Written by Bella | May 29th, 2015

Sebelum ini gosip Hans Isaac yang kembali bercinta dengan Neelofa menjadi bualan hangat peminat. Walaubagaimanapun, Hans telah menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Terbaru, Neelofa mengakui beliau sudah bercakap semula dengan Hans pada tahun lalu tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada kawan dan buat masa ini Neelofa masih lagi solo.

Cerita kami kononnya kembali bercinta adalah tidak betul. Saya masih solo dan tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang. Kalau saya menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi lebih baik saya diam.

Bibit percintaan diantara Neelofa dan Hans  timbul apabila mereka menjalani filem Lemak Kampung Santan sejak tahun 2011. Namun, hubungan mereka putus ditengah jalan pada tahun lepas  kerana Neelofa dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.

Kisah mengenai percintaan mereka kembali diperkatakan apabila Neelofa dilihat hadir ke pementasan teater Baik Punya Cilok lakonan Hans, Datuk AC Mizal, Awie dan Afdlin Shauki di Istana Budaya, pada bulan April lepas.

Nampaknya ada lagi peluang untuk jejaka diluar sana  memikat gadis jelita Neelofa. Mungkin peminat sudah boleh berhenti bergosip beliau sedang bercinta dengan Hans Isaac kerana kedua-dua mereka sudah mengaku tidak mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | May 12th, 2015

Hujung minggu lalu, menerusi sebuah ruangan di akhbar mingguan Ahad telah melaporkan bahawa Hans Isaac dan Neelofa sudah kembali bercinta apabila melihat mereka berdua mesra di sebuah restoran baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Hans menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktres jelita tersebut kerana mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri dan  hanya menghormati di antara satu sama lain sebagai rakan artis.

Tentang Lofa (Neelofa), saya tiada komen tentang itu. Saya mempunyai kehidupan sendiri dan begitu juga dia.

Kami menghormati sesama sendiri sebagai rakan artis dan diharap kenyataan ini dapat menjelaskan persoalan yang timbul.

Hans yang sebelum ini mengakui sedang mengenali hati budi seseorang berkata, gosip tersebut sama sekali tidak menjejaskan hubungan beliau bersama teman wanitanya.

Keluar makan bersama belum tentu mereka bercinta bukan? Kami tidak rasa Hans Isaac akan berlaku curang dengan teman wanita beliau sekarang. Masing-masing sudah move on dan melupakan sejarah cinta yang lalu.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Written by Bella | May 11th, 2015

Tidak pernah memberitahu secara jelas mereka sedang bercinta, rasanya ramai yang mengetahui hubungan cinta Hans Isaac dan Neelofa sudah lama berakhir. Malah, Neelofa juga pernah dikaitkan dengan kerabat diraja.

Terbaru menerusi ruangan Miss J menerusi portal Utusan Online, ada sumber mengatakan cinta mereka berdua sudah kembali bertaut apabila melihat Hans dan Neelofa keluar bersama baru-baru ini. Kemesraan mereka berdua juga jelas kelihatan ketika menikmati hidangan bersama-sama.

Walaubagaimanapun, sebelum ini Neelofa menyatakan beliau tidak pernah berhubung dengan Hans selepas mereka putus cinta. Hans pula mengakui sedang mengenali hati budi seseorang buat masa ini meskipun enggan mendedahkan identiti wanita tersebut.

Agak sukar sebenarnya untuk “predict” hubungan mereka berdua ini, kerana masing-masing tidak mahu berbicara lebih mengenai percintaan mereka. Mungkin juga mereka keluar sebagai kawan?

Sumber Berita: Utusan Online