Written by AbangNara | November 23rd, 2010

rebecca nur islam

Kami tak sanggup nak habiskan tajuk entri di atas, kami biarkan anda sahaja yang menentukannya. Kami tak mahu menghakimi Rebecca Nur Islam sebab kami pun bukannya baik sangat. Bak kata Rebecca, bukan salah dia yang bernama Rebecca Nur Islam. Namanya itu sekadar pemberian ayahnya semasa dia kecik. Hmm….

Lagi gambar Rebecca Nur Islam yang … dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Andy yang Hot.

 
Written by AbangNara | February 3rd, 2010

rebecca nur islam

Tarik nafas dalam-dalam. Kami dah teremosi sebentar tadi. Siap maki hamun si Rebecca Nur Islam nie ngan mak kami tadi. Apo nak jadi la minah nie. Dah la tak femes, terpaksa keluarkan statement mengarut tahap cipan untuk mengfemeskan diri. Nie la susahnya bila dah kemaruk nak jadi popular. Cakap macam orang tak ada akal.

[note]Seksi itu juga adalah fesyen. Saya tak ambil peduli, apa pun orang nak kata. Saya tak pernah kacau orang. Mungkin juga orang lain cemburu sebab tak ada nama macam saya. [/note]

Sumpah tak boleh blah. Kalau kami ada kat sebelah dia, memang dah hempuk kepala dia kat dinding. Kami tak kisah la kalau si Rebecca nie nak seksi. Tue suka hati dia la. Menyampah tue memang menyampah tengok minah nie seksi. Tapi janganlah buat kenyataan yang tak masuk akal macam kat atas tue. Rasa nak terajang je. Apa kejadah kitorang nak cemburu ngan nama anda? Sepatutnya anda sendiri malu dan sedar diri dengan status nama tue. Tak gitu?

rebecca nur islam

Tambah tak boleh blah bila si Rebecca nie dengan poyonya mengaku dia tak mengejar glamour:-

[note]Saya tak kejar glamor dan biarlah perkara itu yang datang sendiri. Saya hanya mahu mencari rezeki menerusi kerja sebagai pelakon. Berlakon dapat gaji seperti mana orang lain yang bekerja. Saya juga jarang ke majlis hiburan kerana keutamaan saya lebih kepada melunaskan baki penggambaran drama atau telefilem. [/note]

Meh kami nak bagitau kenyataan yang pahit kepada anda. Anda memang tak femes. Selama nie anda cuma femes sebab guna isu nama “Rebecca Nur Islam” tue. Buat kenyataan kontroversi sana-sini. Bakat berlakon tak ada. Sebab tue tak femes. Sebab tue artis-artis lain yang start lambat pun dah lagi femes dari anda. Diorang ada pakej. Muka ada dan pandai berlakon. Sayangnya anda cuma ada muka. Berlakon macam kayu. Itu yang terpaksa buat kontroversi dengan nama sendiri. Kalau tak sampai dah tua tak ada orang kenal kot.

Malas dah nak emosi lebih-lebih. Kang tetiba kena saman kang. Kalau korang nak baca kenyataan merabu-raban si Rebecca Nur Islam nie, silalah klik sini.

Written by AbangNara | October 12th, 2009

rebecca nur islam

Ha. Nie dah kena tegur ngan ayah sendiri tak insap jugak ta tau la. Semua orang pun tau betapa seksinya si Rebecca Nur Islam nie bila bergambar. Memang sangat tak sesuai dengan nama dia yang Islamik tue. Dulu kami ada kongsikan gambar agak seksi Rebecca Nur Islam. Mungkin si ayah Rebecca baru tertengok tue yang dia sound anak dia jangan menyeksi sangat. Dosa kang dia jugak yang tanggung.

Yang tak boleh blah masa kami tengah syok melayan Melodi semalam, ada statement dari Rebecca yang berbunyi begini:-

[note]Bukan salah saya mak bapak saya kasik nama Rebecca Nur  Islam tu, Rebecca mmg sexy, tapi sexy saya pun saya tahu menjaga MARUAH KELUARGA dan batas batas agama[/note]

Rasa-rasa kalau ayah dia bagi pelempang 10 20 das ke pipi gebu dia tue wajar tak? Agak kurang sopan statement si Rebecca nie pada pandangan kami. Kesian kat mak ayah dia penat pikir siang malam nak bagi nama elok-elok. Tengok-tengok anak wat kenyataan camnie.

Mungkin betul jugak kot sebenarnya tak adalah seksi sangat si Rebecca nie. Mungkin pakaian dia nie bagi orang-orang moden biasa-biasa jer. Kami yang agak kekampungan nie, yang beli baju pun kat pasar malam jer memang la bila tengok si Rebecca pakai camnie ternampak seksi gitu. Padahal biasa-biasa jer bagi orang-orang kaya moden. Tak gitu?

Lagi gambar-gambar Rebecca Nur Islam yang berpakaian seksi tetapi masih menjaga maruah keluarga dan batas-batas agama dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 8th, 2009

rebecca nur islam

Rebecca Nur Islam. Sekali dengar namanya memang sedap. Maksud nama pun best. Kalau tak pernah tengok gambar seksi Rebecca Nur Islam kat atas tue, semestinya kami anggap pelakon ini seorang yang bersopan santun dalam pemakaian.

Sayang seribu kali sayang (macam lagu Saleem plak), kata-kata “ada apa dengan nama” memang sesuai ditujukan kepada Rebecca Nur Islam ini. Mungkin patut ditukarkan namanya kepada Rebecca Tak Cukup Kain. Baru sesuai dengan gambar-gambar dia.

Oh ya gambar di atas diambil semasa Pesta Selebriti Kosmo. Banyak lagi artis-artis lain yang hadir tapi anugerah baju paling tak cukup kain jatuh kepada Rebecca nie. Ini lagi salah satu satu contoh artis kurang popular yang terpaksa pakai seksi untuk carik publisiti murahan. Cian betul kat diorang.

Lagi gambar seksi Rebecca Nur Islam dengan membaca artikel ini sepenuhnya.