Written by AbangNara | July 31st, 2012

Abang Nara ingatkan kaum wanita sahaja yang selalu ditipu dengan sindiket pelaburan Internet, rupa-rupanya kaum lelaki turut menjadi mangsa. Tambah hebat apabila pelaburan internet itu berjaya menipu Ady Putra sebanyak RM19,000. Satu angka yang agak besar juga di mata Abang Nara.

ady putra

Ady Putra telah pun membuat laporan polis berkaitan penipuan ini dan enggan mengomen lebih lanjut lagi. Alang-alang dah masuk bab penipuan Internet ini, Abang Nara ingin berpesan terutamanya kepada kaum wanita. Jangan mudah tertipu dengan email, Facebook Chat, SMS dan macam-macam teknik lagi yang kononnya ada omputih ingin berkenalan dengan anda. Itu sebenarnya penipuan semata-mata.

ady putra

Kebanyakan omputih ini sebenarnya adalah orang Afrika yang telah dilatih untuk menipu rakyat Malaysia terutamanya wanita. Wanita yang selalu ditipu pula ialah janda, andartu dan mereka yang tak laku di pasaran. Jadi bila ada omputih yang kata jatuh cinta dengan golongan seperti ini, pastinya hati berbunga-bunga. Bila duit dah habis ratus ribu, barulah sedar dah kena tipu.

ady putra

Jadi berhati-hatilah. Jangan terpengaruh dengan ayat-ayat manis. Abang Nara pelik jugak sebab modus operasi sindiket ini kesemuanya sama tetapi masih ramai yang tertipu. Abang Nara nasihatkan bacalah Harian Metro atau pun Kosmo sebab suratkhabar ini selalu membongkar penipuan sebegini.

Written by AbangNara | April 1st, 2011

Mari, mari, mari ~~~ Abang Nara nak kongsikan sesuatu yang tersangat best. Ini boleh dapat duit nie. Bukan senang nak dapat duit tetapi Harian Metro punya pertandingan memang senang sangat. Paling best duit yang boleh dimenangi ialah RM500 untuk 10 pemenang. Jumlah keseluruhan RM5000. Banyak kan?

Abang Nara nie mesti nak buat introduction panjang-panjang. Straight to the point sudah la

Baiklah. Korang kalau bab-bab duit memang rakus.. Abang Nara suka dengan kerakusan korang. Langkah-langkah untuk memenangi RM500 setiap hari daripada Harian Metro bermula 30 March sehingga 20 April ialah:-

1. Pergi “LIKE” laman Facebook Harian Metro. Kalau korang tak ada Facebook memang sepi sungguh hidup korang. Cepat buat sebab contest ini dibuat menggunakan FB.

facebook harian metro

2. Tekan kat link Biar Betul di Facebook Harian Metro nie. Sila gosok-gosok tangan anda sebab kini anda semakin hampir untuk memenangi RM500.

facebook harian metro

3. Klik kat gambar Harian Metro sebelah kanan tue. Nanti akan keluar page baru macam kat bawah nie. Jom kita terus try contest ini dengan klik kat “Cuba Gelagat Biar Betul Anda”.

facebook harian metro

4. Isikan apa yang patut di ruangan seterusnya. Lepas tue klik “Seterusnya!”. Sambil tue gosok hidung anda sebab anda sudah mula terbau RM500.

facebook harian metro

5. Terpampang je skrin kat bawah nie maka tibalah masanya untuk anda mencipta berita anda sendiri. Gunakan gambar daripada computer anda ataupun daripada album Facebook. Mana-mana pun boleh. Yang penting gambar kena menarik. Dan sudah tentu tajuk berita kena gempak. Contoh macam kat bawah nie.

facebook harian metro

6. Kalau anda rasa sudah berpuas hati dengan gambar dan tajuk berita anda, tekan butang “Sensasikan Berita Ini”. Kini anda sudah menjadi cover berita utama untuk Harian Metro. Menarik kan? Tapi ianya belum tamat di sini. Untuk menang, anda perlukan undian daripada rakan-rakan anda. Maka sebarkan gambar cover Harian Metro anda kepada rakan-rakan anda di Facebook. Suruh diorang semua undi.

facebook harian metro

7. Korang buatlah ayat pancing sikit untuk rakan-rakan anda terharu dan mengundi anda. Cover Harian Metro yang mendapat 10 undian terbanyak akan memenangi RM500. Nak senang korang buat janji manis nak belanja diorang minum Starbucks.

facebook harian metro

Abang Nara, Abang Nara. Macam mana saya nak tengok berapa banyak dah undi saya dapat? Ada cara tak?

