Written by AbangNara | October 18th, 2011

Agak kecoh sebentar dunia hiburan baru-baru ini apabila Anthony Joseph atau lebih dikenali dengan nama Tony Eusoff turut serta di dalam group Facebook “Murtads in Malaysia and Singapore”.

tony eusoff

Untuk makluman, Tony Eusoff sememangnya beragama Kristian. Menurut rakan media kami di OhBulan, Tony Eusoff tidak menyedari yang akaun Facebooknya dimasukkan ke dalam group tersebut. Namun sebaik sahaja menyedarinya, dengan segera Tony Eusoff keluar daripada group tersebut.

Mengenai nama saya yang seakan-akan orang Islam, saya sememangnya Kristian. Kalau nak panggil saya murtad, lebih baik panggil saya lesbian!

tony eusoff

Menurut Tony Eusoff, group Facebook tersebut tidak membangkitkan isu-isu sensitif.

Bagi saya, tiada apa-apa yang kontroversi didalam grup tersebut. Tiada isu-isu sensitif yang dibangkitkan seperti yang diuar-uarkan. Apa yang saya lihat, contohnya, situasi mengenai seorang lelaki yang sebelum ini Kristian kemudian masuk Islam atas dasar perkahwinan, kemudian apabila bercerai dia tidak tahu hala tuju manakah yang betul untuk dirinya. Adalah 2-3 orang batu api yang cuba menimbulkan isu sensitif namun tiada yang memberikan respon terhadap mereka

Semoga dengan penjelasan ini, tidak ada lagi mereka yang memandang serong kepada Tony Eusoff. Kredit gambar Facebook kepada Forum Cari.