Written by AbangNara | January 15th, 2013

Baru lagi rasanya Abang Nara berkongsi gambar terkini Fasha Sandha. Namun rugi rasanya tidak dikongsikan gambar yang telah dikongsi oleh sasha Sendiri di Instagramnya. Memang makin berseri wajah bakal si ibu ini.

fasha baru

Fasha Sandha turut sama berkongsi gambar ceria dirinya bersama ibu mertua. Menurut caption yang ditulis oleh Fasha, gambar tersebut diambil ketika sambutan hari jadi ibu mertua Fasha. Senang hati Abang Nara melihat senyuman yang terpancar di wajah kedua-dua insan ini.

fasha baru

Pastinya seluruh ahli keluarga sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan hari kelahiran bayi di dalam kandungan Fasha Sandha. Semoga segala urusan dipermudahkan. 4 lagi gambar terbaru Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 22nd, 2012

7 April 2013 adalah tarikh malam anugerah ABPBH 2012 bakal berlangsung. Namun semalam, banyak selebriti yang telah turun padang untuk menghadiri sesi sidang media pertama bagi anugerah berprestij ini. Salah seorang daripadanya ialah Fasha Sandha.

gambar fasha sandha mengandung terbaru

Kandungan Fasha Sandha kini sudah pun mencecah 6 bulan lebih. Kalau tak silap Abang Nara, rasanya due date yang diberikan oleh doktor kepada Fasha ialah Mac 2013. Nampak gayanya macam tak sempat je untuk Fasha selesai berpantang untuk menghadiri ABPBH2013.

gambar fasha sandha mengandung terbaru

Apa pun Fasha tampak semakin berseri-seri dan wajah keibuan semakin terserlah di wajahnya. Pasti Fasha dan Jejai tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertama mereka. Abang Nara pun tak sabar nak tengok wajah comel anak mereka. Lagi 4 gambar terbaru Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | October 16th, 2012

Lama rasanya tidak bercerita mengenai Fasha Sandha. Abang Nara selalu menjenguk Facebook We Love Fasha Sandha dan sangat suka dengan cara Fasha mengupdate perkembangan terkininya. Sangat mesra peminat dan penuh bersahaja.

fasha sandha

Dan baru-baru ini Fasha Sandha telah mengupdate statusnya yang berbunyi “Enjoying my second trimester. Syukur Alhamdulillah“. Dalam tak sedar rupanya kehamilan Fasha sudah mencecah 4 bulan. Abang Nara nampak seri ibu mengandung semakin jelas di muka Fasha. Cantik sangat ~~

fasha sandha

Semoga kesihatan Fasha terjaga dan tidak mengalami apa-apa komplikasi sehingga tiba hari kelahiran cahaya mata pertamanya dengan Jejai kelak. Tak sabar rasanya Abang Nara nak tengok wajah comel anak mereka berdua. Semoga semuanya akan berjalan lancar kelak. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Seni camouflage yang cantik gila.

Written by AbangNara | September 11th, 2012

Memang macam-macam alahan yang dialami oleh wanita mengandung. Namun apa yang dialami oleh Fasha Sandha yang sudah masuk bulan ketiga kehamilan ini memang agak pelik sedikit. Ini kali pertama Abang Nara dengan ada orang alah dengan ubat gigi. Pelik tapi benar kan?

fasha baru

Tapi jangan risau sebab Fasha Sandha masih menggosok giginya setiap hari. Abang Nara suka tengok wajah Fasha yang semakin berseri sejajar dengan kehamilannya. Perut pun dah semakin menonjol. Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anak sulung Fasha Sandha. Confirm cute mute.

fasha baru

Lagi 5 gambar terbaru Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Design Apple ialah inspirasi daripada Braun?