Written by AbangNara | July 19th, 2012

Akhirnya seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, majlis merisik Shah Jaszle dan Redzwani Puteri telah berjalan dengan lancarnya pada 15 Julai yang lalu. Nampaknya mereka berdua kini telah maju setapak lagi untuk mendirikan masjid. Semoga segala urusan mereka ke arah itu dipermudahkan lagi selepas ini.

majlis merisik shah jaszle

Redzwani Puteri nampak sangat anggun di dalam pakaian serba hijau manakala Shah Jaszle tetap maintain hensem dengan pakaian berwarna krim. Sekali tengok, mereka berdua memang seperti pinang dibelah dua. Diharap selepas ini, tiada lagi kontroversi di antara Shah Jaszle dan wanita-wanita lain.

majlis merisik shah jaszle

Abang Nara rasa tak sabar pula nak menunggu majlis pertunangan dan perkahwinan mereka berdua. Kalau majlis merisik pun dah semeriah ini, pastinya majlis yang lain akan lebih grand. Marilah sama-sama kita doakan agar mereka cepat-cepat bernikah. Orang kata, tak baik tunggu lama-lama. Tak gitu?

Written by AbangNara | June 18th, 2012

Walaupun mahu orang ramai memanggilnya dengan nama Shahrizal, Abang Nara tetap rasa nama Shah Jaszle lebih komersil dan sedap didengar. Sekian lama sepi daripada kontroversi, hari ini menerusi Twitternya, Shah Jaszle telah berkongsi sekeping gambar yang diambil menggunakan Instagram.

shah jaszle risik

Berdasarkan ayat-ayat di dalam gambar ini, tarikh 15 Julai yang dibulatkan akan menjadi hari Shah Jaszle masuk merisik kekasih hatinya. Beserta dengan gambar ini, Shah Jaszle telah pun me”mention” nama Redzwani Puteri. Untuk makluman, Abang Nara pernah menulis tentang Redzwani Puteri yang dikatakan kekasih baru Shah Jaszle selepas putus dengan Miera Liyana. Boleh baca entri tersebut di sini.

shah jaszle risik

Jika benar apa yang ditulis dan dikongsi oleh Shah Jaszle ini, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Umur kita pun bukannya semakin muda. Satu hari nanti, pasti akan mendirikan rumah tangga bersama orang yang tercinta. Lagi cepat lagilah bagus kan? Moga-moga segala perancangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri akan berjalan dengan lancar.