Satu persoalan yang menarik. Korang perasaan tak awal-awal masa korang masuk Facebook Biar Betul Harian Metro nie ada tertulis perkataan “Galeri Harian Metro”. Tak perasaan? Takpe meh Abang Nara tunjukkan.

facebook harian metro

Bila korang klik “Galeri Biar Betul” tue, nanti korang akan dapat tengok semua gambar-gambar berita muka depan Harian Metro yang telah dihantar. Buat masa ini, gambar Abang Nara yang busuk tak mandi 6 bulan masih belum mendapat sebarang undian. Please vote for me ~~ (muka kesian Hagemaru)

facebook harian metro

Jadi korang tunggu apa lagi? RM500 untuk 10 pemenang yang mendapat undian tertinggi (jumlah RM5000) untuk dimenangi bersama dengan pertandingan Facebook Biar Betul Harian Metro. Cepat sebelum terlambat. Tarikh tutup pertandingan ialah 20 April ini.

Written by AbangNara | March 22nd, 2011

Satu pagi Ahad yang hening, tengh syok-syok Abang Nara tidur, tiba-tiba telefon Abang Nara berdering dengan ringtone lagu Maher Zain. Kelam kabut terdengar suara kawan Abang Nara berkata begini:-

Woi Nara. Baik kau bangun sekarang. Ada Hantu Kak Limah kat Sogo sekarang. Seram gila wei. Datang Sogo skang gak!!!

“Biar betul”, kata hati Abang Nara. Tanpa menggosok gigi, sepantas kilat Abang Nara memecut menggunakan Myvi Turbo. Selepas 20 minit 20 saat, Abang Nara tiba di Sogo.

biar betul

Terus Abang Nara masuk ke dalam Sogo untu mencari Hantu Kak Limah yang dikatakan menyerang rakyat-rakyat Malaysia di situ. Cari punya cari tapi tiada Abang Nara berjumpa dengan hantu-hantu tersebut. Rupa-rupanya hantu-hantu tersebut sedang bermaharajalela di luar Sogo.  Seram sejuk Abang Nara melihat 4 ekor hantu di kala siang hari berkeliaran di Sogo.

biar betul

Tak seram sangat kata korang? Mungkin gambar “close up” salah seekor hantu ini mampu menggentarkan hati anda. Serious seram.

biar betul

Seram kan? Selain daripada Hantu Kak Limah, hantu Pocong pun ada. Dan hantu pocong ini sentiasa melompat-lompat cuba membuat onar di Sogo. Sungguh jahat hantu pocong ini.

biar betul

Tetapi mungkin kerana lambakan filem hantu di pawagam Malaysia waktu ini, kesemua rakyat Malaysia yang berada di situ tidak ketakutan langsung. Semuanya nampak teruja dan happy melihat 4 ekor hantu ini. Siap bergambar dengan muka keriangan lagi. Apa kejadahnya kan? Abang Nara sempat snap beberapa gambar kegembiraan mereka-mereka ini.

biar betul

(awek comel rilek ajer dihimpit 2 ekor hantu Kak Limah)

biar betul(2 budak kecik yang berjiwa kental dihimpit 3 ekor hantu)

biar betul(one happy family bergambar riang bersama hantu-hantu)

Bangga Abang Nara dibuatnya. Manusia sekarang sudah tidak takut dengan hantu. Siap boleh posing bergambar lagi. Kagum dibuatnya dengan kekentalan jiwa rakyat Malaysia. Akhirnya Abang Nara pun memberanikan diri dan bercakap dengan salah seekor hantu ini. Video tersebut berjaya dirakam sebelum Abang Nara dicekik oleh hantu ini.

