Written by serenity | September 21st, 2011

Kami pasti gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim cantik tetapi agak menarik perhatian juga apabila mendengar melalui Diva Kosmo yang ia akan dipamerkan di Muzium Negara selepas selesai majlis resepsi.

Bagi kami hanya item-item tertentu memang layak untuk dipamerkan di sana, sebagai contoh, Piala Suzuki AFF 2010 yang dimenangi oleh pasukan bola sepak kebangsaan, kerana ianya bernilai kepada negara dan mempunyai makna kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kami memandang positif pada perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim tetapi nilai profesional Memey dan Norman sebagai pelakon, bagi kami,  dan juga gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia tidak memiliki signifikan kepada masyarakat untuk melayakkan item-item yang dipinjamkan padanya oleh syarikat barangan kemas berasaskan mutiara tersebut dipamerkan sehingga ke tahap itu.

Apakah mutiara Rafflesia sebenarnya setaraf nilai berlian?

Jangan lupa saksikan pementasan teater bangsawan Hikayat Malim Deman di Panggung Bandaraya, 8.30 malam Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Tiket hanya RM 5.

Written by AbangNara | June 1st, 2009

memey suhaiza

Kalau korang dengar Hot FM minggu lepas, ada cerita panas yang cakap Norman dan si Memey nie bakal berkahwin 6 Jun nie. Sumbernya sudah tentulah dari penelefon-penelefon yang kononnya ada bau-bau bacang tak pun jiran dengan keluarga si Memey nie.

Hari nie keluarlah kenyataan dari si cantik Memey nie. Katanya dia masih muda dan rugi pulak kalau kawin awal. Tawaran berlakon tengah masuk mencurah-curah. Time nie la nak carik duit.

Yang paling tak tahan dengar bila dia kata dia dan Norman masih di peringkat kawan dan mengenal hati budi masing-masing. Mungkin zaman moden sekarang nie kalau dah kantoi berkhalwat pun masih dikira peringkat kawan kot. Kena kantoi tengah buat betul-betul baru dikira tak mengenal hati budi la kot.

Apa-apa lah cik Memey. Asalkan anda bahagia dan tak mengacau rumah tangga orang lain. Cukuplah dengan rumah tangga si Norman Hakim jer ye.

P.S: Ramai orang cakap yang si Waheeda nie pun sama taraf ngan Memey. Kami tak berani nak komen sampai ke tahap tue. Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | April 8th, 2009

gambar terbaru memey norman hakim

.

Padan muka Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Kes khalwat dua orang gila populariti nie dah ditangguhkan sebab hakim yang bertugas diarahkan supaya tidak mendengar kes tersebut.

Kesian betul kat dua orang nie. Sampai hakim pun malas nak layan kerenah diorang. Mesti hakim-hakim syariah kat Malaysia nie dah naik nyampah kat diorang kot.

Banyak jugak dengar gosip-gosip panas pasal Norman Hakim dan Memey Suhaiza nie. Khabarnya Memey masih tinggal kat pejabat Norman la. Kononnya diorang dua dah kawin la. Macam-macam berita yang tak dapat disahihkan berkeliaran pasal diorang dua.

Kalau korang ada selera nak tengok gambar terbaru Memey Suhaiza dan Norman Hakim masa kat mahkamah semalam, baca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 21st, 2009

The hottest Malaysia celebrities of 2008, Norman Hakim and Memey Suhaiza pleaded not guilty at the court yesterday. Both of them appeared at the court wearing the same colour dress.

We wonder how does our readers think about the situation of Norman Hakim and Memey Suhaiza. We read somewhere Abby Abadi is actually a queen control and already have a “Dato” waiting to marry her.

More latest pictures of Memey Suhaiza and Norman Hakim by reading the full article.  Don’t forget to give us your opinion on this sensational story.