Written by Bella | July 17th, 2017

Sebelum ini pelakon Hanez Suraya pernah mendapat perhatian ramai apabila berita beliau bakal bercerai bersama suami, Romie Razin Adilha tersebar. Namun, mereka berjaya mengatasi kontroversi tersebut dan bahagia bersama.

Terbaru, ada khabar angin mengatakan rumah tangga mereka kembali bergolak. Walaubagaimanapun, Hanez menafikan dakwaan berkenaan.

Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tak atif dalam industri pun tetap ada yang tak puas hati. Apa pun ingin dijelaskan saya dan suami bahagia. Kami okey saja dan tak ada apa yang berlaku. Malah kami dalam perancangan nak menambah anak kedua. Semoga ada rezeki ke arah itu.

Hanez akui gosip liar seperti ini boleh membuatkan beliau dan suami bergaduh selain mengundang persepsi negatif daripada masyarakat. Sabarlah Hanez, bak kata pepatah mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia tidak.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | April 29th, 2015

Pulang dari umrah baru-baru ini, Hanez Suraya dilihat telah tampil dengan imej bertudung. Perubahan dan penghijrahan ini mendapat reaksi yang amat positif daripada para peminat pelakon ini. Ramai yang mendoakan agar Hanez terus istiqamah menutup aurat. Malah ramai yang memuji kecantikan dan kejelitaan Hanez bertudung. Gaya tudung yang dikenakan juga sesuai dengan paras rupa Hanez.

hanez suraya

Cantik kan? Hanez Suraya turut sama meminta para peminat mendoakan agar dirinya diberi kekuatan untuk meneruskan penampilan bertudung ini. Insya Allah Hanez akan diberikan kecekalan dan ketabahan hati. Benda yang baik selalunya dipermudahkan. Kata Hanez Suraya:-

Memang sejak ke sana (umrah), hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini. Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet.

Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan. Di sana pun doa yang baik sentiasa dimakbulkan dan begitu juga dengan ketetapan hati saya untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jalan sudah ada, sama ada saya nak teruskan atau tidak.

Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak. “Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung. Cuma Saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu… nampaklah.

hanez suraya

Insya Allah Hanez Suraya akan diberikan kekuatan untuk beristiqamah dalam bertudung dan menutup aurat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Berita Harian.

hanez suraya

P.S: Muat turun applikasi SetelKahwin untuk memantau persediaan perkahwinan anda. Lebih bijak, lebih jimat masa dan lebih terancang. 

 
Written by Bella | April 18th, 2015

Pelakon Hanez Suraya sekarang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.Sebelum ini suaminya Romie Razin Adilha pernah berjanji untuk membawa Hanez ke Mekah sebagai salah satu destinasi bulan madu dan akhirnya janji tersebut telah dikotakan.

Memuat naik foto bertudung semasa di Madinah, ramai peminat yang memuji kemanisan wajahnya ketika menutup aurat dan berharap beliau akan kekal berhijab apabila pulang ke Malaysia nanti.

Syukur beliau telah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT. Buka lembaran baru dan doakan agar Hanez Suraya diberikan kesihatan yang baik di sana untuk menunaikan ibadah. Semoga beliau mendapat seribu satu keberkatan.

Lagi beberapa foto Hanez Suraya di kota Mekah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | April 13th, 2015

Hanez Suraya seakan tidak boleh elak daripada kontroversi, ada sahaja perkara tentang dirinya menjadi perhatian ramai, terbaru Hanez kononya telah mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun Facebook miliknya.

Walaubagaimanapun, Hanez merasa terkejut kerana beliau tidak mempunyai akaun Facebook dan meminta agar pihak tidak bertanggungjawab tersebut menutup segera  Facebook tersebut.  Aktres tersebut turut memuat naik status berhubung perkara itu di laman Instagram yang memberi peringatan buat peminat agar tidak terpedaya.

Saya tidak pernah ada akaun facebook dan perkara ini saya sedar apabila diberitahu oleh adik saya. Sebenarnya saya tidak kisah jika peminat yang buat sebagai memberitahu dan berkongsi tentang aktiviti saya.

Tetapi apabila saya lihat kandungannya, dia banyak meninggalkan komen di Facebook pengguna lain dengan kata-kata yang negatif.

Tambah Hanez yang belum merencana untuk membuat laporan polis, beliau akan memantau segala aktiviti di akaun berkenaan dan jika mereka masih berdegil maka beliau akan ambil tindakan.

Saya masih memantau dan beri amaran sahaja di Instagram, kalau mereka masih meneruskan atau melakukan perkara yang lebih teruk saya akan ambil tindakan.

Di Instagram saya tahu ramai yang buat akaun palsu menggunakan nama saya, tetapi kebanyakkannya tidak memudaratkan dan saya tidak ambil kisah. Cuma yang ini sahaja saya risau orang ramai akan fikir ia benar-benar akaun saya. Sudahlah nama saya baru sahaja nak diterima semula.

Dalam dunia ini, pasti akan ada apihak yang dengki melihat kebahgiaan seseorang. Seribu satu cara akan digunakan agar orang yang mereka benci terus dipandang serong oleh masyarakat.

Sumber Berita: mStar Online