Written by AbangNara | November 10th, 2016

Akibat komen suaminya, Datuk Ramli MS terhadap Elly Mazlein di konsert Gegar Vaganza baru-baru ini, Datin Alyah turut sama menerima tempiasnya. Di akaun Instagram miliknya, Alyah telah diserang dan dihentam oleh para peminat Elly Mazlein yang tidak berpuas hati dengan komen Datuk Ramli MS. Malah Alyah turut sama menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman. Fuh. Fanatik juga peminat Elly Mazlein rupanya.

alyah elly mazlein

Enggam membiarkan dirinya turut sama terpalit dalam kontroversi ini, Datin Alyah memaklumkan yang dia akan mengambil tindakan sekiranya serangan ini berterusan. Kata Alyah:-

Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil. Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.

Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly

elly mazlein

Kadangkala peminat lebih sudu dari kuah berbanding selebriti itu sendiri. Elly Mazlein nampak tenang dan redha dengan penyingkiran serta komen yang diterima dari Datuk Ramli MS. Bagi Abang Nara komen Ramli MS itu adalah komen dari seorang juri yang cukup profesional. Apa-apa pun, semoga Alyah tabah menghadapi dugaan ini. Sumber Harian Metro.

Written by Bella | October 6th, 2016

Peserta Gegar Vaganza 3 telah pun diumumkan semalam dan tidak kami nafikan kali ini barisan penyanyi yang berentap agak hebat .

Namun, disebalik pengumuman tersebut, penyanyi Mya Matahari telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila beliau mendakwa dirinya diperkotak-katikkan oleh pihak Astro yang memberitahu beliau akan mendapat peluang untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza.

Jelas Mya, sejak dari musim ke 2 lagi beliau diberikan harapan palsu apabila diminta untuk menyertai uji bakat tetapi tidak pernah tersenarai dalam pertandingan berkenaan.

Jangan buat diri saya macam tak ada nilai. Sejak Gegar Vaganza musim kedua (GV2), produksi Astro panggil saya untuk diujibakat dan ketika itu nama saya disebut-sebut sebagai peserta. Namun, apabila nama peserta diumumkan, saya tiada dalam senarai. Pihak produksi tak beritahu pun sehingga saya terpaksa menghubungi mereka.

Menurut Mya lagi, pada sesi ujibakat GV3 sekali lagi dia dipanggil dan perkara sama berulang.

Sekali lagi nama saya digembar-gemburkan kononnya ada dalam senarai peserta GV3 hingga ramai rakan artis bertanya bila keputusan akan diumumkan. Tiba-tiba Astro sudah umumkan 12 peserta.

Saya tidak kecewa jika sudah tertulis tiada rezeki tetapi terkilan kerana Astro tidak menghubungi saya untuk maklumkan terpilih atau sebaliknya. Saya masih ada harga diri.

 

Pernah juga satu ketika dimana Mya diundang untuk berduet dengan perserta Gegar Vaganza 2 yang berjaya ke final tetapi selepas lagu diberi dan baju siap ditempah, Astro beritahu tak jadi dengan alasan peserta itu sudah ada calon pilihan.

Nama Mya juga pernah digugurkan daripada diundang untuk menyanyi di acara karpet merah Gegar Vaganza 2 bersama Zur Eda dan Zarul Umbrella.

Merupakan seorang penyokong tegar program berkenaan sebelum ini, Mya bagaimanapun sudah tawar hati dan enggan lagi menghadirkan  diri setiap minggu untuk menonton Gegar Vaganza.

Janganlah berkecil hati dan mengalah, mungkin belum ada rezeki lagi untuk menyertai Gegar Vaganza. Cubalah berbincang secara elok-elok dengan pihak Astro, siapa tahu di musim hadapan Mya akan berpeluang untuk menjadi peserta Gegar Vaganza.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 25th, 2016

Walaupun sudah masuk tahun baharu, masih ada segelintir pihak yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadap gaya lawak Nabil Ahmad yang seakan terlampau apabila menyentuh hal peribadi orang lain.

Namun, menurut Nabil beliau terpaksa berbuat demikian dan jika ada pihak yang tidak boleh menerima lawaknya ia bermakna mereka terlalu sensitif.

Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ.

Buat Nabil, zaman sudah semakin maju dan beliau juga harus memperbaharui cara beliau melawak agar ia masih relevan dengan keadaan semasa. Tujuan Nabil hanya satu, apa sahaja yang berlaku di atas pentas adalah kerana beliau ingin menghiburkan penonton.

Semua yang dilakukan adalah sebahagian daripada persembahan, sekadar hiburan. Kalau saya mengacara mendatar dan ikut skrip, orang kata saya ada masalah pula. Tak boleh juga terima.

Jadi apa yang mereka nak sebenarnya? Sebab itu saya katakan, (kepada) yang sensitif, kalau nampak saya kendalikan program, janganlah datang. Ini adalah zaman milenium dan semua orang akan buat apa sahaja untuk dikenali, untuk berada di tahap tertentu.

Bukan tidak boleh ditegur, tetapi Nabil lebih selesa untuk menjadi diri beliau sendiri dan enggan ambil pusing dengan mereka yang tidak suka akan caranya dalam berlawak.

Saya adalah manusia yang senang menerima kritikan bahkan selama ini pun saya terima. Tetapi secara peribadi, saya buat adalah untuk diri saya, untuk peminat saya dan untuk orang yang nak tengok saya mengacara. Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya.

Pembaharuan itu bagus, hendak hiburkan hati penonton juga bagus. Namun, mungkin bukan setiap masa kita harus berlawak secara melampau,  buatlah sesuatu perkara mengikut kesesuaiannya.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by AbangNara | January 25th, 2016

Sebentar tadi telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL30). Mungkin atas faktor usia yang semakin meningkat, Abang Nara rasakan AJL30 dah makin tak best. Gegar Vaganza lagi layan. Namun lain orang lain citarasa. Pasti ada yang gembira dan excited melihat persembahan para finalist AJL30.

ajl30

Berikut adalah keputusan akhir AJL30. Kemenangan Akim & The Majistret pastinya tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi. Sememangnya lagu tersebut power dan awesome. Tahniah!!!

JUARA: Akim & The Majistret (Potret)
NAIB JUARA: Faizal Tahir (Assalamualaikum)
TEMPAT KETIGA: Caliph Buskers (Hanya Namamu)
VOKAL TERBAIK: Dayang Nurfaizah (Tak Akan Menyerah)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Akim & The Majistret (Potret)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk penggiat industri muzik terus mencipta karya yang awesome. Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL30 ini?