Written by serenity | November 12th, 2015

Baru-baru ini, Nora Danish telah melancarkan koleksi tudung dan jubah di bawah jenamanya sendiri iaitu OWL by Nora Danish. Semasa pelancaran koleksi itu, Nora telah mengenakan sehelai tudung dan jubah berwarna krim sambil membawa seekor burung hantu.

Bagaimanapun, kontroversi tercetus apabila dia dikatakan mengenakan tudung persis seorang rahib dan membawa fahaman illuminati kerana burung hantu dikatakan merupakan simbol fahaman itu. Ketika ditemui mStar Online, Nora Danish telah memohon maaf kerana terlepas pandang mengenai perkara itu.

Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.

Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlihat seperti itu (rahib).

Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung.

Namun begitu, Nora tidak menyembunyikan kesedihannya kerana dia hanya membawa burung itu di pentas peragaan sebagai satu simbolik pada jenama koleksinya itu iaitu OWL.

Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambang sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.

Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai.

Sebenarnya kami pernah melihat tudung seperti itu dikenakan oleh selebriti lain, tetapi selebriti itu tidak pula menerima kecaman seperti Nora Danish. Boleh dikatakan Nora seorang sangat popular, mungkin kerana itu orang ramai mudah memberi perhatian dan kadangkala mencari kesalahannya. Diharap Nora akan bersikap lebih berhati-hati selepas ini untuk mengelakkan kontroversi ini berlaku lagi.

Jangan lupa…Joget 1Malaysia @Melaka Sabtu ini 14 November, Banda Hilir, Melaka “Layang-layang, selayang…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

Written by AbangNara | August 10th, 2010

Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrovasi tentang video ni .

Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web .Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni. http://mistisfiles.blogspot.com and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal . Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga .Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video laguAlejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .

lady gaga

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut. Terima kasih kepada Izah yang sudi berkongsi info ini.

P.S: Anda wajib tengok video berkaitan pembuangan bayi ini.