Written by AbangNara | April 22nd, 2013

Februari tahun lalu, Ziana Zain telah membuat pengakuan yang dia mengambil suntikan kolagen di bahagian tertentu wajahnya untuk kekal cantik. Ditemui ketika majlis perlantikan sebagai duta Safi Rania Diamond, Ziana Zain kini mengakui yang dia sudah tidak lagi menggunakan dan mempercayai teknik tersebut.
ziana zain

Berkata kepada portal Murai, Ziana Zain mengakui dia bimbang dengan kesan jangka masa panjang sekiranya terus mengambil suntikan kolagen. Kata Ziana Zain:-

Saya akui, sebelum ini saya pernah mengambil suntikan kolagen untuk kulit wajah. Tetapi kini tidak lagi. Pada saya, itu hanya percubaan sahaja dan selepas mengetahui kesan jangka masa panjang, saya jadi bimbang dan kini tidak lagi mengamalkannya. Saya akui selepas menerima suntikan kolagen, kulit kita akan serta merta nampak lebih cantik dan bermaya tetapi jika berlebihan ianya boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang.

ziana zainPenyakit buah pinggang sememangnya sangat berbahaya. Tidak berbaloi untuk kelihatan cantik tetapi badan yang binasa. Kini Ziana Zain hanya mengamalkan pemakanan tradisional dan menikmati proses penuaan secara normal.

Jadi sekarang, saya lebih selesa mengamalkan petua kecantikan tradisonal daripada ibu saya dan memakai produk kecantikan Safia Rania Diamond yang terbaru. Bagi saya, lebih baik kita semua menikmati usia yang semakin tua dengan seadanya. Jadi biar kita melalui fasa kulit dan badan kita secara normal. Memang kita tidak boleh kembalikan wajah dan badan kita seperti masa muda kerana itu memang hakikatnya. Biar kita lalui semua fasa usia itu. Asalkan jangan tua sebelum usia

Semoga kesedaran ini akan turut dirasai oleh mereka di luar sana yang ingin kelihatan cantik seperti gadis 20-an sedangkan umur sudah mencecah 40-an. Berhentilah mengambil apa-apa suntikan sebelum terlambat. Takut-takut nanti badan anda yang binasa. Contohilah Ziana Zain.
fer white

P.S: Hanya 1/2 scoop untuk kulit wajah yang lebih berseri dengan Fer White. Jangan risau kerana kandungannya telah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Harga cuma RM95 untuk penggunaan selama sebulan. Anda pasti berpuas hati. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke lorongsetia8@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | September 24th, 2012

Abang Nara suka Ziana Zain. Abang Nara tahu ramai pembaca BeautifulNara peminat Ziana Zain. Rasanya semua rakyat Malaysia suka Ziana Zain. Suara sedap, pandai berlakon, cantik, maintain muda dan paling penting, mesra peminat.

ziana zain

Dan sudah lama rasanya Abang Nara tak kongsikan gambar terbaru Ziana Zain untuk tatapan anda semua. Terima kasih kepada Blackpepper Production yang sudi berkongsikan gambar ekslusif Ziana Zain ketika majlis Antabax Mr Cool Search 2012. Seperti yang diduga, Ziana Zain memang masih maintain cun melecun dengan dress serba biru.

ziana zain

Lagi 8 keping gambar terbaru Ziana Zain dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada Facebook Blackpepper Production.

nuffnang

P.S: Selalu terlepas update terkini daripada Abang Nara? Jangan risau sebab anda boleh hilangkan masalah itu dengan follow BeautifulNara di Nuffnangx. Kalau anda pengguna android dan iPhone, silalah download apps Nuffnangx untuk memudahkan pembacaan BeautifulNara.

 
Written by AbangNara | July 11th, 2012

Ziana Zain memang sentiasa jelita di mana-mana event yang dihadirinya. Terbaru, Abang Nara kagum dengan wajah Ziana Zain yang tampak makin muda di pertunjukan fesyen 5 Stars di Muzium Tekstil Negara hari Isnin yang lepas. Makin berumur makin cantik kata orang.

ziana zain

Perkembangan terbaru Ziana Zain yang Abang Nara dengar ialah khabarnya dia akan bergabung dengan Lan The Typewrite untuk menerbitkan satu album duet. Ini kemungkinan besar akibat respon positif yang diterima selepas mereka bergabung tenaga membuat persembahan di ABPBH2011 baru-baru ini. Confirm meletup punya album ini nanti.

ziana zain

Lagi 6 keping gambar Ziana Zain di pertunjukan fesyen 5 Stars dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto kepada Facebook Media Semasa.

 
Written by AbangNara | May 12th, 2012

Rata-rata pembaca di BeautifulNara kesemuanya adalah peminat Ziana Zain. Abang Nara pasti ramai yang mengkagumi kehebatan nyanyian dan karisma milik Ziana Zain. Paling penting, pada ABPBH yang lalu, Ziana Zain telah diundi secara online untuk memenangi Anugerah Artis Paling Anggun.

zz anggun

Dan sesuai dengan kemenangan tersebut, Ziana Zain telah tampil begitu anggun sekali di majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang ABPBH2011. Lagi 7 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada Facebook BlackpepperProduction.