Tengah sakit dicekik oleh hantu tersebut, tiba-tiba telefon Abang Nara berbunyi. Sambil dicekik, Abang Nara mengangkat telefon tersebut. Terdengar suara kawan Abang Nara yang first-first telefon tadi berkata:-

Bro sori salah info pasal hantu tue tadi. Diorang bukan hantu betul-betul pun. Rupa-rupanya diorang hantu untuk event Biar Betul yang Harian Metro buat. Sori ek aku salah info

Patutlah Abang Nara tengok daripada awal-awal tadi ada 2 ekor hantu pegang kadbod seperti di bawah:-

biar betul

Terus Abang Nara pulang dengan hati yang kecewa kerana misi menggantikan Uncle Seekers gagal. Balik rumah Abang Nara terus mencari lebih info tentang hantu-hantu Biar Betul Harian Metro ini dan abang Nara menjumpai sesuatu yang tersangatlah best. Kini Abang Nara boleh keluar front page Harian Metro hanya dengan bermain Facebook Application dari Harian Metro. Kini Abang Nara boleh jadi super duper famous.

biar betul

Jom kita fight sapa lagi buat cerita paling sensasi kat Facebook Harian Metro. Ada beran?

 

Written by AbangNara | March 1st, 2011

kru studios

Tinggal seminggu lagi filem Hikayat Merong Mahawangsa akan ditayangkan, kontroversi filem tersebut sudah pun bermula. Hari ini, editor hiburan Harian Metro melahirkan rasa kekecewaannya kerana pihak KRU Studios tidak menjemput pihak media cetak ke tayangan filem tersebut. Senang cakap, pihak Harian Metro sentap sebab tak dapat jemputan tengok preview filem Merong Mahawangsa.

Fikir punya fikir balik, memang ada kewajaran untuk sentap jugak. Tapi secara logiknya, tak mungkin pihak KRU sengaja tak mahu menjemput mana-mana media cetak terutamanya Harian Metro untuk menonton filem ini. Abang Nara rasa ada salah faham yang berlaku. Takkanlah pihak KRU yang sudah lama dalam bidang ini tak mahukan publisiti daripada media cetak. Itu sangat tak logik.

Sedikit sedutan kata-kata SS yang nampak hampa dengan sikap KRU ini.

[note]SS faham, kalau tempat duduk tidak cukup, pihak media cetak sebenarnya boleh menghantar jurugambar untuk membuat liputan kerana sekurang-kurangnya ia sendiri dapat membantu dari sudut publisiti positif macam SS katakan tadi.
Kenapa KRU tiba-tiba menjadi terlalu berkira? Dulu masa filem Magika, boleh pula mereka bawa wartawan ke Perlis untuk tayangan diraja? Nasihat SS, hubungan baik dengan media perlu KRU dikekalkan dan semestinya ia tidak pernah menjadi satu kerugian apabila mana-mana penyanyi, pelakon, produser dan setiap anak seni berbaik dengan pihak media. Masing-masing saling memerlukan. [/note]

Pada pandangan Abang Nara, kemungkinan besar ada salah faham antara pihak KRU dan pihak Harian Metro. Cuba try contact balik dan tanya di mana silapnya. Jangan sebab hal sekecik ini filem Hikayat Merong Mahawangsa tak mendapat promosi yang sepatutnya. Pihak produksi dan pihak media cetak saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Kalau tak bekerjasama, nanti dua-dua yang rugi. Tak gitu?

P.S: Kemungkinan besar 12 Mac (Sabtu), pihak BeautifulNara akan membuat tayangan filem Merong Mahawangsa di Cineleisure The Curve secara percuma untuk pembaca-pembaca BeautifulNara. Anda berminat nak join? Nantikan update dari Abang Nara tentang cara nak pergi menonton filem ini.