Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Jelesnya Dengan Kelicinan Kulit Siti Nurhaliza

Tuesday, February 9th, 2010

siti nurhaliza

Ketepikan sebentar kontroversi memakai tudung atau selendang Dato’ Siti Nurhaliza dan marilah mengkagumi betapa halusnya kulit muka Dato’ Siti Nurhaliza. Korang tengok gambar kat atas tue. Sebijik jerawat pun tak ada beb. Bintik hitam pun tak ada. Memang suci bersih jer. Kagum gile kami dibuatnya.

Dengar cerita Dato’ Siti baru balik dari Korea sempena dengan pelancaran produk kecantikan muka dia. Rasanya dia pergi ke sana untuk buat joint venture ngan syarikat Korea untuk reka produk Siti. Satu pilihan yang tepat bagi kami. Sebab dulu kami pernah belajar di Korea dan hampir 90% awek-awek Korea mempunyai kulit yang cun melecun. Rasanya sebab pencuci muka diorang bagus kot.

Gambar ini diambil di Changi Airport Singapura. Tahniah kami ucapkan kepada Dato’ Siti yang masih sempat melayan peminat bergambar dan amik autograph walaupun tengah sibuk nak naik flight. Walaupun dah bertaraf diva, ternyata Dato’ Siti tetap cool dan tak sombong dengan peminat. Tak macam artis-artis lain.

Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Siti Nurhaliza – Saya Hanya Berselendang, Bukan Bertudung

Tuesday, February 2nd, 2010

siti nurhaliza

Akhirnya Siti Nurhaliza mengaku yang dia bukanlah memakai tudung tetapi sekadar berselendang sahaja. Semalam dalam rancangan Terjah TV3, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun membuat kenyataan yang bunyinya lebih kurang macam nie :-

Saya hanya berselendang, bukan bertudung. Saya tahu ini bukan cara bertudung. Cara bertudung spt kakak-kakak dan adik tu. (sambil menuding jari). Jangan ikut saya.

Nampaknya selama nie memang Siti Nurhaliza tau yang cara pemakaian selendang dia nie menjadi topik hangat. Mungkin sebab dia terlepas berjanji akan memakai tudung pas balik umrah hari tue. Tapi tup-tup tengok lepas balik umrah masih tersembul lagi rambut dia.

Pendapat kami, mungkin Dato’ Siti Nurhaliza belum bersedia sepenuhnya untuk memakai tudung seperti cara sebenar. Sama-samalah kita doakan agar dia cepat-cepat terbuka hati. Benda baik jangan dibiar lama-lama. Lagi cepat lagi bagus kan? Apa pendapat korang?


(GAMBAR)Terkini Dato’ Siti Nurhaliza Di Lim Kok Wing

Friday, June 12th, 2009

gambar terkini siti nurhaliza

Apa agaknya rahsia Dato’ Siti Nurhaliza maintain cun melecun sepanjang masa? Nak kata pakai make up tebal, tak nampak la sangat make upnya. Nak kata pergi cucuk botox, tak nampak pulak kesan suntikan macam Zahida Rafik tue.

Yang penting Dato’ K pasti puas dapat bini yang maintain muka cun, body lawa dan suara sedap pulak tue. Tahniah Dato’ K. Memang tak sia-sia pilihan anda.

Lagi gambar terkini Siti Nurhaliza semasa di Lim Kok Wing Universiti dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Selepas Balik Umrah

Tuesday, May 19th, 2009

gambar terbaru siti nurhaliza

Tahniah kami ucapkan kepada Dato’ Siti Nurhaliza sebab berkesempatan menunaikan umrah baru-baru ini. Dalam sibuk-sibuk buat show pun masih sempat membuat amal kebajikan. Memang satu contoh yang baik untuk artis Malaysia yang lain.

Sayangnya bila tengok gambar terkini Dato’ Siti Nurhaliza selepas balik dari umrah, kami telah dikecewakan sekali lagi. Makin terpampang dada Dato’ Siti nampaknya. Tak apalah, at least Dato’ masih mencuba untuk berubah ke arah lebih baik.

Lagi gambar terkini Dato Siti Nurhaliza selepas balik dari umrah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Luahan Hati Seorang Peminat Kepada Dato’ Siti Nurhaliza

Monday, March 2nd, 2009

gambar terbaru siti nurhaliza

Ke hadapan Dato Siti Nurhaliza yang disayangi,

Saya sebenarnya terharu sangat bila Dato Siti cakap yang Dato nak pakai tudung selepas balik umrah. Saya bangga sangat masa tue. Iyalah, Dato dah nak berubah kepada lebih baik. Saya pun terus terasa nak pakai tudung sebab nak jadikan Dato idola saya.

Tapi Dato Siti, apa yang saya tengok sekarang bukannya tudung yang Dato’ pakai. Kalau dulu saya masih boleh terima cara pemakaian tudung Dato’. Biasalah nampak rambut sikit-sikit dekat depan. Mungkin tak sedar tudung dah senget. Tapi sekarang nie, kalau tengok gambar yang saya kepilkan nie pun dah tau yang Dato’ pakai tue bukannya tudung tapi sekadar penutup kepala.

Dato’ sedar tak yang leher Dato’ yang jinjang tue terserlah jelas bila Dato buat fesyen macam nie. Rambut yang terkeluar tue mmg nampak macam dah sengaja keluarkan dah. Saya kecewa sangat-sangat. Ini bukan janji Dato’ yang dulu. Kalau tak boleh tunaikan janji, bukak ajerlah selendang tue Dato’. Tak payah pakai terus, nanti takut ramai yang terikut fesyen Dato’ nie. Dato jugak yang dapat dosa.

Eh, Dato’ kata ini satu jer gambar yang nampak leher Dato’? Jangan cakap macam tue Dato’. Kalau Dato’ tak percaya, Dato’ baca surat saya nie sepenuhnya. Banyak lagi gambar yang saya dah kepilkan untuk Dato’ renung balik janji-janji Dato dahulu.

(more…)