Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Lisa Surihani Dan Facebooknya

Friday, January 15th, 2010

gambar lisa surihani

Disebabkan kekurangan gosip-gosip di hari Jumaat ini, maka kami sajikan kepada anda gambar-gambar Lisa Surihani. Kami rasa ini gambar-gambar terbaru si comel nie. Semuanya kami cilok dari Facebook Lisa Surihani (sila tekan untuk add dia).

Tahukah anda ciri-ciri lelaki idaman Lisa Surihani ialah kemas dan tinggi? Kalau rasa-rasa diri anda memenuhi ciri-ciri tue, silalah cuba nasib untuk mengorat dia. Ke si Lisa nie sebenarnya dah ada pakwe?

Lagi gambar Lisa Surihani dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GOSIP)Konspirasi Media Jatuhkan Lisa Surihani?

Tuesday, November 3rd, 2009

lisa surihani

Kesian kami kat Lisa Surihani yang cantik, comel dan bijak pandai nie. Semenjak 2 3 minggu nie, ada je gosip-gosip murahan di suratkhabar-suratkhabar tertentu yang memburukkan dia. Seolah-olah macam ada konspirasi daripada wartawan-wartawan nie nak menjatuhkan dia. Terbaru semalam ada gosip paling bodoh pernah kami dengar. Citer Lisa Surihani tutup mata sebab flash masa bergambar pun leh dijadikan isu panas. Dah tak ada idea dah ker?

Kami memang merasakan ada wartawan-wartawan yang tak puas hati dengan Lisa Surihani nie. Mungkin ada seorang dua wartawan jantan yang perasan macho cuba mengorat dia tapi gagal. Tue yang dia ajak kawan-kawan wartawan dia yang lain boikot Lisa Surihani. Habis semua gosip-gosip murahan dikeluarkan. Ntah-ntah gosip-gosip tue pun direka.

Buat Lisa Surihani, sila jangan layan wartawan-wartawan murahan macam nie. Baik anda tumpukan perhatian pada karier anda yang tengah menaik nie. Buat derk jer ngan mereka-mereka nie. Makin dilayan makin besar kepala. Baik Lisa layan penulis-penulis blog macam kami nie. Hehehehe.

P.S: Dengar ceritanya Lisa pun suka ber”twitter” untuk mengupdatekan status diri dia tengah buat apa. Mungkinkah Lisa pun gunakan XPAX Blackberry Curve 8520? Kalau betul, memang satu pilihan yang bijak.

(UNDI)Lisa Surihani Atau Scha Al Yahya, Yang Mana Pilihan Anda?

Friday, September 25th, 2009

lisa surihani

Semalam tengah boring-boring kami tertengoklah cerita “I’m Not Single” lakonan Lisa Surihani dengan Farid Kamil. Boleh tahan jugaklah cerita dia. Jiwang 16 karat. Tapi masih tak boleh lawan tahap kejiwangan cerita Korea dan cerita Jepun.

Lepas tue teruslah kami mencarik biodata dan gambar-gambar terbaru Lisa Surihani nie. Bukan apa, cair hati ini dibuatnya melihat kesucian dan kecantikan Lisa dalam filem tue. Memang nampak murni sungguh wajah si Lisa nie. Macam baby baru lahir.

Tergugat jugak kami sekejap sebab selama nie Scha Al Yahya adalah artis wanita pujaan kami. Terus rasa nak tukar Lisa Surihani jadi artis wanita pujaan sebab bagi kami muka dia nampak lebih Melayu berbanding Scha. Lebih ayu gitu ~~~

Jadi nak tau jugak pandangan korang siapakah yang lebih cantik antara Scha dan Lisa Surihani nie. Kami tahu setiap manusia taste berbeza-beza. Tapi ramai readers BeautifulNara nie perempuan. So kami nak tau dari sudut mata pandangan hati seorang wanita siapakah yang lebih cun antara diorang berdua nie.

Vote kat bawah nie yek:-

Lagi gambar-gambar terbaru Lisa Surihani sempena Ramadan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Koleksi Gambar Comel Lisa Surihani Yang Menawan Hati

Monday, February 16th, 2009

gambar lisa surihani

Pelakon wanita kedua yang paling kami minati selepas Scha Al-Yahya, Lisa Surihani sememangnya fotogenik di dalam gambar. Kalau tak percaya anda boleh baca artikel-artikel kami sebelum ini yang memuatkan koleksi-koleksi gambar cantik Lisa Surihani:-

Untuk koleksi gambar-gambar Lisa Surihani kali ini, kami telah berjaya menyeludup masuk ke Facebook peminat Lisa Surihani dan mengambil beberapa keping gambar yang mantap.

Baca artikel sepenuhnya untuk melihat lebih banyak gambar-gambar posing manja, comel dan seksi Lisa Surihani.

(more…)

Beautiful Posing Pictures By Lisa Surihani For Kosmo!

Thursday, January 8th, 2009

lisa surihani posing untuk kosmo

To be the cover of certain magazine or newspaper can be called a big achievement for celebrity. 22 years old Malaysia female actress, Lisa Surihani made an amazing photo shoots with Kosmo, one of Malaysia famous newspaper.

She looks elegant, charming and amazingly beautiful in the photo session. Currenty second in our vote for most beautiful actress, we here wish Lisa Surihani all the best for her upcoming future.

More pictures of Lisa Surihani, beautiful young Malaysia celebrity posing for Kosmo by reading the full article.

(more…)