Written by AbangNara | October 30th, 2012

Istanbul Aku Datang ialah sebuah filem arahan Bernard Chauly. Sebelum ini Bernard pernah mengarahkan filem seperti Pisau Cukur dan Gol & Gincu. Abang Nara tidak sempat menghadiri malam gala tayangan filem ini, namun daripada reputasi si pengarah, pastinya filem Istanbul Aku Datang ini ialah sebuah filem yang berkualiti.

filem istanbul aku datang

Dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat, filem Istanbul Aku Datang menjalani penggambaran di Istanbul. Pasti banyak shoot-shoot menarik yang berjaya dirakamkan di sana. Tak sabar rasanya nak pergi menonton filem ini di pawagam. Selain daripada barisan pelakon, Nur Fazura turut hadir memberi sokongan kepada filem ini.

filem istanbul aku datang

Apa pun Lisa nampak sangat cute dengan rambut pendeknya. Nampak muda sangat-sangat. 9 lagi gambar Lisa Surihani di malam gala tayangan filem Istanbul Aku Datang dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Pretty Peektures.

P.S: Cicak armadillo. Seram gak!!!

 
Written by AbangNara | June 21st, 2012

Lama gila rasanya Abang Nara tak update pasal Lisa Surihani. Rasanya semenjak Lisa jadi suri rumah kepada Yusry, Abang Nara perasan yang Lisa kurang aktif dengan ketiadaan filem atau drama baru. Bagi Abang Nara itu satu langkah yang bagus sebab dapat spend lebih masa dengan suami tercinta.

lisa baru

Pastinya ramai peminat Lisa dan Yusry yang tidak sabar untuk menunggu berita kehamilan Lisa. Confirm ramai gila akan over excited sekiranya Lisa disahkan mengandung. Yang penting, anak mereka berdua pasti cute mute macam mak dan ayahnya. Tak gitu?

Lagi 14 keping gambar Lisa Surihani yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 18th, 2012

Lisa Surihani makin berseri-seri menjelang perkahwinannya dengan Yusry KRU. Sekurang-kurangnya kami berpendapat begitu setelah melihat gambar Lisa di program My Success Story : Dialog with Lisa Surihani yang dianjurkan baru-baru ini di mana Lisa dikatakan bercerita tentang kejayaannya dalam karier. Lisa juga khabarnya sedang menjalani penggambaran filem Ular, di mana dia berlakon di samping bakal suaminya itu, yang kali terakhir berlakon dalam filem Cicakman.

lisa ysury

Yusry dikatakan berlakon dalam filem tersebut bukan kerana ingin berlakon dengan bakal isterinya, cuma dia berminat dengan watak dan skrip filem Ular arahan Jason Chong itu. Lagi 5 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar DZMS Events and Entertainment.

 
Written by AbangNara | October 28th, 2010

lisa surihani

Tak terlambat rasanya untuk kami di BeautifulNara mengucapkan jutaan tahniah kepada Lisa Surihani atas kejayaannya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23. Harap-harap kejayaan ini tidak akan membutakan mata Lisa Surihani sebaliknya akan terus berusaha untuk memantapkan lagi lakonannya.

Ikhlas kami cakap, lakonan Lisa belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Tapi tak apa, perlahan-lahan baiki mutu lakonan dan yang paling penting jangan lupakan peminat. Kalau boleh sekali sekala amiklah watak yang mencabar sedikit. Nak jugak tengok lakonan Lisa diuji dengan watak-watak lain daripada biasa.

Apa pun buat peminat Lisa, enjoy gambar-gambar Lisa Surihani serba hijau di FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kesemuanya diambil dari Facebook Lisa Surihani.