Written by AbangNara | August 23rd, 2012

Abang Nara sebenarnya tertanya-tanya apa perasaan menjadi saudara mara, sepupu sepapat atau pakcik kepada selebriti-selebriti popular seperti Scha Al Yahya, Juliana Evans dan Lisa Surihani. Pastinya masing-masing sibuk nak bergambar dengan mereka. Yang penting, kemeriahan raya pastinya lebih terasa sekiranya mereka pulang ke kampung. Tak gitu?

awal raya

Kalau anda ada sedara mara yang bergelar selebriti, silalah tulis di ruangan komen tentang hari raya anda. Mana tahu ada berbeza dengan kami semua. Lagi 8 keping gambar selebriti di hari raya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoice ~~

 
Written by AbangNara | August 17th, 2012

Kartun The Smurfs sememangnya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Bapak-bapak budak dan mak-mak budak (termasuk Abang Nara dan wife) pun suka dengan kartus The Smurfs ini. Khas sempena Aidilfitri, Astro HBO akan menayangkan filem ini untuk tatapan anda semua.

the smurfs bahasa melayu

Yang menariknya, barisan selebriti terkemuka seperti Lisa Surihani, Yusry, Aznil dan ramai lagi turut menyumbang suara untuk versi The Smurfs Bahasa Melayu. Abang Nara pun ada terlibat jugak walaupun sekadar 4,5 baris sahaja. Pasti ramai yang lebih teruja menonton kartun ini dalam bahasa ibunda kita.

the smurfs bahasa melayu

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem The Smurfs ini di Hari Raya pada 19 Ogos ini (hari raya pertama). Tayangan akan bermula pada jam 8 malam di saluran HBO. Untuk info lanjut, boleh layari laman web Astro.

P.S: Abang Nara tahu pasti ramai yang berbelanja sakan untuk Hari Raya ini. Belanja belanja jugak. Jangan sampai berhutang yang kita tak boleh bayar. Sebab itulah untuk raya kali ini Abang Nara gunakan Citibank Ready Credit untuk shopping barangan raya. Boleh guna cek, bayar secara online, swipe dan macam-macam lagi. Selain dapat point dan peluang menang Philips Home Theatre DVD, Abang Nara boleh buat bayaran balik secara fleksibel serendah 4%. More info boleh layari laman web Citibank.

Written by AbangNara | August 2nd, 2012

Mungkin busana hari raya Hatta Dolmat yang Abang Nara keluarkan semalam kurang diminati oleh anda semua. Namun jangan risau, masih banyak pilihan busana yang digayakan oleh Tasha Shilla untuk tatapan anda. Abang Nara pasti versi kali ini lebih memikat dan mempersona.

tasha hatta

Abang Nara rasa kalau anda seorang yang tinggi lampai dan mempunyai potongan badan seperti Tasha Shilla, busana La Dolce Von Teese rekaan Hatta Dolmat ini sememangnya untuk anda. Untuk info lanjut boleh layari Facebook Hatta Dolmat. 13 lagi gambar Tasha Shilla yang tampil elegan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

tasha hatta

P.S: Dapatkan kerepek pedas ubi basah yang dibawa khas daripada Batu Pahat untuk memeriahkan lagi hari raya anda. Harga dijamin berpatutan dengan kesedapan yang sangat awesome. Email ke hashinc02@yahoo.com untuk tempahan dan pertanyaan.

 
Written by AbangNara | July 21st, 2012

Nampaknya sempena Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, hampir kesemua majalah-majalah tempatan menampilkan penghias muka depan yang memakai penutup kepala sebagai tanda menghormati bulan mulia ini. Abang Nara paling tertarik dengan cover majalah Nona yang menampilkan Rozita Che Wan. Cantik sungguh!!!

nona rcw

Mak mertua Abang Nara sudah pun mendapatkan senaskhah majalah Nona untuk bacaan ringan ketika menunggu waktu berbuka. Abang Nara pun sudah membacanya. Banyak info-info menarik seperti busana hari raya, resipi juadah berbuka dan macam-macam lagi. Jangan lupa mendapatkannya di kedai buku berhampiran anda sebelum kehabisan stok.

P.S: Jangan kacau kucing saya.