Written by AbangNara | February 20th, 2014

Misai sememangnya menyerlahkan lagi kemachoan dan kehenseman seorang lelaki. Agaknya misai juga salah satu penyebab Datuk Siti Nurhaliza jatuh cinta kepada Datuk K. Memang Datuk K nampak sangat matang, cool dan tampan dengan misainya. Namun apa pula jadinya kalau Datuk Siti Nurhaliza pula ber”misai”? Pasti comel kan?

datuk k bermisai

Tema “misai” ini adalah bersempenan sambutan hari jadi Datuk K yang ke 55. Cute sangat kan? Selain sambutan yang diadakan di pejabat SimplySiti ini, turut diadakan ialah acara memotong kek dan majlis kesyukuran, tahlil dan juga sambutan Maulidur Rasul.

datuk k bermisai

Selamat hari lahir diucapkan kepada Datuk K. Semoga kehidupan anda bersama isteri tercinta sentiasa dirahmati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 16th, 2014

Dilahirkan pada 11 Januari 1979, Datuk Siti Nurhaliza adalah salah seorang diva, lagenda dan penyanyi terhebat pernah ada di Malaysia. Suaranya gemersik, vokalnya yang memukau dan penampilannya yang sentiasa menawan menyebabkan jutaan rakyat Malaysia jatuh cinta kepadanya. 11 Januari 2014 yang lalu, genaplah umur beliau 35 tahun. Selamat hari jadi Datuk Siti Nurhaliza!!!

hari jadi siti nurhaliza

Semoga hidup Datuk Siti Nurhaliza semakin diberkati, dirahmati dan dipenuhi dengan limpahan kasih sayang daripada keluarga, sahabat handai dan para peminat. Insya Allah tahun 2014 ini akan menjadi tahun yang terbaik buat Datuk Siti daripada segala segi. Abang Nara paling suka melihat video romantis Datuk Siti menari dengan Datuk K ketika majlis sambutan hari jadinya.

Romantik bukan? Lagi beberapa keping gambar sekitar sambutan hari jadi penyanyi nombor 1 Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 11th, 2011

Terima kasih kepada kawan abang Nara di alam maya, RotiKaya yang berusaha keras mengumpulkan gambar-gambar sekitar majlis hari jadi Siti Nurhaliza malam semalam. Sambutan hari jadi ini dibuat di JW Mariot Kuala Lumpur. Ramai jugak artis yang datang. Antaranya Yuna, Mawi, Lisa Surihani dan ramai lagi lah.

Dan sesungguhnya apabila melihat gambar Datuk Siti dan Datuk K bersama bayi di atas, kami dapat rasakan betapa tak sabarnya mereka berdua untuk menimang cahaya mata. Semoga tahun 2011 ini akan membawakan berita gembira untuk mereka berdua.

Lagi gambar sekitar majlis hari jadi Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya.