. Abang Nara siap tengok ada orang terbaring tidur atas sofa tue. Empuk sangat kot.

Banyak lagi benda-benda best yang tak diketahui ramai kat sini. Abang Nara pun tak habis explore lagi. Tapi dari pamplet katanya ada Kiosk Digi dan Celcom. So kalau korang nak bantuan buat roaming ke apa tak perlu risau sangat. Pergi je terus kat kaunter diorang.

Nantikan lagi update terkini dari Abang Nara esok. Esok Abang Nara akan terjah LCCT pulak bersempena dengan Indulge Till  You Fly nie. Oh ye sebelum terlupa korang boleh menang percutian ke London, Sydney dan Cape Town kalau bershopping kat KLIA sekarang!!!

P.S: Abang Nara baru tahu yang KLIA pernah menang Anugerah Airport terbaik sebanyak 3 tahun berturut-turut. Bangga sekejap jadi anak Malaysia.