Written by Bella | March 20th, 2017

Sejak Hafiz Hamidun mengumumkan beliau bakal menikahi pengasas produk kosmetik terkenal dan kaya, Joy Revfa yang dikenali menerusi empayar MERVE Cosmetics, ramai yang beranggapan Hafiz cuma ingin menumpang kesenangan bakal isterinya itu.

Ketika dilemparkan dengan tuduhan sebegitu, Hafiz menegaskan beliau sedikit pun tidak mempunyai  niat untuk mengambil kesempatan terhadap Joy. Hafiz sebenarnya sejak dahulu menginginkan pasangan hidup yang pandai di dalam bidang perniagaan.

Sebenarnya saya sendiri tak kenal dan tidak mengetahui siapa dia pada peringkat awak. Jadi kalau ada tuduhan yang mengatakan saya menumpang kesenangan dia, anggapan tersebut tidak betul sama sekali.

Sejak dahulu saya memang mencari pasangan hidup yang pandai berbisnes. Saya juga mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan tak mungkin mahu lagi menumpang orang lain. Jadi, bila bertemu dan ada keserasian, kami lanjutkan sahaja ke pernikahan.

Menurut Hafiz, beliau tidak ingin ambil pusing dengan segala kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Setiap perkara negatif sedikit pun tidak akan menjadi kudis kepada dirinya.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | March 16th, 2017

Semalam, selebriti Hafiz Hamidun mengesahkan beliau bakal memperisterikan pengasas produk kosmetik, Joy Revfa ataupun nama sebenarnya Siti Arifah Amin pada 1 Mei depan. Pengumuman Hafiz mendapat perhatian ramai juga sebenarnya yang tidak menyangka beliau akan berkahwin dengan Joy.

Berbicara mengenai status Joy yang merupakan seorang janda, Hafiz akui beliau tidak kisah dengan perkara itu dan sudah bersedia untuk menjadi bapa segera kepada anak lelaki Joy yang kini sudah berusia tiga tahun. Malah, sebelum ini Hafiz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak kisah jika dijodohkan dengan wanita berstatus ibu tunggal ataupun janda.

Status bakal isteri saya bukannya masalah. Sebelum ini pun saya pernah membuat kenyataan tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan janda. Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda bernama Siti Khadijah.

Hubungan kami memang berlaku tanpa dirancang. Selepas empat atau lima minggu bertemu, jodoh kami nampaknya melekat. Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan. Kalau ia boleh dibawa ke arah perkahwinan, perhubungan seperti itulah juga yang saya inginkan. Alhamdulillah, menerusi hubungan kali ini, ia bagai dipermudahkan.

Menurut Hafiz, majlis pernikahannya dengan Joy dijangka berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam.

Semoga segala perancangan perkahwinan berjalan lancar dan rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 15th, 2017

Selebriti Hafiz Hamidun akhirnya mengesahkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad, Joy Revfa  ataupun nama sebenarnya, Siti Arifah Amin pada 1 Mei depan.

Buat masa ini Hafiz enggan mengulas lebih lanjut mengenai bakal isterinya itu dan segala persoalan akan dijawab pada satu sidang media khas serta majlis bertunang yang akan berlangsung pada 22 Mac ini. Hafiz dan Joy mula berkenalan sejak dua bulan lalu.

Insya-Allah, saya akan umumkan secara rasmi di majlis sidang media yang akan diadakan di Shah Alam. Lokasinya, saya akan umumkan nanti. Perkenalan kami bermula sejak dua bulan lalu. Mungkin tidak terlalu lama, tetapi proses perkenalan antara kami akan diteruskan selepas bernikah.

Hafiz memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Joy dan berharap segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Difahamkan, majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada 1 Julai iaitu bersamaan 7 Syawal manakala majlis pihak lelaki pula diadakan di Perak pada 7 Julai.

Sumber Berita : Harian Metro