Written by AbangNara | July 28th, 2012

Abang Nara suka dengan cara pemakaian tudung Diana Amir. Sesetengah selebriti wanita yang berhijab kadang-kadang pemakaiannya agak melampau. Nak kata tudung pun dah tak boleh. Kadang-kadang nampak macam kepala dililit dengan lebihan kain langsir yang dibeli di Jalan TAR.

diana amir tudung

Namun Diana Amir tetap maintain menggayakan tudung yang simple. Memang benarlah orang kata, simple itu lebih cantik. Tak ada serabut mata memandang. Sejuk je orang yang melihat. Abang Nara respek dengan Diana Amir dan cara pemakaian tudungnya. Memang wajar dicontohi oleh wanita-wanita Islam Malaysia.

diana amir tudung

Lagi 8 gambar Diana Amir dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 23rd, 2011

Diana Amir yang kini memakai tudung telah memberitahu Mstar Online yang dia mula memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie dan dia mula memakai tudung Isnin lalu.

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”


Katanya lagi:

“”Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”

Diana turut memberitahu dia hanya akan menerima watak-watak lakonan dengan sesuai dengan imejnya sekarang. Tahniah diucapkan atas Hijrah ini dari BeautifulNara. Sumber foto ini ialah dari Twitter Wardina Saffiyah.

***

Kepada yang berminat dengan seni dan budaya masyarakat Malaysia, jangan lupa menghadiri program Pusat Seni Setempat -Seni di Wangsa. Maklumat lanjut di sini.

 

Written by serenity | September 20th, 2011

Pelakon filem 3, 2, 1 Cinta iaitu Diana Amir kini sudah bertudung. Makin ramai selebriti wanita berhijrah untuk bertudung sejak kebelakangan ini, salah satunya ialah Siti Nordiana, dan ini satu petanda yang baik.

Yang pelik bila yang bertudung pula mahu membuka tudung. Saya tidak membantah kalau hendak tidak bertudung, itu pilihan masing-masing. Tetapi kalau dah bertudung-bertudung terus, kalau mahu buka, buka terus, biar orang ramai lihat diri kita yang sebenar, tak gitu? Peminat pun takkan rasa tertipu.

Cantik Diana bertudung, kamu tak rasa begitu?

Kredit foto pada Facebook Wardina Saffiyah.

celcom

Jangan lupa ada 5 voucher shopping bernilai RM5,000 setiap satu setiap hari (total RM25,000 sehari) untuk dimenangi bersama Celcom Talk-a-thon. Cuma perlu call 3 kali lebih banyak daripada bulan sebelumnya. Dah ramai dah yang menang. Anda taknak ke? Maklumat lanjut di laman web Celcom Talk-a-thon.