Written by AbangNara | December 7th, 2010

rebecca nur islam

Walaupun tak seglamer dan tak sehebat mana lakonannya (ada ke minah nie berlakon?), jangan tak percaya yang Rebecca Nur Islam bakal mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan majlis perkahwinannya 10 Disember ini. Kami ingatkan artis taraf Datuk Siti je yang layak buat sidang akhbar kalau nak kawin, tapi Rebecca Nur Islam membuktikan kepada kami yang artis segan mati hidup tak mahu pun boleh buat sidang akhbar.

Sidang media majlis perkahwinan Rebecca Nur Islam itu akan dilakukan di butik Chopard, KLCC. Kami sebenarnya tak sabar-sabar melihat bakal suami Rebecca. Tentu beruntung mendapat seorang isteri yang cantik, melepak, putih dan cantik secantik namanya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah si lelaki dapat jadi suami Rebecca.

Kami doakan agar si bakal suami akan dapat merealisikan impiah ayah Rebecca yang memberikan Rebecca nama Rebecca Nur Islam. All the best untuk mengemudi bahtera perkahwinan anda.

P.S: Cian dia anjing nie kencing kat kereta dia time isi minyak