Written by AbangNara | April 26th, 2013

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya identiti gadis yang berjaya mencuri hati Zizan Razak. Walaupun sudah dinafikan, masih kuat lagi spekulasi yang menyatakan gadis tersebut adalah Emma Maembong. Mungkinkah spekulasi tersebut akan bertambah kuat selepas kenyataan daripada ibu Zizan ini?

zizanemma

Menurut ibu Zizan, Emma Maembong pernah datang beraya di rumahnya kira-kira 2 tahun yang lepas. Katanya kepada portal Murai:-

Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan ketika itu. Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar.

zizanemma

Rasanya kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, ramai yang akan gembira. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Cuma mungkin jarak usia yang lebih kurang 10 tahun akan menjadi sedikit masalah. Namun kalau dah cinta, apa saja halangan mampu dirempuh. Tak gitu?

P.S: Kos yang digunakan untuk menjadi Iron Man

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Written by AbangNara | November 17th, 2012

Amboi. Tak Abang Nara sangka Zizan dan Nora Danish suatu hari nanti akan memanggil diri masing-masing dengan nama gelaran “papa” dan “mama”. Terus timbul persoalan sama ada mereka berdua sedang shooting drama/filem bersama-sama atau memang ada hubungan istimewa sesama sendiri. Apa pun, memang romantik habis!!!

nora danish papa zizan

Apa pun di Maharaja Lawak Mega 2012 semalam, hanya Jozan sahaja yang mampu membuatkan perut Abang Nara tergeletek dengan lawak mereka. Yang lain semua agak hambar. Pasti Zizan mendapat semangat lebih untuk membuat persembahan selepas di”papa”kan oleh Nora Danish.

nora danish papa zizan

Bercinta? Berlakon bersama? Latihan skrip? Mana-mana pun tak kisah asalkan mereka berdua bahagia dan tak mengganggu orang lain. Kalau Abang Nara dipanggil “papa” oleh Nora Danish mahu ketar kepala lutut terus. Hehehe ~~ Info asal Forum Cari.

P.S: Iklan Toyota GT86 yang diharamkan.

Written by AbangNara | August 16th, 2012

Abang Nara bangga dengan keprihatinan 3 anak muda ini yang tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Zizan, Kaka dan Johan As’ari walaupun sudah popular, masih sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Titian Kasih. Abang Nara salute kepada mereka bertiga.

zizan raja lawak

Pastinya anak-anak yatim ini terhibur dengan keletah lucu daripada Zizan. Abang Nara tengok gambar pun nak tergelak dibuatnya. Teruskan usaha murni sebegini. Walaupun setinggi mana kita berada, jangan lupa kepada mereka yang hidupnya susah. Tak gitu?

zizan raja lawak

Lagi 13 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Syahiran Sukardi Photography.