Written by AbangNara | September 24th, 2012

Lega hati Abang Nara apabila membaca berita ini. Akhirnya tamat sudah persengketaan di antara Ayu Raudhah dan Rita Rudaini. Rasanya ramai yang sudah cukup muak dengan pergaduhan yang timbul di antara mereka berdua dan berdoa agar ianya dapat segera ditamatkan.

ayu raudhah

Berkata kepada wartawan Kosmo, Ayu Raudhah berkata:-

Saya anggap apabila dia (Rita) tidak mahu jumpa saya untuk berbincang, isu ini selesai. Lagipun dia cakap tulisannya di Twitter tiada kaitan dengan saya. Saya hormati pendiriannya untuk tenang bersama anak-anaknya. Begitu juga saya. Harap tiada apa-apa yang berkait lagi.

Kan bagus kalau macam ini. Abang Nara berharap agar kedua-duanya tidak lagi mengeluarkan statement yang boleh memburukkan keadaan. Lebih baik kedua-duanya beri tumpuan kepada keluarga. Ayu Raudhah tak lama lagi pun nak bergelar seorang ibu. Daripada stress memikirkan hal ini, lebih baik berehat menenangkan minda. Tak gitu?
P.S: Bas mewah yang confirm tak ada kat Malaysia.

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Susulan entri sebelum ini tentang penghijrahan Ayu Raudhah yang tampil dengan imej bertudung, Media Hiburan telah pun mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan mengenai hal ini. Ternyata berita baik ini memang benar dan sahih.

ayu raudhah bertudung

Menurut Ayu, dia memang sudah lama teringin untuk bertudung namun hatinya terbuka selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini. Kata Ayu:-

Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu Raudhah atas penghijrahan ini. Semoga dengan penghijrahan ini rezeki Ayu akan dimurahkan. Tahniah sekali lagi.

Written by AbangNara | May 6th, 2010

gambar ayu raudhah

Memang cun dan comel gile Ayu Raudhah nie bila dia bertudung. Gambar-gambar bertudung Ayu Raudhah sememangnya menyejukkan hati mak mertua yang memandang. Kalau bawak balik rumah Ayu Raudhah versi berpurdah macam kat atas tue, confirm mak kami akan masuk meminang keesokkan harinya. Tapi kalau mak kami tertengok gambar-gambar Ayu Raudhah yang agak seksi, mungkin dia akan berfikir 2,3 kali dulu.

Yang pentingnya Ayu Raudhah nie memang sedap mata memandang. Memang ayu seperti namanya jugak. Kakaknya Rozita Che Wan tue pun cun jugak. Memang mak bapak diorang berdua nie pun cantik-cantik dan hensem-hensem kot. Bertuah betul bakal suami Ayu Raudhah nanti.

Lagi gambar-gambar Ayu Raudhah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 14th, 2009

ayu raudhah
Kami sebenarnya hairan kenapa Ayu Raudhah kurang mendapat publisiti dari media-media kat Malaysia nie. Dah la masih single, cantik dan menarik, Ayu gagal menandingi kepopularitian akaknya, Rozita Che Wan yang janda.

Sikit-sikit keluar skandal Rozita Che Wan dengan Dato’ misteri, gosip Rozita Che Wan dah kawin dengan VVIP tue dan yang paling haru Rozita Che Wan kononnya bini no dua Dato’ K. Adiknya yang single mingle sekadar kantoi gambar keluar shopping dengan Pekin jer.

Mungkin ke sebab trend lelaki sekarang lebih minat dengan janda berbanding dara? Maklumlah nak carik yang berpengalaman. Mudah sikit melayari bahtera rumah tangga.

Lagi gambar Ayu Raudhah di majlis produk kecantikan Giena Skin Cara dan Francais Beauty Palace dengan membaca artikel ini sepenuhnya.