Written by AbangNara | October 19th, 2012

Terkejut beruk Abang Nara melihat gambar webcam yang didakwa milik Rozita Che Wan ini. Namun apabila diteliti selama 10 saat, Abang Nara dapat mengagak ini adalah teknik superimpose. Mungkin ada pihak yang iri hati dengan kejayaan Rozita Che Wan sehingga sanggup buat begini.

gambar webcam rozita che wan

Rozita Che Wan yang ditemui portal Murai mengenai berita ini dengan sekeras-kerasnya menafikan gambar “webcam” tersebut adalah miliknya. Kata RCW:-

Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam. Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini. Lagipun, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya. Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya. Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya.

Kalau bukan superimpose, sudah pasti ada pelanduk dua serupa. Logik juga kata-kata Che Ta yang ada pondan menyerupai wajahnya. Pasti pondan-pondan tersebut geram dan teruja ingin menyerupai kecantikan RCW. Tak gitu?

P.S: Menjadi ayah ketika berusia 96 tahun. Legend pakcik nie.

Written by AbangNara | September 22nd, 2010

gambar rozita che wan seksi

Memang gambar Rozita Che Wan dalam Majalah EH ini mampu membuatkan para datuk-datuk di luar sana terkeluar air liur sebentar. Tak nampak macam seorang janda. Nampak macam anak dara tue beb. Sila ushar air liur di mulut anda sebab kami pasti ianya sudah terkeluar semasa anda menatap gambar ini.

Oh ye Rozita Che Wan hanya tinggal 3 bulan sahaja untuk berkecimpung dalam dunia seni ini. 2011 nanti dia akan bersara sepenuhnya. Tiada lagi gosip, tiada lagi gambar-gambar seksi dan tiada lagi kontroversi buat insan yang bernama Rozita Che Wan.

Mungkin sebab tue kot RCW amik kesempatan buat posing maut untuk peminat-peminat dia di Majalah EH ni.

P.S: Kalau anda nak buat printing name card, letterhead atau apa-apa jenis print, kami cadangkan guna PrintingStudio. Harga berpatutan dan kualitinya boleh tahan jugak. Info lanjut boleh lawat website PrintingStudio.

Written by AbangNara | September 1st, 2010

rozita che wan

Pergh. Gila beza gambar Rozita Che Wan time kawin dulu. Tapi still maintain cun melecun. Apa cerita agaknya bekas suami Rozita Che Wan. Mesti kecewa melihat bekas isteri makin cun melecun sejak diceraikan.

Kita tunggu pulak bila Rozita Che Wan nak berkahwin untuk kali kedua. Mesti lagi meriah dan lagi gah. Sesiapa tolong gi masuk meminang dia nie. Gambar ehsan ZonArtis.

Written by AbangNara | August 24th, 2010

rcw

Untuk pengetahuan anda semua, minggu lepas kami ada terima jemputan berbuka puasa Astro di Bora Asmara. Dengan hati yang berkobar-kobar, kami pun pergilah. Sedap jugak lauk dia. Terima kasih kepada Astro sebab sudi jemput kami.

Dalam banyak-banyak artis yang datang, Rozita Che Wan benar-benar menarik perhatian kami. Inilah first time kami dapat tengok RCW depan-depan mata. Selama nie cuma dengar orang cakap pasal kecantikan dia yang mengalahkan anak dara. Bila tengok depan-depan mata, memang betul anak dara pun leh kalah dengan gaya dia.

Dari segi penjagaan badan dan wajah, sememangnya wajar untuk kaum wanita meniru Rozita Che Wan ini. Maintain slim beb. Kami kagum. Dan kami rasa bukan senang nak maintain macam nie lagi-lagi kalau anda pernah melahirkan anak. Kami tabik kepada RCW.

Cuma mungkin lain kali lagi bagus kalau tak pakai ketat sangat. Kesian pulak kami tengok macam tersepit je perut tue bila pakai baju ketat camtue. Mungkin RCW selesa kot. Sapa tau kan?

Nanti kami ceritakan pasal program Astro yang bertimbun-timbun sempena Raya nie. Lagi gambar Rozita Che Wan yang nampak biru dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ada gambar Abang Nara ngan RCW tapi malu nak letak kat sini. Bak enggang dengan pipit pulak.(betul ke peribahasa nie)